Artikel

Pilihan: iPhone 6,iPad 4 atau Melabur?

Read More" data-layout="standard" data-action="like" data-show-faces="false" data-share="true">

 securities-commission-malaysia    invest smart

Pilihan: iPhone 6, iPad 4 Atau Melabur?

Bagaimana jika anda sedang merancang antara membeli gajet iPhone 6 ataupun dengan mengambil keputusan untuk melabur? Lupakan niat anda untuk membeli gajet baharu dan mulakan masa anda untuk melabur!

Jikalau anda sedang berkira-kira untuk membeli gajet baharu seperti iphone 6, mahupun gajet tablet baharu seperti iPad 4, fikirkan semula.
Kebanyakan daripada kita sering terpengaruh dengan rakan-rakan, namun begitu, sedarkah kita bahawa kita mungkin perlu mengeluarkan kos lebih daripada  apa yang diperlukan untuk membeli gajet-gajet ini.
Realitinya, nilai gajet-gajet ini akan susut setiap tahun. Ini bermakna, trend atau habit untuk   sentiasa mengikuti perkembangan semasa teknologi adalah suatu habit yang merugikan. Tambahan pula, kebanyakan teknologi gajet ini dikemaskini setiap tahun dan model baharu akan sentiasa keluar.
Kadar susut nilai bagi sebuah gajet juga boleh menjangkau pada kadar yang amat tinggi iaitu sekitar 10% setahun.

Adakah anda amat memerlukan iPhone 6 atau iPad 4?

Dengan ciri-ciri terbaharu yang mampu anda banggakan,  memang tidak dinafikan bahawa  iphone 6 adalah sebuah gajet yang mampu menambat hati sesiapa sahaja yang ingin memilikinya.


Namun begitu, adakah ianya berbaloi untuk anda memiliki gajet ini? Lihat rajah di bawah.

 

Memori

iPhone 6

iPhone 6 Plus

iPad 4

WiFi

WiFi + Cellular

16GB

RM2,399

RM2,749

RM1,499

RM1,899

32GB

-

-

RM1,799

RM2,199

64GB

RM2,749

RM3,149

RM2,099

RM2,499

128GB

RM3,149

RM3,549

-

-

Rajah 1: Senarai harga produk Apple

Sebuah iPhone 5S 16GB dijual pada harga RM2,399 ketika ianya dilancarkan pada tahun 2012. Sekarang, tiga tahun kemudian, nilai terpakai iPhone 5S berharga sekitar RM 1,450. Jika kita menggunakan  kadar susut nilai sebanyak 65%,  nilai iPhone 6 16 GB anda  akan berharga RM 1,450 3 tahun kemudiannya.


Kadar susut nilai sebanyak 65% adalah kos yang anda perlu bayar jika anda mahu memiliki gajet sebegini. Namun begitu, anda juga harus ingat tentang konsep kos melepas “opportunity cost”  yang mungkin anda tidak sedari.


Anda telah berkerja keras untuk menampung kos hidup anda demi mencapai impian anda yang tersendiri, jadi,  tanya diri sendiri, adakah anda mahu laburkan jumlah wang RM 3,000 tersebut ataupun membeli gajet iphone 6 tersebut?

Kos Melepas (Opportunity Cost) Anda

Dengan membuat keputusan yang bijak untuk melabur dalam satu jumlah yang sama dengan kos membeli gajet iphone 6, anda berpeluang untuk melipat gandakan keuntungan anda sambil mengelak kos susut nilai yang terpaksa anda hadapi jika anda memilih untuk membeli iPhone 6.  Ini adalah contoh terbaik dalam mengambarkan konsep kos melepas (Opportunity Cost).


Perlu diingatkan dalam memilih instrumen perlaburan anda harus mengambil kira beberapa aspek dan perkara. Antaranya adalah modal pelaburan , tahap risiko, waktu serta matlamat kewangan. Pilihan yang anda tentukan ini melambangkan bentuk instrument pelaburan yang sesuai dengan anda.

1. Deposit tetap

Salah satu perlaburan risiko rendah  adalah dengan  melabur di dalam akaun Deposit Tetap (Fixed Deposit) (FD). Ianya mungkin tidak  memberi pulangan yang tinggi  yang mampu untuk mengawal kadar inflasi, tetapi pulangan modal anda akan perolehi adalah terjamin. Tambahan pula, FDs juga mempunyai tahap kecairan (liquidity) yg amat tinggi . Kebiasaanya,FD memberi  pulangan yang lebih jika jumlah modal yang dilaburkan adalah besar. Ini kerana FD mempunyai kadar faedah yang rendah.


Berikut adalah contoh yang diberi:

 

 

Modal Pelaburan

Awal

Keuntungan

 

Nilai Pelaburan

Risiko

Sesuai Untuk

RM3,000

4.10%

(12 months)

RM3,123

 

 1 BINTANG

Dana Kontigensi

Anda mungkin hanya memperolehi RM 100 dalam masa setahun tetapi jika anda bandingkan dengan kadar susut nilai gajet yang anda beli, anda mampu memperolehi jumlah yang lebih daripada kadar susut nilai yang anda harus hadapi serta kadar inflaksi.

2. Unit amanah

Jika  anda melabur di dalam unit amanah yang memberi purata pulangan sebanyak 7.36% setahun, pada akhir tahun ketiga, jumlah perlaburan anda akan menjadi RM 3,712 dengan konsep perlaburan semula pulangan tahunan anda.

 

 

Modal Pelaburan Awal

Pulangan

 

Nilai Pelaburan

Risiko

Sesuai Untuk

RM3,000

7.36% p.a.

RM3,712

 

3 BINTANG

Pelabur Risiko Rendah

Jangka Panjang iaitu pelaburan persaraan

Dengan melabur di dalam dana unit amanah yang berisiko tinggi, anda akan memperolehi  untung yang lebih  apabila keuntungan terkumpul  anda   berkembang.

3. Saham

Saham selalunya dianggap sebagai satu bentuk perlaburan yang berisiko tinggi. Ini kerana ia mempunyai kadar naik turun yang tinggi dan ianya lebih kompleks dan rumit. Para pelabur harus sentiasa memerhatikan keadaan semasa pasaran untuk membuat keputusan yang tepat.


