Berita Terkini
Jul 2016 12

Ringgit cecah paras tertinggi dua bulan berbanding dolar AS (Berita Harian)

Oleh Mahanum Abdul AzizKUALA LUMPUR: Ringgit meningkat dan mencecah paras tertinggi dalam tempoh dua bulan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, seiring dengan pengukuhan mata wang serantau lain. Mata wang...

Oleh Mahanum Abdul Aziz

KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat dan mencecah paras tertinggi dalam tempoh dua bulan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, seiring dengan pengukuhan mata wang serantau lain. Mata wang tempatan itu mencecah paras tertingginya sejak Mei lalu pada paras 3.9800 pada awal dagangan hari ini, sebelum ditutup pada paras 3.9938. Penganalisis pasaran berkata, sentimen belian turut disokong peningkatan pasaran ekuiti kerana peserta pasaran mengambil petunjuk positif daripada perangkaan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dicatatkan pada bulan lalu.


Pertambahan pekerjaan sebanyak 287,000 di AS pada bulan lalu meningkatkan keyakinan bahawa pasaran pekerjaan di negara itu semakin kukuh di tengah-tengah persekitaran luaran yang tidak menentu. Belian kukuh dana asing dalam pasaran bon menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) esok bagi menentukan hala tuju Kadar Dasar Semalaman (OPR), turut menyokong ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini. Mata wang tempatan itu juga mengukuh berbanding mata wang utama lain iaitu meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9576/9658 daripada 2.9885/9931 sebelumnya dan mengukuh berbanding yen kepada 3.9093/9193 daripada 4.0052/0121. Ringgit juga meningkat berbanding pound kepada 5.1330/1466 daripada 5.2128/2201 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.4019/4134 daripada 4.4624/4688.

Bagi mata wang Asia lain, won meningkat 1.4 peratus kepada 1,145.3 bagi satu dolar AS, paras tertingginya sejak 4 Julai lalu, dan rupiah naik 0.3 peratus kepada 13,095 bagi satu dolar AS, paras tertingginya sejak 13 April. MIDF Research mengunjurkan ringgit akan berada pada paras 4.10 berbanding dolar AS hujung tahun ini berikutan perkembangan tidak menentu di dalam dan luar negara. Firma penyelidik itu juga mengunjurkan BNM akan mengurangkan kadar OPR sebanyak 50 mata asas tahun ini bagi merangsang aktiviti ekonomi domestik. Ia berkata, ketidaktentuan ekonomi dan politik susulan keputusan Britain untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) atau Brexit, pergerakan turun naik yang tidak menentu dalam pasaran kewangan akan menjejaskan kedudukan ekonomi, sekali gus memperlahankan pertumbuhan ekonomi selanjutnya.

"Justeru, kami rasa Bank Negara perlu merangsang aktiviti ekonomi domestik dengan pelonggaran dasar monetari bagi menyokong ekonomi negara," katanya. Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) juga melihat terdapat peningkatan tekanan terhadap Bank Negara bagi mengurangkan kadar OPR tahun ini kerana momentum ekonomi domestik dijangka terus menyederhana, sementara tinjauan ekonomi global dijangka negatif berikutan Brexit. "Kami kini percaya terdapat justifikasi kukuh bagi BNM untuk melonggarkan pendiriannya sebelum akhir tahun ini, khususnya selepas ringgit stabil berikutan Brexit. "Bagaimanapun, kami juga berpandangan Bank Negara akan cuba untuk tidak berbuat demikian, kecuali pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) jatuh teruk daripada dijangkakan," katanya.

 

Language Melayu
Jul 2016 11

Saham Asia rali sentimen pemulihan ekonomi dunia (Berita Harian)

SYDNEY: Pasaran Saham Asia menikmati rali pagi ini menjejaki data pekerjaan memberangsangkan dari Amerika Syarikat (AS) meredakan kebimbangan terhadap tahap kesihatan ekonomi terbesar dunia itu, walaupun Brexit terus...

