Mengenai

BijakLabur™

BijakLabur™ adalah satu inisiatif memperkasakan pelabur bertujuan untuk mewujudkan pelabur yang lebih bijak dan berkemampuan membuat keputusan pelaburan yang sesuai. Inisiatif ini akan:

Menggalakkan orang ramai untuk mengawal kewangan supaya bertanggungjawab untuk masa depan sendiri dan kecemerlangan hidup.
 
Melengkapkan pelabur dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi pelabur berhemah apabila membuat keputusan pelaburan.
Menggalakkan penyertaan pelaburan runcit yang berhemah di pasaran modal.

Melalui BijakLabur™, kami berharap untuk mengubah minda supaya rakyat Malaysia lebih yakin untuk melabur, secara bijak. 

Program-program InvestSmart telah disesuaikan mengikut latar belakang dan objektif pelabur yang berbeza. Dalam membangunkan program-program ini, Jabatan Hal Ehwal Pelabur dan Pengaduan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan memanfaatkan sepenuhnya pengalaman kami, terutamanya pengetahuan yang berkaitan dengan tingkah laku pelabur dalam membuat keputusan.