Dengan mengetahui selok belok perlaburan,  ianya meningkatkan peluang anda untuk memperoleh keuntungan. Salah satu rahsia pelaburan adalah dengan mengetahui  saham perdana (blue-chip stocks), memahami  trend pasaran dan lain-lain.


Berikut adalah contoh pulangan yang akan anda perolehi jika anda membeli saham daripada sebuah syarikat telekomunikasi tempatan dan menjual saham tersebut kembali apabila saham itu naik pada harga RM 0.50 per unit saham:

 

 

Saham

Harga Belian

Harga Jualan

Keuntungan

Risiko

Sesuai Untuk

460 units

RM6.50

per unit

RM7.00

per unit

 

RM220

 

5 BINTANG

Pelabur Berisiko Tinggi

Pelaburan Jangka Pendek

 

Melabur untuk masa depan anda

Terdapat pelbagai bentuk produk pelaburan yang menawarkan ganjaran berbeza dan tahap risiko berlainan. Memahami apa yang dimahukan daripada pelaburan, risiko yang sanggup untuk diambil dan aspek teknikal yang terlibat boleh membantu anda mengaut keuntungan dalam jangka masa panjang. Secara am, setiap pelaburan berpotensi menjana keuntungan dan kerugian.

Walau bagaimanapun, kebaikan melabur ialah anda sekurang-kurangnya akan mempunyai peluang untuk menjana pulangan dan keuntungan, atau menebus semula kerugian. Bandingkan ini dengan menghabiskan jumlah wang yang sama pada alat atau gajet yang nilainya pasti akan susut nanti.

Untuk si pelabur, tiada cara yang lebih memuaskan untuk belajar melainkan belajar secara sendiri. Kaji dan analisa produk pelaburan yang terdapat di pasaran sebelum membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat. Bak kata Benjamin Franklin, salah seorang Bapa Pengasas Amerika Syarikat, 'Pelaburan yang memberi faedah terbaik ialah ilmu pengetahuan!'.

https://www.imoney.my/articles/pilihan-iphone-6ipad-4-atau-melabur

© Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laman web ini. Anda dinasihatkan merujuk pada pakar yang berkaitan seperti perancang kewangan bertauliah, jururunding pencukaian, penasihat pelaburan dan peguam bagi nasihat terperinci. Untuk maklumat lanjut mengenai penyiaran semula kandungan ini, sila emel: [email protected].

Pertahankan Hak Pelaburan Anda!

Read More" data-layout="standard" data-action="like" data-show-faces="false" data-share="true">

Pertahankan Hak Pelaburan Anda

 

securities-commission-malaysia      invest smart

Bayangkan anda baru sahaja membuat pelaburan pertama anda dalam pasaran saham di mana anda kini dengan bangganya merupakan pemunya saham Astro Malaysia Holdings Berhad. Selaku pemunya sebahagian syarikat tersebut, adakah ini bermaksud bahawa anda dan keluarga anda kini boleh menikmati perkhidmatan satelit TV secara percuma? Adakah ini juga bermaksud bahawa anda juga kini mempunyai akses ke semua saluran yang ditawarkan, termasuklah pakej sukan yang anda sebelum ini tidak langganipun kerana harganya yang sangat mahal? Walaupun manfaat-manfaat sebagai pemegang saham yang disebutkan tadi hampir mustahil untuk berlaku, namun ia membuatkan kita berfikir sejenak. Apakah hak-hak dan keistimewaan anda sebagai pemegang saham? Dalam artikel ini, kita akan fokus untuk memberikan ilustrasi mengenai hak-hak dan keistimewaan sebagai seorang pemegang saham. 

Apabila anda melabur dalam saham, secara automatik anda menjadi pemunya sebahagian kecil syarikat yang anda laburkan itu. Perkara ini merupakan suatu titik kejayaan kerana saham anda itu datang bersama pelbagai hak-hak yang anda boleh manfaatkan. Realitinya, kebanyakan pelabur tidak sedar akan hak-hak mereka sebagai pelabur, apatah lagi bilangan mereka yang memanfaatkan hak-hak tersebut. Dengan mengetahui hak-hak anda sebagai pelabur, anda boleh melindungi serta menjaga kewangan, meminimumkan risiko pelaburan dan memaksimakan pelaburan anda secara efisien.
Pemegang-pemegang saham memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan hak-hak mereka. Dengan melaksanankan hak-hak anda sebagai pemegang saham sesebuah syarikat, secara tidak langsung anda mewujudkan transparensi, integriti, dan akauntabiliti oleh pihak lembaga pengarah seterusnya memupuk tadbir urus korporat yang baik (good corporate governance).

1. Menghadiri mesyuarat pelabur

Sebagai seorang pemegang saham, anda berhak untuk menghadiri mesyuarat pemegang saham di syarikat yang anda laburkan itu. Dalam mesyuarat tersebut, pihak syarikat kebiasaannya akan membentangkan prestasi kewangan berserta perancangan syarikat di masa hadapan. Mesyuarat ini merupakan satu platform agar pelabur-pelabur faham dengan jelas terhadap hala tuju syarikat, untuk bertanya soalan kepada pihak pengurusan mengenai prestasi syarikat yang lepas serta plan-plan di masa hadapan dan untuk memastikan mereka bertanggungjawab sepenuhnya dalam melindungi demokrasi korporat.

Kesimpulannya, hak-hak utama pemegang saham berkaitan dengan mesyuarat agung adalah:

  • memohon untuk mengadakan mesyuarat agung;
  • menghadiri, melantik proksi serta menyuarakan pendapat dalam mesyuarat agung;
  • mengundi dalam mesyuarat agung;
  • menerima maklumat-maklumat seperti Registers of Substantial Shareholders, the Register of Debentures, the Instruments and Register of Charges, the Register of Directors' Shareholdings, the Register of Directors, Managers and Secretaries, the Minute Book of General Meetings, the Registrar and Index of Members. Satu salinan penyata kewangan teraudit perlu diedarkan kepada pemegang-pemegang saham selewat-lewatnya 14 hari sebelum berlangsungnya mesyuarat; dan
  • menguatkuasakan serta mengguna pakai hak-hak yang disebutkan di atas

2. Mengundi dalam isu-isu penting

Pemegang-pemegang saham mempunyai hak dalam membuat keputusan syarikat. Sebagai contoh, apabila sesebuah syarikat ingin melantik pengarah baru, maka pemegang-pemegang saham mempunyai hak mengundi untuk memilih calon-calon yang mereka inginkan. Hak mengundi ini juga merangkumi hal-hal perubahan dasar syarikat seperti pembubaran atau penggabungan syarikat. Di bawah Akta Syarikat 1965, setiap saham equiti yang diterbitkan oleh syarikat tersenarai awam (PLC) atau syarikat subsidiari memberikan satu hak undi dalam sesuatu undian di mesyuarat agung.