SYDNEY: Pasaran Saham Asia menikmati rali pagi ini menjejaki data pekerjaan memberangsangkan dari Amerika Syarikat (AS) meredakan kebimbangan terhadap tahap kesihatan ekonomi terbesar dunia itu, walaupun Brexit terus mengekalkan bon berdaulat pada rekod terendah. Indeks MSCI bagi saham Asia Pasifik selain Jepun naik 0.75 peratus manakala Australia menambah 1.3 peratus. Nikkei naik 2.9 peratus sebagai maklum balas memberangsangkan kemenangan bersih kerajaan dalam pemilihan utama Parlimennya. Pentadbiran Perdana Menterinya, Shinzo Abe meraih kemenangan melimpah ruah sekali gus memberikan ia kekuatan untuk meninjau semula dasar negara selepas peperangan pasifik untuk pertama kali. Lantunan semua dalam pasaran dunia itu disaksikan apabila berita ekonomi AS mencatatkan pertambahan 287,000 kerja bulan lalu, melepasi unjuran sederhananya dan menjadi asas pemulihan selepas laporan lemah pada Mei lalu. Pelabur bagaimanapun merumuskan kemungkinan data itu tidak cukup kuat untuk memacu prospek kenaikan kadar dari Rizab Persekutuan untuk tempoh beberapa bulan bagi memanfaatkan bon dan saham. - Reuters

Language Melayu
Jul 2016 1

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS (Berita Harian)

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini, menjejaki prestasi lebih baik di Bursa Malaysia. Pada jam 5 petang, ringgit tinggi pada 4.0280/0350 berbanding dolar AS daripada 4.0380/0440 semasa ditutup...

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini, menjejaki prestasi lebih baik di Bursa Malaysia. Pada jam 5 petang, ringgit tinggi pada 4.0280/0350 berbanding dolar AS daripada 4.0380/0440 semasa ditutup pada Rabu. Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada 1,654.08, naik 11.87 mata, atau 0.72 peratus, daripada 1,642.21 semasa ditutup semalam. Peniaga berkata bagaimanapun, kenaikan dihadkan oleh harga minyak yang rendah apabila penanda aras global, minyak mentah Brent, turun 0.8 peratus kepada US$50.20 setong.

Peniaga juga berkata pedagang terus berhati-hati berikutan sentimen daripada undian Britain untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) susulan status United Kingdom masih tidak diketahui, menyebabkan ketidaktentuan dalam blok ekonomi itu. Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi. Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9850/9913 daripada 2.9933/9991 pada Rabu dan naik berbanding yen kepada 3.9171/9251 daripada 3.9372/9442 sebelum ini. Unit tempatan lebih rendah berbanding pound British pada 5.4293/4412 daripada 5.4073/4169 pada Rabu dan susut berbanding euro kepada 4.4791/4873 daripada 4.4660/4743 sebelum ini. - BERNAMA  

Language Melayu
Jul 2016 1

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS (Berita Harian)

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini, menjejaki prestasi lebih baik di Bursa Malaysia. Pada jam 5 petang, ringgit tinggi pada 4.0280/0350 berbanding dolar AS daripada 4.0380/0440 semasa ditutup...

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini, menjejaki prestasi lebih baik di Bursa Malaysia. Pada jam 5 petang, ringgit tinggi pada 4.0280/0350 berbanding dolar AS daripada 4.0380/0440 semasa ditutup pada Rabu. Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada 1,654.08, naik 11.87 mata, atau 0.72 peratus, daripada 1,642.21 semasa ditutup semalam. Peniaga berkata bagaimanapun, kenaikan dihadkan oleh harga minyak yang rendah apabila penanda aras global, minyak mentah Brent, turun 0.8 peratus kepada US$50.20 setong.

Peniaga juga berkata pedagang terus berhati-hati berikutan sentimen daripada undian Britain untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) susulan status United Kingdom masih tidak diketahui, menyebabkan ketidaktentuan dalam blok ekonomi itu. Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi. Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9850/9913 daripada 2.9933/9991 pada Rabu dan naik berbanding yen kepada 3.9171/9251 daripada 3.9372/9442 sebelum ini. Unit tempatan lebih rendah berbanding pound British pada 5.4293/4412 daripada 5.4073/4169 pada Rabu dan susut berbanding euro kepada 4.4791/4873 daripada 4.4660/4743 sebelum ini. - BERNAMA  

Language Melayu
Jun 2016 30

Perkasa perdagangan (Harian Metro)

Hafz IthninKuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan terus memperkasakan aktiviti perdagangan dan menarik lebih banyak kemasukan pelaburan asing ke dalam negara bagi berdepan dengan situasi...

