Penipuan Firma klon: Pelanduk Dua Serupa

Penipuan pelaburan melalui firma klon semakin berleluasa di Malaysia, menjerat ramai pelabur yang tidak berwaspada. Firma klon merujuk kepada individu atau organisasi yang menyamar sebagai wakil sah firma pelaburan berlesen dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), menggunakan nama dan logo yang hampir sama dengan firma yang sah. Modus operandi mereka sangat licik dan sukar dikesan.​

 

Bagaimana penipuan firma klon beroperasi?

​Firma klon menggunakan kaedah berikut untuk memperdaya mangsa mereka:​

  1. Menyamar sebagai wakil firma yang berlesen/berdaftar dengan SC seperti menggunakan nama firma dan penjenamaan yang hampir sama.​
  2. Mempromosikan skim pelaburan palsu dengan pulangan tinggi yang luar biasa dan berisiko rendah.​
  3. Mempromosikan skim melalui media sosial seperti Facebook, Telegram, dan WhatsApp.​
  4. Bayaran diminta untuk didepositkan ke akaun bank milik individu atau pihak yang tidak berkaitan (akaun keldai). ​

 

Contoh kes Penipuan Firma Klon​

Ahmad, seorang pekerja swasta yang tertarik dengan tawaran pelaburan di media sosial yang menjanjikan pulangan RM10,000 dalam tempoh 3-6 jam dengan hanya melabur RM250. Ahmad melihat nama dan logo yang digunakan dalam bahan pemasaran pakej pelaburan hampir sama dengan identiti firma yang berlesen dan berdaftar dengan SC. Dia juga menerima surat dan sijil (dokumen palsu) yang menggunakan nama dan logo SC seolah-olah mengesahkan peluang pelaburan tersebut sah dan diiktiraf oleh SC. Tanpa memeriksa lebih lanjut, Ahmad membuat pembayaran pendahuluan ke akaun individu yang tiada kaitan langsung dengan firma pelaburan yang sah. Selepas beberapa minggu, Ahmad menyedari dia tidak dapat mengeluarkan sebarang keuntungan dan menyedari beliau telah menjadi mangsa penipuan.​

 

 

5 langkah untuk tidak menjadi mangsa penipuan firma klon​

  1. Berwaspada dengan peluang pelaburan yang ditawarkan di media sosial.​
  2. Jangan deposit wang ke dalam akaun bank individu atau pihak tidak berkaitan
  3. Pastikan anda rujuk portal Investment Checker atau Semak Sebelum Labur di https://www.sc.com.my/investment-checker sebelum melabur.​
  4. Jika ragu, hubungi SC di talian 03-6204 8999 atau [email protected].