Keputusan di dalam mesyuarat agung dibuat melalui undian, kebiasaanya melalui undian secara mengangkat tangan (show of hands) atau undian secara pengiraan jumlah undi (berdasarkan setiap saham ekuiti yang dimiliki). Jika anda tidak dapat menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut, anda boleh melantik wakil (sama ada wakil adalah ahli syarikat ataupun tidak) sebagai proksi untuk hadir ke mesyuarat dan undi bagi pihak anda. Proksi yang dilantik mempunyai hak yang sama seperti pemegang saham itu sendiri untuk mengeluarkan pendapat dalam mesyuarat tersebut.

Untuk pemegang unit amanah pula, anda berhak untuk mengadakan mesyuarat pemegang unit serta mengundi untuk menyingkirkan pemegang amanah ataupun syarikat pengurusan itu sendiri melalui Resolusi Luar Biasa (Extraordinary Resolution).

3. Memeriksa buku dan rekod korporat

Apabila anda mempunyai saham, tidak kira berapa jumlah pegangan itu, anda secara automatiknya berhak untuk menerima laporan tahunan syarikat serta dokumen-dokumen kewangan lain yang berkaitan dengan prestasi syarikat yang lalu, perancangan syarikat pada masa hadapan dan bagaimana peruntukan dibuat untuk projek-projek akan datang. Kebanyakan syarikat tersenarai awam (PLC) dikehendaki untuk membuat semua urus niaga kewangan secara awam dan terbuka. Laporan tahunan kebiasaannya dipapar di laman sesawang syarikat, namun begitu anda boleh memohon satu salinan laporan tersebut dihantar kepada anda.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan sesuatu maklumat, anda sebagai pelabur boleh berhubung terus dengan unit komunikasi korporat dan hubungan pelabur di dalam sesebuah syarikat itu. Kebanyakan syarikat tersenarai awam (PLC) menjadikan unit ini sebagai platform untuk memberikan maklumat serta berita terkini mengenai syarikat mereka. Platform ini merupakan medium yang baik untuk para pelabur untuk membuat sebarang rujukan.
Bagi unit amanah, prestasi dibentangkan di dalam laporan tahunan sebaik sahaja berakhir setiap tahun kewangan. Setiap pemegang unit juga menerima penyata berkala transaksi dan laporan interim tentang dana-dana yang diuruskan.

4. Hak untuk membuat laporan

Sebagai seorang pelabur, anda tidak boleh berdiam diri dan mengabaikan segala salahlaku terhadap undang-undang atau terhadap hak peribadi anda. Jika anda hendak membuat sebarang aduan, carta di bawah menunjukkan badan-badan yang boleh anda salurkan aduan anda tersebut:

 

Organisasi

Jenis-jenis aduan

Bursa Malaysia

• Isu berkaitan syarikat broker saham

• Aduan terhadap syarikat tersenarai awam (PLC)

Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM)

• Isu berkaitan ejen unit amanah

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

• Isu berkaitan hak-hak pengguna (termasuklah direct selling dan multi-level-marketing)

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

• Isu berkaitan pengurusan serta kesahihan sesebuah syarikat

Bank Negara Malaysia (BNM)

• Isu berkaitan perbankan konvensional dan islamik, insurans dan takaful, servis penasihat untuk bagi perusahaan kecil dan sederhana, FOREX

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)

• Isu berkaitan sekuriti dan derivatif

 

5. Membuat saman terhadap salahlaku

Pemegang-pemegang saham mempunyai hak untuk menyaman sesebuat syarikat sekiranya syarikat itu memberikan maklumat yang tidak tepat mengenai kewangan syarikat. Antara contoh salahlaku termasuklah melaporkan keuntungan yang tidak tepat, hasil jualan yang diada-adakan, serta penipuan stok jualan. Hak membuat saman ini amat penting bagi melindungi kepentingan pemegang-pemegang saham terhadap ketidakcekapan dalam pengurusan syarikat.

Kepentingan due diligence

Apabila membuat sesuatu pelaburan, amatlah penting untuk anda membuat kajian yang menyeluruh dan faham hak-hak anda sebelum membuat keputusan untuk melabur.

Seseorang perunding kewangan bertauliah bertanggungjawab untuk melindungi kepentingan anda. Walaubagaimanapun, tidak semua perunding mempunyai etika profesional yang baik, malah ada yang mendedahkan anda kepada instrument yang tidak sesuai dengan tahap penerimaan risiko anda. Hal ini bukan sahaja menyebabkan anda tidak mendapat pulangan seperti yang diharapkan, malah hanya menguntungkan perunding tersebut sahaja melalui insentif yang diperoleh.

Tidak dinafikan anda digalakkan untuk mendapatkan pandangan dan nasihat profesional, namun adalah penting untuk anda bertidak due diligence serta faham produk, servis, dan syarikat yang anda ingin melabur. Dokumen-dokumen seperti prospektus, dan laporan tahunan merupakan sumber rujukan yang baik bagi memahami sejarah syarikat, operasi serta prestasi kewangan pada tahun-tahun yang lalu. Antara faktor  penting lain yang perlu dititikberatkan adalah seperti umur, tahap penerimaan risiko, dan juga matlamat kewangan anda.

Sebagai seorang pelabur, kuasa untuk mengembangkan aset jatuh ditangan anda. Jadilah pelabur yang bijak dengan mempelajari hak-hak anda serta manfaat yang boleh anda peroleh. Dengan ini, anda boleh membuat keputusan pelaburan yang lebih bijak dan seterusnya mencapai matlamat kewangan anda.