Hafz Ithnin

Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan terus memperkasakan aktiviti perdagangan dan menarik lebih banyak kemasukan pelaburan asing ke dalam negara bagi berdepan dengan situasi ekonomi yang lebih mencabar pada tahun ini berbanding tahun lalu.

Langkah itu dilakukan menerusi penubuhan Majlis Eksport Negara yang akan memfokuskan kepada eksport dalam bidang perkhidmatan antaranya pelancongan, pendidikan pelancongan kesihatan dan perunding pembinaan.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, dari segi menarik lebih banyak kemasukan pelaburan ke Malaysia, kementeriannya menerusi agensi yang bertindak sebagai agen mempromosikan pelaburan diterajui oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Beliau berkata, selain Mida, turut terbabit ialah koridor ekonomi seperti Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE), Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Iskandar Malaysia serta InvestKL bagi Greater KL.

 

“Semua agensi ini terbabit dalam aktiviti menarik dan mempromosikan pelaburan negara. Maka, kita mahu selaraskan supaya lebih fokus kepada usaha-usaha meningkatkan nilai pelaburan negara dalam persekitaran ekonomi yang mencabar ketika ini.

“Selain itu, daripada segi pasaran baru, kita mempunyai cadangan untuk mengadakan ‘Hari Afrika’ setelah mengadakan pertemuan dengan kedutaan negara berkenaan pada bulan lalu dalam usaha meningkatkan dagangan Malaysia dengan negara-negara di rantau berkenaan,” katanya pada majlis pelancaran Laporan MITI 2015 di sini, semalam.

Laporan itu mengandungi semua aktiviti dan usaha yang dilaksanakan kementerian berkenaan dan agensinya tahun lalu selain data perdagangan dan pelaburan 2015.

Sementara itu, Mustapa turut mengendalikan program pembabitan antara pemain industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bersama industri aeroangkasa.

Program berkenaan adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk memastikan pembangunan jangka panjang industri aeroangkasa tempatan seperti yang digariskan dalam Projek Permulaan Kelapan (EPP8) Perkhidmatan Perniagaan di bawah Program Tansformasi Ekonomi: Membangunkan PKS dalam Industri Pembuatan Aeroangkasa Global.

Matrade, bekerjasama dengan Pejabat Penyelarasan Industri Aeroangkasa Kebangsaan (NAICO), akan membawa PKS terbabit untuk menyertai Program Aeroangkasa Cranfield dari 18 hingga 22 Julai dan Pertunjukan Udara Antarabangsa Farnborough dari 11 hingga 17 Julai di United Kingdom, bertujuan mendedahkan mereka kepada landskap industri aeroangkasa global.

Language Melayu
Jun 2016 29

Bursa Malaysia kukuh dengan pembelian saham murah (Berita Harian)

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan kegiatan membeli semasa saham berharga murah di kaunter-kaunter berkaitan pengguna dan saham berkaitan Indeks Komposit seperti Astro, Axiata dan CIMB Group.Pada 5...

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan kegiatan membeli semasa saham berharga murah di kaunter-kaunter berkaitan pengguna dan saham berkaitan Indeks Komposit seperti Astro, Axiata dan CIMB Group.

Pada 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.52 mata kepada 1,634.04 berbanding 1,629.52 semalam, selepas bergerak antara 1,620.94 dan 1,635.86.

Ia dibuka 5.20 mata lebih rendah pada 1,624.32.

"Beberapa hari selepas referendum Brexit, orang ramai tidak bimbang untuk melabur dan ini membantu saham tempatan, menjadi kukuh," kata ketua penyelidik Mercury Securities Edmund Tham, kepada Bernama.

Di pasaran tempatan, saham untung mengatasi saham rugi pada 528 berbanding 268 manakala 323 saham kekal, 608 tidak diniagakan dan 45 digantung.

Jumlah dagangan pada 1.47 bilion saham bernilai RM1.61 bilion.

