BijakLabur™

 

Bagi menggalakkan penyertaan pelabur runcit di pasaran modal Malaysia, terdapat pelbagai program yang dijalankan di bawah inisiatif BijakLabur™ .  Antara program yang dijalankan ialah, Seminar Pelaburan Saham, Unit Amanah, Bijak Mengurus Wang (B.M.W.), [email protected], Teens & Cash dan Kids & Cash. 

Secara amnya peserta program akan didedahkan dengan topik-topik berikut:

  1. Perancangan kewangan (financial planning) 
  2. Kepentingan melabur 
  3. Pelaburan bijak di pasaran Modal Malaysia
  4. Produk-produk pelaburan di pasaran Modal 
  5. Mengenal pasti skim-skim pelaburan yang tidak sah  

 

 

Antara program lain yang dijalankan ialah
Jerayawara Bersama SC

Matlamat Jerayawara bersama SC adalah meningkatkan kesedaran pelabur mengenai produk-produk pelaburan yang tersedia di pasaran Modal Malaysia.  Selain itu ia juga bertujuan mendidik pelabur mengenai hak dan tanggungjawab mereka.

Unit Bergerak SC

Unit bergerak SC bergerak ke seluruh negara dalam mempromosikan SC sebagai pengawal selia pasaran modal Malaysia kepada segenap lapisan masyarakat di bandar dan luar bandar. Di samping itu unit bergerak SC juga menawarkan khidmat nasihat berkaitan pelaburan.

Applikasi Mudah Alih InvestSmart
Aplikasi mudah alih InvestSmart dihasilkan bagi berkongsi maklumat berkaitan produk-produk pelaburan serta pengantara yang terlibat di pasaran modal Malaysia.
Infomersial/Edumersial
Mendidik pelabur menerusi iklan TV, radio serta pengiklanan media digital.
Seminar
Seminar berkaitan pelaburan di pasaran modal Malaysia yang menyasarkan pelabur runcit, kakitangan kerajaan dan swasta, penduduk luar bandar, suri rumah tangga serta pelajar universiti dan sekolah. 
Hujung Minggu Bersama Pelabur
Acara tahunan yang dianjurkan oleh SC bagi memberi peluang kepada pelabur untuk bertemu rakan-rakan industri serta agensi-agensi berkaitan disamping meningkatkan keyakinan mereka untuk menyertai pasaran modal Malaysia.