Sebelum melabur, ambil lah sedikit masa untuk memahami semua kos dan caj yang berkaitan dengan pelaburan, kerana ini akan memberi kesan kepada nilai portfolio pelaburan anda.

https://www.imoney.my/articles/pertahankan-hak-pelaburan-anda

© Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laman web ini. Anda dinasihatkan merujuk pada pakar yang berkaitan seperti perancang kewangan bertauliah, jururunding pencukaian, penasihat pelaburan dan peguam bagi nasihat terperinci. Untuk maklumat lanjut mengenai penyiaran semula kandungan ini, sila emel: [email protected].

Bufet Pelabur Bijak (Bahagian 2)

Read More" data-layout="standard" data-action="like" data-show-faces="false" data-share="true">
Dapatkan maklumat terlebih dahulu
  1. Dapatkan maklumat terlebih dahulu

Sebelum membuat tempahan meja untuk menikmati hidangan bufet di sesebuah hotel ataupun restoran, pasti anda bertanya kepada rakan-rakan dan melihat ulasan-ulasan mengenai restoran tersebut terlebih dahulu. Anda semestinya tidak mahu dikecewakan dengan hidangan bufet yang kurang enak.


Begitu juga dengan pelaburan. Sebelum melaburkan wang dalam sesuatu  produk pelaburan, pastikan anda telah mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai produk pelaburan tersebut. Baca dan fahami semua informasi berkaitan dengan pelaburan yang akan dibuat.


Untuk pelaburan saham, jangan lupa untuk menganalisa laporan tahunan, prospektus dan lain-lain dokumen yang berkaitan dengan syarikat yang menawarkan saham tersebut. Berwaspadalah dengan khabar angin dan ‘tip-tip’ pelaburan yang tidak berasas.


Bagi unit amanah pula, amalkan tabiat membaca prospektus dan laporan tahunan dana tersebut. Teliti prestasi dana syarikat berkaitan, profil risiko pelabur dan juga cara pengurusan syarikat tersebut sebelum membuat keputusan.

 

  1. Kawal pemakanan anda!

 

Biasanya, anda dinasihatkan untuk mengalas perut bagi mengelakkan rasa terlalu lapar sementara menantikan jamuan bufet yang bakal dihidangkan. Dengan cara ini, sekiranya anda berubah fikiran untuk makan di tempat lain setelah mendapati hidangan bufet yang dinanti-nantikan tidak seenak yang disangka, anda tidak akan kebuluran sebelum tiba di destinasi yang seterusnya.

 

Begitu juga, anda dinasihatkan untuk memiliki wang lebihan sebanyak enam hingga sembilan bulan daripada perbelanjaan bulanan sebelum melabur. Ini bagi memastikan anda mempunyai dana yang mencukupi jika berlaku perkara yang tidak diingini atau pelaburan mengalami kerugian.

 

  1. Sabar dalam mencapai mencapai matlamat anda

 

Kebanyakan orang sanggup beratur panjang bagi mendapatkan sesuatu jenis makanan yang diinginkan dalam hidangan sesebuah bufet. Begitu juga dengan pelaburan, anda haruslah sabar dan melabur untuk jangka masa panjang. Kerugian jangka pendek sememangnya merupakan asam garam pelaburan. Namun, jika anda sabar dan terus mengamalkan pelaburan untuk jangka panjang, kerugian tersebut akan ditampung oleh keuntungan yang bakal diperolehi kelak.

 

  1. Cuba pelbagai jenis makanan

Ketika di meja bufet, anda biasanya dinasihatkan untuk mencuba pelbagai jenis makanan yang dihidangkan dan tidak menumpukan perhatian kepada  satu jenis makanan sahaja. Melalui cara ini, anda akan dapat mengetahui makanan mana yang paling enak dan lazat.

    

Konsep yang sama perlu diaplikasikan dalam pelaburan. Anda tidak sepatutnya meletakkan kesemua wang anda dalam satu produk pelaburan sahaja. Pelbagaikan pelaburan anda dalam produk atau sektor yang berlainan. Contohnya, jika anda melabur dalam ekuiti, pelbagaikan pelaburan anda dalam beberapa jenis syarikat dan sektor, dan jika anda melabur dalam unit amanah pelbagaikan jenis-jenis dana pelaburan anda.


Ini merupakan cara terbaik untuk mengurangkan risiko anda kerana kerugian yang dialami akibat suatu pelaburan boleh ditampung oleh keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan yang lain.

 

  1. Ubah fikiran jika perlu

Ada kalanya, restoran atau hotel yang dikunjungi tidak memuaskan hati anda. Sekiranya ini berlaku, beralihlah ke tempat lain yang dapat memenuhi citarasa anda.

 

Dalam hal pelaburan, prinsip ini juga boleh dipakai. Anda tidak sepatutnya takut untuk beralih kepada pelaburan yang lain sekiranya mendapati produk tersebut tidak serasi dengan matlamat pelaburan atau tidak memberi pulangan yang diharapkan. Kaji semula dan selalu pantau pelaburan anda untuk memastikan yang ianya masih relevan dengan matlamat kewangan.

 

  1. Awasi promosi harga murah

 

Anda pastinya berasa curiga jika ditawarkan promosi bufet yang terlalu murah tetapi mendapat hidangan bertaraf hotel 5 bintang. Besar kemungkinan ada yang tidak kena dengan bufet tersebut.


Begitu juga dengan pelaburan, terdapat banyak syarikat yang menjanjikan pulangan yang tinggi, tanpa risiko dan memerlukan modal yang rendah. Sebagai pelabur bijak, anda tidak sepatutnya mudah terpedaya dengan janji-janji seperti ini. Ingatlah bahawa lebih tinggi pulangan sesuatu pelaburan, maka lebih tinggi juga risikonya!

 

Akhir sekali, pelaburan adalah sesuatu yang sepatutnya memberi anda kepuasan sepertimana menikmati sesuatu hidangan bufet yang enak. Sungguhpun demikian, ingatlah bahawa seseorang pelabur bijak akan sentiasa mengamalkan langkah-langkah di atas bagi memastikan diri mereka dapat membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat.

© Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laman web ini. Anda dinasihatkan merujuk pada pakar yang berkaitan seperti perancang kewangan bertauliah, jururunding pencukaian, penasihat pelaburan dan peguam bagi nasihat terperinci. Untuk maklumat lanjut mengenai penyiaran semula kandungan ini, sila emel: [email protected].

Bufet Pelabur Bijak (Bahagian 1)

Read More" data-layout="standard" data-action="like" data-show-faces="false" data-share="true">
Ramai orang bekerja untuk mendapatkan wang atau sebagai suatu sumber pendapatan. Tetapi, tidak ramai orang yang tahu cara untuk mengembangkan pendapatan mereka dengan wang yang ada.

Ramai orang bekerja untuk mendapatkan wang atau sebagai suatu sumber pendapatan. Tetapi, tidak ramai orang yang tahu cara untuk mengembangkan pendapatan mereka dengan wang yang ada. Salah satu cara untuk mengembangkan pendapatan adalah dengan melaburkan wang anda. Walaupun setengah-setengah orang berpendapat yang pelaburan hanyalah untuk mereka yang berada sahaja, pandangan ini sebenarnya kurang tepat.

 

Malah, pelaburan adalah lebih penting lagi bagi mereka yang berpendapatan sederhana. Ini kerana mereka mempunyai sumber pendapatan yang terhad dan pelbagai komitmen kewangan, tetapi dalam masa yang sama, ingin mencapai pelbagai matlamat kehidupan. Antara matlamat-matlamat tersebut termasuklah membeli rumah, menghantar anak ke universiti dalam masa 10 tahun atau bersara dengan selesa dalam masa 20 tahun akan datang.

Bagi mencapai matlamat anda dalam tempoh masa tertentu, menyimpan wang sahaja  mungkin tidak mencukupi atau ia akan mengambil masa yang lama. Oleh itu, anda perlu melabur. Akan tetapi, dengan sebegitu banyak pilihan produk pelaburan yang ditawarkan di pasaran, anda mungkin terkeliru dan tidak pasti mana satu yang yang bersesuaian. Ia seakan anda berdiri di hadapan meja jamuan bufet! Terdapat pelbagai jenis makanan di meja tersebut sehingga anda rambang mata dan keliru mana satu yang anda patut makan dahulu.

Maka, bagi memastikan anda menikmati jamuan bufet yang sedap dan mengenyangkan, atau dalam konteks ini pelaburan yang memberikan pulangan yang diharapkan, anda perlu memantau peluang-peluang yang ditawarkan dengan bijak.

Di akhir risalah ini, anda akan dapat mengenal pasti langkah-langkah yang perlu diambil sebelum membuat keputusan pelaburan yang bijak. Teruskan membaca bagi mengikuti “resepi-resepi” pelaburan bijak.

  1. Pembuka selera atau pencuci mulut?

Ketika di meja bufet, pasti anda melihat-lihat dahulu  pelbagai jenis juadah yang dihidangkan sebelum mula memilih makanan yang diinginkan. Ada pembuka selera, ada pencuci mulut dan berbagai-bagai lagi jenis makanan lain. Begitu juga keadaannya ketika membuat pilihan produk pelaburan. Anda perlu mengetahui dan menilai produk-produk yang ditawarkan sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.


Terdapat pelbagai jenis produk pelaburan di pasaran modal Malaysia dan antara produk pelaburan yang ditawarkan ialah:


Selain itu, terdapat juga pelaburan-pelaburan lain yang tidak berkaitan dengan  pasaran modal seperti simpanan di bank, hartanah, insuran dan barangan koleksi berharga.

Sesuatu keputusan pelaburan seharusnya dibuat setelah anda memahami sepenuhnya produk pelaburan tersebut dan berpuas hati bahawa ianya pelaburan yang paling bersesuaian dengan diri sendiri. Ingatlah bahawa pelaburan yang dipilih perlu sesuai dengan kedudukan kewangan, matlamat pelaburan dan tahap risiko anda.

 

  1. Bagaimana selera makan anda?

Di jamuan bufet, ada orang  yang akan memenuhkan pinggan masing-masing dengan makanan yang unik dan jarang didapati manakala ada pula yang hanya memilih makanan yang menjadi kebiasaan seperti nasi, ayam, sayur dan buah-buahan. Mereka ini tidak mahu mengambil risiko dengan mencuba sesuatu yang tidak biasa dimakan.

Hal ini sama seperti pelaburan. Seorang pelabur bijak seharusnya memilih pelaburan yang bukan sahaja mengikut matlamat and jumlah modal yang dimiliki, tetapi juga mengikut tahap risiko mereka sendiri.

Anda perlu mengetahui sejauh mana risiko yang mampu ditanggung. Adakah anda seorang pelabur yang berisiko tinggi, sederhana atau rendah? Perkara ini sangat penting kerana ia akan membantu anda menentukan sama ada mengambil pendekatan pelaburan yang agresif, sederhana ataupun konservatif.

Dalam kata lain, jika anda makan mengikut selera sendiri, maka lakukanlah perkara yang sama apabila melabur. Melaburkah mengikut “selera” anda. Buat pertimbangan yang sewajarnya terhadap modal yang diperlukan, risiko yang dihadapi, kemungkinan adanya keuntungan (atau kerugian) dan lain-lain. Sebagai contoh, jika tahap risiko seseorang adalah rendah atau sederhana, mungkin produk berisiko tinggi seperti derivatif tidak wajar dimasukkan dalam portfolio pelaburannya.

  1. Dimana anda ingin makan?

Hidangan bufet ditawarkan di pelbagai tempat, termasuklah hotel bertaraf lima bintang, kafe dan restoran. Jadi bagaimana anda membuat pilihan untuk makan dimana? Sudah tentu ada faktor-faktor tertentu yang membantu anda membuat pilihan, bukan?

Apabila membuat pelaburan, anda akan berdepan dengan dilema pilihan yang sama. Patutkah anda melabur dalam unit amanah atau adakah saham pilihan yang lebih bijak?

© Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laman web ini. Anda dinasihatkan merujuk pada pakar yang berkaitan seperti perancang kewangan bertauliah, jururunding pencukaian, penasihat pelaburan dan peguam bagi nasihat terperinci. Untuk maklumat lanjut mengenai penyiaran semula kandungan ini, sila emel: [email protected].