Pasaran serantau juga menyaksikan pemulihan sederhana dengan penanda aras pasaran Jepun, Nikkei naik 0.09 peratus kepada 15,323.14, di Singapura, Straits Times Index menokok 1.02 peratus kepada 2,757.64, Kospi di Korea Selatan melonjak 0.49 peratus kepada 1,936.22 dan di Bursa Saham Shanghai, Indeks Komposit SSE menambah 0.59 peratus kepada 2,912.76.

Sementara itu, Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata sentimen pasaran masih lemah, dipengaruhi oleh prospek ekonomi global dan undian Brexit.

"Isu Brexit ini diharap dapat berakhir, yang dijangka mengambil masa beberapa minggu," katanya dan menambah yang pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat bagi pergerakan saham setelah berhati-hati terhadap Brexit.

Beliau bagaimanapun berkata prestasi saham juga bergantung kepada pergerakan ringgit berbanding dolar AS dan harga minyak dunia.

Kenanga Research berkata FBM KLCI akan melalui minggu dagangan yang tidak menentu dengan ketidaktentuan ekonomi dunia, kelemahan ringgit dan kejatuhan harga minyak mentah yang menyelubungi sentimen.

"Dagangan di bursa tempatan yang dalam lingkungan 1,600-1,640 masih dalam jangkaan minggu ini dengan tekanan datangnya daripada prestasi semalaman Wall Street yang kurang memberangsangkan," katanya dalam nota penyelidikan.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM8.19, IHH Healthcare meningkat tiga sen kepada RM6.50, Axiata menambah lapan sen kepada RM5.58, CIMB Group menokok lima sen kepada RM4.28 dan Astro untung 14 sen kepada RM2.94.

TNB dan Hong Leong turun dua sen setiap satu, masing-masing kepada RM13.98 dan RM13.08 manakala Public Bank menyusut 10 sen kepada RM19.18.

Antara saham aktif, Vivocom menambah dua sen kepada 24.5 sen, NETX dan Borneo Oil meningkat setengah sen setiap satu, masing-masing kepada tiga sen dan 15.5 sen dan Air Asia naik empat sen kepada RM2.61.

Hiap Teck berkurangan dua sen kepada 21 sen. Sanichi pula kekal pada 13.5 sen. Indeks FBM Emas meningkat 48.24 mata kepada 11,403.30, Indeks FBMT 100 menokok 42.86 mata kepada 11,110.70 dan Indeks FBM Emas Syariah melonjak 52.59 mata kepada 11,972.34.

FBM 70 menambah 93.93 mata kepada 12,851.22 dan FBM Ace menokok 107.58 mata kepada 5,176.96. Mengikut sektor, Indeks Kewangan naik 28.38 mata kepada 14,038.45 dan Indeks Perusahaan menambah 3.27 mata kepada 3,063.57.

Indeks Perladangan susut 2.99 mata to 7,550.27. Di pasaran utama, jumlah dagangan meningkat kepada 858.79 juta saham bernilai RM1.49 bilion berbanding 758.49 juta saham bernilai RM1.21 bilion semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 284.07 juta unit bernilai RM50.04 juta daripada 306.25 juta unit bernilai RM53.04 juta pada Isnin. Waran naik kepada 303.55 juta saham bernilai RM62.31 juta daripada 202.49 juta saham bernilai RM35.32 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menguasai 37.45 juta saham didagangkan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (244.92 juta), pembinaan (33.45 juta), dagangan dan perkhidmatan (327.05 juta), teknologi (63.77 juta), infrastruktur (8.27 juta), SPAC (6.33 juta), kewangan (74.73 juta), hotel (1.62 juta), hartanah (31.88 juta), perladangan (17.33 juta), perlombongan (tiada), REIT (11.99 juta) dan tertutup/dana (tiada). - BERNAMA

Language Melayu
Jun 2016 27

Bursa Malaysia dijangka tidak menentu minggu depan (Berita Harian)

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka menyaksikan dagangan tidak menentu minggu depan disebabkan sentimen pelabur yang lemah selepas keputusan pungutan suara yang tidak dijangka oleh Britain untuk keluar daripada Kesatuan...

