Penipuan Percintaan: Jerat percintaan yang merugikan

Penipuan Percintaan atau Love scam, semakin canggih dan sering digabungkan bagi tujuan penipuan pelaburan. Penipuan ini biasanya bermula melalui media sosial atau platform temu janji, di mana penipu mencipta profil palsu bagi tujuan memikat mangsa ke dalam hubungan romantis. Setelah mendapatkan kepercayaan, penipu memperkenalkan idea peluang pelaburan yang menguntungkan.

 

Bagaimana love scam beroperasi?

Scammer menggunakan kaedah berikut untuk memperdaya mangsa mereka:

  1. Penipu akan menjalinkan hubungan romantis dengan mangsa melalui media sosial atau laman cari jodoh (dating app).​
  2. Setelah berjaya memperdaya mangsa, penipu akan meyakinkan mangsa untuk melabur dalam skim pelaburan yang tidak wujud.
  3. Mangsa akan diminta untuk mendeposit wang ke dalam akaun keldai.
  4. Akhirnya, mangsa akan menyedari bahawa hubungan tersebut adalah satu penipuan.

 

Contoh Penipuan Percintaan

Siti, 32 tahun, berkenalan dengan Daniel di Facebook, kononnya sedang mencari jodoh . Daniel memikat Siti dengan kata-kata manis dan menjanjikan masa depan bersama. Daniel memujuk Siti melabur sebanyak RM1,000 dalam platform matawang kripto dan keuntungannya kelak boleh digunakan bagi menaja perkahwinan impian mereka. Namun, untuk mengkeluarkan wang hasil dari pelaburan, Siti diminta membayar pelbagai caj seperti “processing fee” dan “tax clearance”. Daniel akhirnya hilang tidak dapat dikesan. Akaun Facebooknya juga telah lenyap. Siti yang telah melabur sebanyak RM20,000 sedar yang dia telah ditipu dan membuat laporan polis. Dari cinta, berubah menjadi penipuan.

 
 

5 langkah untuk tidak menjadi mangsa penipuan cinta :

  1. Berwaspada dengan peluang pelaburan yang ditawarkan di media sosial.​
  2. Jangan deposit wang ke dalam akaun bank individu atau pihak tidak berkaitan . ​
  3. Pastikan anda rujuk portal Investment Checker atau Semak Sebelum Labur di https://www.sc.com.my/investment-checker sebelum melabur.​
  4. Jika ragu, hubungi SC di talian 03-6204 8999 atau [email protected].