Memahami nilai Perangkaan dalam Pelaburan

Read More" data-layout="standard" data-action="like" data-show-faces="false" data-share="true">
 

 

Dengan kemajuan media elektronik, pelabur pada hari ini memperolehi pelbagai maklumat daripada banyak sumber. Pelabur tidak perlu lagi bersusah payah mencari maklumat berkaitan dengan pasaran. Walau bagaimanapun, jika terdapat terlalu banyak maklumat dan tanpa teknik tertentu untuk menganalisa data-data ini, maklumat itu akan menjadi tidak berguna. Salah satu data yang mungkin dapat membantu pelabur dalam membuat keputusan pelaburan adalah statistik. Artikel ini akan menerangkan pelbagai aspek berkenaan statistik, seperti apa itu statistik, kategori statistik dan kaitannya dengan pelaburan. 

 

 

Apa itu Statistik?

Menurut kamus Oxford, istilah 'statistik' ditakrifkan sebagai 'amalan atau sains mengumpul dan menganalisa data berangka dalam kuantiti yang besar, terutama bagi tujuan membuat kesimpulan perkadaran dari sampel yang mewakili data tersebut.' (the practice or science of collecting and analyzing numerical data in large quantities, especially for the purpose of inferring proportions in a whole from those in a representative sample). Dengan menggunakan teori kebarangkalian, data di analisa untuk mendapatkan satu kesimpulan atau ramalan tertentu.

 

Statistik dan Pelaburan

Kita semua tahu bahawa tiada siapa yang boleh membaca pasaran dengan tepat dan jika portfolio pelaburan dikaitkan kepada indeks pasaran, pulangan kita harus sama seperti pulangan pasaran. Bagi mendapat pulagan lebih tinggi daripada pulangan pasaran, ia juga bermakna bahawa pelabur perlu menanggung risiko yang lebih tinggi kerana risiko dan pulangan saling berkait rapat; risiko tinggi, pulangan tinggi. Oleh itu, adalah sangat penting bagi pelabur untuk memahami risiko yang wujud dalam portfolio pelaburan dan pulangan yang dijangkakan.

Salah satu sebab penting menggunakan analisis statistik adalah untuk mengira pulangan dan risiko pasaran dan portfolio. Dua kategori statistik yang digunakan adalah statistik perihalan (descriptive statistic) dan statistik pentakbiran (inferential statistics).

 

Statistik Perihalan (descriptive statistics)

Statistik perihalan ialah cara kita menghuraikan data yang terkumpul. Jika kita mempunyai banyak data, sukar untuk menaksir data dengan hanya melihatnya secara kasar. Melalui statistik perihalan, kita dapat menghuraikan data dengan cara yang lebih mudah untuk difahami. Umumnya, terdapat dua jenis statistik yang digunakan untuk menerangkan data:

Sukatan kecenderungan memusat (Measures of central tendency): adalah cara menerangkan kedudukan di tengah-tengah taburan kekerapan bagi satu kumpulan data. Kedudukan di tengah-tengah ini boleh diterangkan dengan menggunakan beberapa statistik, termasuk mod, median dan min.

 

Ukuran kecenderungan memusat ialah ukuran yang memberitahu kita di mana pertengahan sekumpulan data terletak. Tiga langkah yang paling sering digunakan bagi sukatan kecenderungan memusat adalah min, median dan mod.

Min: Min adalah ukuran yang selalu digunakan bagi sukatan kecenderungan memusat. Ianya adalah jumlah nombor yang dibahagikan dengan bilangan nombor dalam set data. Ini juga dikenali sebagai purata.

Median: Median ialah nombor yang di tengah-tengah dalam satu set data apabila set itu disusun sama ada secara menaik atau menurun. Jika bilangan nombor dalam set data adalah genap, maka median ialah min (purata) dua nombor pertengahan.

Mode: Mod adalah nilai yang paling kerap muncul dalam satu set data.

Contoh Sukatan Kecenderungan Memusat

Bagi data 1, 2, 3, 4, 5, 5, 6, 7, 8 langkah-langkah kecenderungan memusat adalah

Median = 5

Mode = 5

 

Sumber: www.icoachmath.com / math_dictionary / Measures_of_Central_Tendency.html

 

Sukatan penyebaran (Measures of spread): ini adalah cara merumuskan satu kumpulan data dengan menerangkan bagaimana tersebarnya markah data itu. Untuk menggambarkan penyebaran ini, beberapa statistik boleh digunakan termasuk julat (range), kuartil (quartiles), sisihan mutlak        (absolute deviation), varians (variance) dan sisihan piawai (standard deviation).

 

Contoh Sukatan Penyebaran

 

Ketinggian dalam cm sepuluh orang pelajar adalah: 157, 152, 165, 151, 160, 156, 155, 162, 158, 163. Julat data ialah:

Langkah 1: ketinggian maksimum = 165.

Langkah 2: Ketinggian minimum = 151.

Langkah 3: Julat = 165 - 151 = 14. [Julat = ketinggian maksimum - ketinggian minimum.]

 

Sumber: www.icoachmath.com / math_dictionary / Measure_of_Variation.html

 

Penggunaan statistik perihalan adalah penting kepada pelabur kerana ukuran kecenderungan memusat akan memberi gambaran tanda aras kadar pulangan yang diharapkan. Manakala keberubahan atau serakan memberi gambaran tanda aras bagi risiko yang wujud dalam pelaburan.

Sebagai pelabur, walaupun kita tidak boleh meramalkan dengan pasti keadaan pasaran, dengan kecenderungan memusat, ia sekurang-kurangnya akan memberikan kita satu jangkaan pulangan, sementara varians atau piawaian sisihan memberi gambaran tahap risiko dalam pelaburan tersebut.

Sebagai contoh, membandingkan dua portfolio dengan pulangan yang sama, portfolio yang mempunyai varians tinggi adalah lebih berisiko berbanding dengan portfolio yang mempunyai varians yang lebih rendah. Apabila kita mempunyai jumlah data yang banyak, dengan menggunakan statistik perihalan, ia membantu untuk menganalisa dan meringkaskan maklumat menjadi lebih bermakna. Kemudian kita boleh menimbang risiko dan pulangan.