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka menyaksikan dagangan tidak menentu minggu depan disebabkan sentimen pelabur yang lemah selepas keputusan pungutan suara yang tidak dijangka oleh Britain untuk keluar daripada Kesatuan Eropah, kata peniaga. Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata susulan prestasi saham global yang lemah, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) boleh mengalami pembetulan dengan paras 1,700 mata sebagai sasaran segera. "Pada masa ini, pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat terhadap pergerakan saham disebabkan mereka berhati-hati berikutan Brexit. "Minat pelabur kini beralih kepada aset selamat seperti bon dan emas," katanya.

Beliau berkata, Bursa Malaysia dijangka diniagakan pada paras 1,600 untuk tempoh jangka pendek. Bagaimanapun, katanya prestasinya akan turut bergantung kepada pergerakan ringgit berbanding dolar AS. Ketua Penyelidikan Kenanga Research, Chan Ken Yew, berkata FBM KLCI dijangka kekal dalam jajaran kecil minggu depan, selagi ia masih dihadkan di bawah paras halangan 1,605-1,625. "Memandangkan petunjuk lemah, kami tidak menolak pembetulan seterusnya ke arah paras yang dijangka dalam tempoh terdekat," katanya. Bagi asas mingguan, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah sebanyak 9.87 mata kepada 1,634.05 daripada 1,624.18 minggu lalu. Indeks FBM Emas naik 35.89 mata kepada 11,393.31, Indeks FBMT100 meraih 333.14 mata kepada 11,393.31 dan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 41.54 mata kepada 11,968.84.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan menokok sebanyak 38.98 mata kepada 14,074.91 dan Indeks Perusahaan naik 17.72 mata kepada 3,071.60. Indeks Perladangan susut 29.1 mata kepada 7,539. 27. Jumlah dagangan mingguan menambah 2.33 bilion unit bernilai RM2.3 bilion daripada 1.12 bilion unit bernilai RM1.42 bilion minggu lepas. Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.35 bilion saham bernilai RM2.17 bilion daripada 701.96 juta saham bernilai RM1.36 bilion sebelum ini. Jumlah dagangan waran naik kepada 530.20 juta unit bernilai RM127.60 juta daripada 151.11 juta unit bernilai RM22.23 juta pada Jumaat lalu. Pasaran ACE naik kepada 338.96 juta saham bernilai RM61.84 juta daripada 263.73 juta saham bernilai RM37.87 juta minggu lalu. - BERNAMA


Language Melayu
Jun 2016 24

Saham KL ditutup tinggi (Berita Harian)

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini, didorong oleh belian saham berwajaran tinggi terpilih seperti TNB dan Public Bank. Pada 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.29 mata...

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini, didorong oleh belian saham berwajaran tinggi terpilih seperti TNB dan Public Bank. Pada 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.29 mata kepada 1,639.98 selepas dibuka menokok 9.94 mata kepada 1,640.67. Indeks itu berlegar antara 1,642.15 dan 1,634.94 sepanjang dagangan hari ini selepas pasaran ditutup bersempena cuti umum Nuzul al-Quran, semalam. Kaunter rugi mengatasi untung iaitu 406 berbanding 305 manakala 383 kaunter tidak berubah, 632 tidak didagangkan manakala 19 lain digantung. 

Jumlah dagangan sebanyak 1.10 bilion saham bernilai RM1.43 bilion berbanding 1.35 bilion unit saham bernilai RM1.45 bilion, sebelum ini. Ketua Penyelidikan Kenanga, Chan Ken Yew, menyifatkan dagangan di pasaran tempatan mengecil berikutan sikap berhati-hati pelabur mengenai keputusan pungutan suara mengenai pengunduran United Kingdom daripada blok Kesatuan Eropah (EU) hari ini. "Ramai yang menjangkakan UK akan terus kekal dalam EU, namun kita masih perlu menunggu hasil pungutan suara itu," katanya kepada Bernama. Sementara itu, Kenanga Investment Bank Bhd dalam satu nota berkata FBM KLCI akan didagangkan antara 1,600 dan 1,640 disebabkan pengaliran keluar dana asing daripada pasaran domestik.

