Berminat untuk belajar mengenai strategi pelaburan? Sertai webinar kami dan pada masa yang sama berpeluang memenangi baucar dalam talian!
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), dengan kerjasama Hire Seniors, menganjurkan siri webinar ini untuk mempromosikan literasi digital di kalangan warga emas.
Krisis Covid-19 telah banyak mengubah cara kita menjalankan aktiviti harian di mana lebih banyak aktiviti dilakukan secara dalam talian, termasuk perkara yang berkaitan dengan kewangan dan pelaburan. Oleh itu, kami amat percaya bahawa siri webinar ini akan sangat berguna untuk warga emas.
Program ini disesuaikan khusus untuk mereka yang berumur 55 tahun dan ke atas yang boleh menggunakan internet dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan pelaburan yang ada dalam talian.
Untuk sesi bulan ini, kami telah menjemput Tuan Haji Mohd Asri Ahmad untuk berkongsi ilmu tentang “Strategi Pelaburan Bagi Memenuhi Keperluan Persaraan”.
Daftar sekarang di https://survey.alchemer.com/s3/6645910/Registration-DIGITAL-LITERACY-FOR-SENIORS-PROGRAMME-9-December-2021.
Kami akan menghantar “Zoom Link” kepada peserta yang berdaftar, bila hampir dengan tarikh webinar tersebut.
Peserta webinar in juga berpeluang memenangi baucar dalam talian berjumlah RM1,500 dengan menyertai kuiz pop kami.