 

Statistik Pentakbiran (inferential statistics)

Kategori statistik yang lain adalah statistik pentakbiran. Statistik pentakbiran digunakan apabila kita perlu membuat anggaran atau keputusan berdasarkan sampel data. Sebagai contoh, apabila kita cuba untuk memahami pasaran, ia adalah mustahil untuk mendapatkan data bagi semua kaunter indeks. Oleh itu, dengan menggunakan statistik pentakbiran, kita boleh memilih sampel kaunter untuk mewakili seluruh pasaran dan daripada sampel itu mendapatkan anggaran yang tertentu atau unjuran di pasaran itu sendiri.

 

Kesilapan dalam Statistik

Apabila kita mentafsir keputusan daripada analisis ini, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Kebanyakan maklumat adalah berdasarkan data sejarah dan mungkin terdapat perubahan dalam asas persekitaran yang boleh memberi kesimpulan yang tidak tepat kerana ia berlandaskan kepada maklumat terdahulu. Sebagai contoh, jika kita cuba untuk menganalisa kitaran pasaran semasa atau selepas krisis kewangan global yang berdasarkan data sejarah pra-krisis, kita mungkin membuat kesimpulan yang salah kerana ada perubahan rejim yang menjejaskan pasaran.

Ada kalanya apabila kita membaca rekod dan laporan prestasi unit amanah tertentu, kita perlu berhati-hati dengan kewujudan data yang berat sebelah. Sebagai contoh, sebuah dana yang melaporkan rekod prestasi selama 5 tahun mungkin mempunyai berat sebelah dalam keputusan yang ditunjukkan. Berat sebelah ini terjadi apabila rekod hanya menunjukkan dana yang menguntungkan dalam tempoh 5 tahun. Ia tidak termasuk dana yang mengalami kerugian, yang tidak menunjukkan prestasi yang baik atau ditutup atau digabungkan dengan dana lain untuk menampung prestasi yang lemah. Hanya syarikat-syarikat yang menunjukkan prestasi yang baik dimasukkan dalam data, dan menyebabkan rekod berat sebelah dan tidak tepat.

Sebelum analisis statistik boleh digunakan untuk menaksir data yang pelbagai kepada maklumat yang bermakna kepada pelabur, seseorang perlu memahami asas penggunaannya. Ini adalah penting kerana ia akan memastikan bahawa pelabur tidak terkeliru oleh data yang dikumpul.

© Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laman web ini. Anda dinasihatkan merujuk pada pakar yang berkaitan seperti perancang kewangan bertauliah, jururunding pencukaian, penasihat pelaburan dan peguam bagi nasihat terperinci. Untuk maklumat lanjut mengenai penyiaran semula kandungan ini, sila emel: [email protected].

Percantuman dan Pemerolehan

Read More" data-layout="standard" data-action="like" data-show-faces="false" data-share="true">
Tindakan/ Penstrukturan Korporat

Tindakan/ Penstrukturan Korporat

Percantuman dan Pemerolehan (Mergers & Acquisition) ataupun M&A merupakan sejenis penstrukturan korporat ataupun tindakan korporat  yang biasa berlaku di pasaran modal.  Perkara ini berlaku secara amnya apabila kita menjadi pemegang saham sesebuah syarikat. Di akhir artikel ini, anda akan dapat melihat apa itu M&A dan bagaimana ia memberi kesan kepada keputusan pelaburan yang dibuat.

 

Apa itu Percantuman dan Pemerolehan?

Percantuman dan pemerolehan akan berlaku apabila dua syarikat bergabung menjadi satu entiti perniagaan. Objektif utama penggabungan ini adalah untuk memperkukuhkan kerjasama antara dua syarikat berbeza apabila digabungkan. Ini bermakna ia secara tidak langsung dapat memberikan nilai pemegang saham yang lebih kukuh. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan antara percantuman dan pemerolehan kepada pelabur dan saham mereka.

 

Di samping itu, proses percantuman diantara dua syarikat ini akan berlaku dengan lebih mudah apabila keadaan pengurusan diantara mereka tidak mengalami sebarang masalah. Secara langsung ia akan membawa kepada persetujuan yang sepakat diantara kedua-dua belah pihak. Apabila keadaan ini berlaku, maka saham daripada dua syarikat ini akan bertukar menjadi sebuah entiti saham yang baru.

Di samping itu, ada beberapa jenis percantuman dengan matlamat yang berbeza:

 

Pemerolehan (acquisition) pula berlaku apabila sebuah syarikat yang besar daripada segi saiznya mengambil alih syarikat yang lebih kecil yang juga dikenali sebagai syarikat sasaran.

 

Selepas proses Pemerolehan, syarikat sasaran akan menjadi milik syarikat yang memperoleh. Terdapat dua situasi yang mungkin berlaku ketika proses pemerolehan ini. Situasi pertama ialah apabila pemegang saham dan pengurusan syarikat sasaran menerima dengan baik mengikut terma dan syarat yang disediakan oleh syarikat yang memperoleh. Situasi ini disifatkan sebagai pemerolehan secara baik. Sekiranya syarikat sasaran tidak mahu diperoleh, maka syarikat memperoleh akan mengalami kesukaran dan mengambil masa yang panjang bagi menjalani proses pemerolehan.                                                                                                               
 

Sama ada percantuman ataupun pemerolehan, objektif utama penstrukturan korporat adalah memberi kebaikan kepada syarikat terlibat. Ia mungkin dalam bentuk mendapatkan kedudukan pasaran yang lebih baik, pemilikan teknologi yang membolehkan pegangan pasaran yang lebih luas dan penambahan untung. Ia kemudiannya akan menambah baik keberkesanan dan keuntungan syarikat.

 

 

Walau bagaimanapun, proses M&A ini bukannya mudah. Ini kerana apabila dua syarikat bercantum, kejayaan percantuman akan berpandukan kepada penerimaan oleh semua pihak pengurusan  dan pemegang saham. Penerimaan ini adalah seperti hala tuju syarikat, budaya korporat dan struktur organisasi syarikat setelah dicantumkan. Sekiranya proses M&A tidak berjaya, maka ia akan membawa kepada perniagaan yang merugikan dan secara langsung membawa kepada kegagalan sebuah syarikat setelah bercantum.