Bagi saham berwajaran tinggi, Maybank susut dua sen kepada RM8.20, TNB naik 24 sen kepada RM14.24, Public Bank menambah dua sen kepada RM19.26, IHH Healthcare merosot satu sen kepada RM6.50 manakala Sime Darby jatuh tujuh sen kepada RM7.45. Dalam kalangan saham aktif, AirAsia menokok dua sen kepada RM2.66, Comintel Corporation naik 6.5 sen kepada 73 sen, Bumi Armada meningkat 2.5 sen kepada 71.5 sen namun Borneo Oil tidak berubah pada 14.5 sen. Indeks FBM Emas naik 11.65 mata kepada 11,461.42, Indeks FBMT 100 menokok 11.13 mata kepada 11,166.82 manakala Indeks FBM Emas Syariah menambah 12.62 mata kepada 12,011.04. FBM 70 merosot 3.27 mata kepada 12,973.93 dan FBM Ace susut 46.03 mata kepada 5,203.93. Mengikut sektor, Indeks Kewangan naik 2.19 mata kepada 14,131.36, Indeks Perladangan menambah 15.23 mata kepada 7,575.20 namun Indeks Perusahaan sebaliknya kehilangan 10.56 mata kepada 3,060.70.

Di Pasaran Utama, jumlah dagangan berkurangan kepada 750.31 juta saham bernilai RM1.38 bilion berbanding 788.03 juta saham bernilai RM1.36 bilion, sebelum ini. Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 197.16 juta saham bernilai RM36.17 juta daripada 370.49 juta saham bernilai RM66.84 juta. Waran turut merosot kepada 159.30 juta saham bernilai RM22 juta daripada 189.19 juta saham bernilai RM28.06 juta sebelum ini. Barangan pengguna menyumbang 87.62 juta saham didagangkan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (195.07 juta), pembinaan (27.98 juta), perdagangan dan perkhidmatan (273.85 juta), teknologi (49.72 juta), infrastruktur (10.61 juta), SPAC (12.74 juta), kewangan (29.86 juta), perhotelan (561,200), hartanah (32.80 juta), perladangan (21.15 juta), perlombongan (15,000), REIT (8.32 juta) dan dana/tertutup (17,600). - BERNAMA

Language Melayu
Jun 2016 23

Kemiskinan tidak boleh dibasmi tapi... (Sinar Harian)

WARTAWAN SINAR HARIANPPZ-MAIWP  SHAH ALAM - Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyifatkan kemiskinan memang tidak boleh dibasmi di negara ini atas beberapa sebab.Namun...

WARTAWAN SINAR HARIAN

Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)

PPZ-MAIWP

 

 

SHAH ALAM - Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyifatkan kemiskinan memang tidak boleh dibasmi di negara ini atas beberapa sebab.

Namun menurut PPZ, kemiskinan itu dapat dikurangkan.

"Kemiskinan merupakan perkara yang subjektif. Berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya, ketua keluarga tidak bertanggungjawab.

"Keadaan ini berlaku apabila ketua keluarga gagal memikul tanggungjawabnya dalam memberi nafkah, meninggalkan tanggungannya, penglibatan jenayah sehingga dipenjarakan atau sebagainya," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Mengulas lanjut, katanya, faktor kedua  berkait ekonomi yang memainkan peranan penting dalam peningkatan kadar kemiskinan.

"Seperti kehilangan pekerjaan, muflis, peningkatan kos sara hidup dan sebagainya.

"Selain itu, faktor kematian ketua keluarga yang menjadi tunjang ekonomi keluarga juga akan menyebabkan sesebuah keluarga itu terjerumus kepada kemiskinan," katanya.

Kata PPZ lagi, perceraian yang menyebabkan keruntuhan institusi keluarga turut menjadi faktor kadar kemiskinan meningkat.

"Peningkatan jumlah penceraian juga membimbangkan kerana semakin meningkat.

"Faktor lain penghijrahan di mana Kuala Lumpur merupakan antara yang terkaya di Malaysia. Keadaan ini menyebabkan ia menjadi destinasi tumpuan penghijrahan rakyat Malaysia untuk mencari rezeki.

"Selain itu, musibah seperti penyakit kronik, kemalangan dan sebagainya akan menjerumuskan sesebuah keluarga itu kepada kemiskinan," katanya.

Language Melayu
Jun 2016 21

Platform terbaik buat M40 (Harian Metro)

Sofyan Rizal IshakKuala Lumpur: Isu pemilikan rumah bukanlah satu perkara baru dalam kalangan rakyat di negara ini dan ia masih menjadi satu perkara yang tidak boleh diselesaikan sepenuhnya kerana harga hartanah yang tinggi...

