Pertanyaan dan Aduan

Kami sedia membantu

Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sentiasa bersedia membantu orang ramai. Dalam hal berkaitan pasaran modal. Kami memberikan penjelasan untuk sebarang pertanyaan dan meneliti aduan mengenai salah laku dan kesalahan lain dalam pasaran niaga hadapan dan sekuriti bagi menilai sama ada terdapat sebarang kesalahan di bawah undang-undang sekuriti.

  • Anda boleh mengemukakan sebarang pertanyaan mengenai pelaburan atau pasaran modal kepada SC
  • Jika anda mengesyaki terdapat salah laku dalam industri dan boleh menyokong dakwaan tersebut, sila kemukakan pertanyaan / aduan yang berkenaan kepada SC.
  • Jika aduan anda berkaitan dengan perkhidmatan atau produk pengantara berlesen, anda seharusnya mengemukakan aduan anda kepada pengantara berlesen tersebut terlebih dahulu. Jika anda tidak dapat menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan dalam aduan anda dengan mereka, anda boleh mengemukakan aduan kepada SC.

Bagaimana untuk mengemukakan pertanyaan/ membuat aduan?

Sila muat turun dan isi borang di bawah:

Borang di atas juga boleh dihantar melalui faks atau pos ke alamat di bawah:

Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
No 3 Persiaran Bukit Kiara
Bukit Kiara
50490 Kuala Lumpur

+603 6204 8999
+603 6204 8991

 

Bagaimana sekiranya saya mempunyai pertikaian kewangan atau kontraktual dengan pengantara berlesen?

Sebarang tindakan yang diambil oleh SC adalah untuk pihak kami sendiri. SC tidak boleh membantu dalam pertikaian sivil persendirian, kontrak atau kewangan. Kami tidak melakukan timbang tara dan tidak bertindak sebagai peguam atau pun penasihat. Jika terdapat kerugian, pihak yang menanggungnya perlu memfailkan tuntutan, sama ada melakukannya sendiri / atau mendapatkan khidmat peguam.

Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai aduan mengenai pertikaian kewangan tidak melebihi RM250,000.00 terhadap pengantara berlesen, anda mungkin layak untuk mendapatkan bantuan dari Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti (SIDREC). SIDREC merupakan badan yang diluluskan oleh SC untuk mengendalikan tuntutan kewangan oleh pelabur terhadap broker saham, broker niaga hadapan, pengurus dana dan syarikat pengurusan unit amanah, antara lainnya, mereka yang dilesenkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, untuk menjalankan aktiviti yang dikawal selia di Malaysia. Pertanyaan untuk SIDREC boleh ditujukan kepada

Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti (SIDREC)