Sofyan Rizal Ishak

Kuala Lumpur: Isu pemilikan rumah bukanlah satu perkara baru dalam kalangan rakyat di negara ini dan ia masih menjadi satu perkara yang tidak boleh diselesaikan sepenuhnya kerana harga hartanah yang tinggi serta tidak sepadan dengan keupayaan kewangan masing-masing.

Ketidakupayaan kewangan dalam pemilikan rumah bukan sahaja dilihat berlaku kepada golongan berpendapatan rendah, malah golongan berpendapatan sederhana atau lebih dikenali M40 yang memiliki pendapatan isi rumah antara RM3,000 hingga RM8,000.

Pengenalan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) oleh pihak kerajaan pada April lalu, dilihat menjadi platform terbaik kepada golongan M40 memiliki rumah memandangkan golongan pendapatan isi rumah ini kian meningkat.

 

Namun apakah kewujudan MyDeposit ini mampu menyelesaikan permasalahan dihadapi golongan M40 ini? Apakah inisiatif ini memerlukan mekanisme sokongan bagi memastikan pelaksanaan lebih berkesan pada masa depan?

Timbalan Presiden Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (Peham), Abdul Aziz Ahmad berkata, skim terbabit dilihat amat baik dalam membantu golongan M40 memulakan proses untuk memiliki rumah memandangkan deposit adalah perkara utama yang dihadapi golongan itu.

Menurutnya, golongan M40 perlu menggunakan platform itu dengan baik memandangkan tidak semua individu berpeluang mendapatkan pembiayaan terbabit kerana ia terhad.

“MyDeposit ini tiba pada masa tepat dalam keadaan ekonomi tidak menentu, ditambah pula harga hartanah yang dilihat agak tinggi,” katanya di sini, semalam.

Skim MyDeposit adalah program diumumkan dalam Bajet 2016 khusus membantu kelas pendapatan bawahan dan pertengahan dengan pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi daripada RM10,000 untuk membeli rumah pertama.

Beliau berkata, walaupun ia baik buat golongan M40 namun masih terdapat penambahbaikan perlu dilakukan terutama dari aspek penerangan kepada penjual iaitu pemaju, pemilik rumah (sub sale) dan perunding hartanah.

“Pada masa ini, kebanyakan pihak yang terbabit dalam penjualan hartanah termasuk perunding hartanah masih kabur mengenai mekanisme pelaksanaan skim ini sebagai contoh daripada aspek pengeluaran pembiayaan itu sendiri.

“Perkara ini penting kerana pihak penjual juga perlu jelas mengenai skim ini kerana kami turut berurusan secara tidak langsung dalam transaksi jual beli bakal pembeli rumah,” katanya,

Sementara itu, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diseru supaya mempromosikan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) secara lebih agresif kepada rakyat di negara ini.

Beliau berkata, orang ramai pada masa ini belum jelas mengenai butiran skim ini termasuk daripada aspek kewujudan dan syarat-syaratnya.

“Orang ramai perlu didedahkan dengan lebih banyak maklumat mengenai skim ini supaya bajet yang disediakan dapat digunakan orang ramai untuk membeli rumah,” katanya.

Beliau berkata, peningkatan promosi itu dilihat agak kritikal dan amat penting untuk dilakukan bagi memastikan faedah dan manfaatnya sampai kepada rakyat.

“Bukan sahaja pembeli, pihak perbankan juga dilihat tidak jelas dengan skim ini. Oleh itu, pihak kerajaan perlu memberi perhatian serius penerangan kepada semua pihak,” katanya.

Sehingga bulan lalu, Jabatan Perumahan Negara, KPKT menerima 15,954 permohonan daripada pembeli yang berminat untuk memiliki rumah menerusi Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, hanya 3,609 pemohon mengisi borang lengkap dan sedang dipertimbangkan kelulusan manakala selebihnya masih belum mengemukakan dokumen diperlukan dan mengisi borang lengkap.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor adalah negeri yang mengemukakan permohonan tertinggi iaitu masing-masing 462 dan 941 individu dengan pelbagai latar belakang dan pekerjaan.

Language Melayu