 

Rumusan

Sebagai seorang pelabur, kita perlu melihat prospek jangka pendek dan jangka panjang syarikat yang terlibat dalam percantuman dan pemerolehan. Bagi prospek jangka pendek, apabila M&A telah diistiharkan pada sebuah syarikat sasaran di pasaran modal, harga saham pada syarikat tersebut akan meningkat dan pada masa yang sama harga pemerolehan bagi syarikat yang memperoleh akan mula menurun. Situasi ini berlaku apabila syarikat memperoleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada kos-kos kewangan pada syarikat sasaran mereka. Walau bagaimanapun, sekiranya kedua-dua syarikat M&A membuat keputusan untuk memperolehi prospek jangka panjang, maka para pelabur akan memberi tumpuan kepada keberkesanan dan kredibiliti kejayaan masa depan sebuah M&A. Secara dasarnya, apabila ingin melabur di syarikat-syarikat yang menjalankan proses percantuman dan pemerolehan ini, pelabur perlulah memastikan nilai syarikat itu selepas percantuman atau pemerolehan adalah lebih daripada sebelumnya.

 

© Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laman web ini. Anda dinasihatkan merujuk pada pakar yang berkaitan seperti perancang kewangan bertauliah, jururunding pencukaian, penasihat pelaburan dan peguam bagi nasihat terperinci. Untuk maklumat lanjut mengenai penyiaran semula kandungan ini, sila emel: admin@investsmartsc.my.

Cara-cara Mengenal pasti Syarikat Berpotensi

Read More" data-layout="standard" data-action="like" data-show-faces="false" data-share="true">

Setiap pelabur berharap untuk mendapat keuntungan daripada setiap pelaburan yang dibuat.  Walaubagaimanapun, mereka perlu bersedia menghadapi cabaran dan terus bersusaha demi menjana pulangan yang positif.   Ramai pelabur yang sering mengambil mudah setelah melabur dalam syarikat yang mempunyai latar belakang yang baik dan apabila pelaburan tersebut mengalami kegagalan, mereka tidak dapat mempercayainya.  Di akhir artikel, ini anda akan dapat mengenal pasti ciri-ciri syarikat yang berpotensi dan bagaimana untuk memadankannya dengan objektif dan profil risiko.

 

 

 

Tingkatkan Kemahiran Melabur

Mengapa ramai pelabur yang masih mengalami kerugian walaupun melabur dalam syarikat yang mempunyai latar belakang yang baik? Melihat kepada pasaran, ramai pelabur membuat keputusan yang dipengaruhi oleh saudara-mara  dan rakan-rakan sekeliling.  Pelabur cenderung melabur berasaskan khabar angin, desas-desus atau tip berbanding membuat kajian terperinci.   Mereka memasuki pasaran pada waktu bulis, iaitu apabila pasaran hampir berada di puncak dan akhirnya terperangkap dalam situasi “beli pada harga tinggi, jual pada harga rendah”.   Apabila harga saham naik berterusan, pelabur beranggapan ia adalah waktu yang sesuai untuk ‘beli’ dan apabila  harga merudum mereka beranggapan ia adalah waktu yang sesuai untuk ‘jual’.

Jesteru, setiap pelabur perlu meningkatkan kemahiran menjana keuntungan dalam pasaran saham.  Mereka perlu mengenal pasti syarikat yang mempunyai potensi tetapi masih belum diketahui oleh pasaran.

 

 

Strategi Pelaburan yang Sesuai

Secara logiknya, untuk mendapatkan keuntungan, pelabur perlu “membeli pada harga rendah dan jual pada harga yang tinggi” tetapi ini lebih mudah diperkatakan daripada dilakukan.   Kebiasaannya apabila kita mengetahui sesuatu saham berpotensi, satu dunia seakan-akan telah mengetahuinya dan harga saham tersebut telahpun berada di paras yang terlalu tinggi sehingga tidak mampu untuk dibeli.

Untuk mengetahui sama ada sesuatu saham itu masih berbaloi untuk dilaburkan, penunjuk kewangan yang kebiasaanya digunakan ialah nisbah harga:

  • harga/nisbah pendapatan  (P/E)
  • harga/ nisbah jualan (P/S)
  • harga/nisbah buku (P/B)

Nisbah harga yang rendah menunjukkan bahawa harga masih lebih rendah berbanding dengan nilai asasnya, dimana ia berdasarkan pendapatan, jualan atau nilai buku. Walaubagaimanapun, apabila menggunakan nisbah-nisbah ini, pelabur-pelabur perlu lebih berhati-hati kerana kadangkala angka perakaunan ini agak mengelirukan.

Untuk mengatasi ralat perakaunan, beberapa pakar pelaburan mencadangkan kita juga perlu melihat aliran tunai, dimana ia kurang cenderung kepada manipulasi perakaunan.  Penunjuk kewangan yang biasa digunakan ialah pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA), iaitu pendapatan kasar syarikat. Ini menunjukkan jumlah sebenar yang telah dijana oleh syarikat daripada operasi selepas ditolak dengan kos perbelanjaan operasi.

 

Analisis kelemahan syarikat

Kadangkala, sesebuah syarikat kelihatan seperti mengalami kemorosotan, tetapi pelabur perlulah  bijak dan menganalisis bagaimana kelemahan tersebut bakal memberi kesan terhadap pertumbuhan syarikat.   Sebagai contoh, apabila harga saham sesebuah syarikat turun berikutan pendapatan kurang daripada yang dijangkakan ataupun kesan kitaran (cylically impact) yang bakal pulih, membeli saham syarikat ini semasa ianya diabaikan membolehkan kita menjana keuntungan apabila pasaran pulih kelak.   Walaubagaimanapun, terdapat juga keadaan dimana harga saham mungkin rendah atas sebab-sebab tertentu.  Oleh yang demikian, pelabur perlu membaca laporan kewangan syarikat dengan teliti dan peka terhadap informasi dan perkembangan syarikat untuk memastikan syarikat tersebut masih mempunyai asas yang kukuh dan berpotensi tinggi untuk kembali menjadi perhatian dalam masa yang terdekat.

 

Lihat potensi pertumbuhan

Selain daripada harga saham yang murah, para pelabur juga boleh melihat potensi pertumbuhan dalam saham-saham tertentu.  Untuk mengenal pasti potensi pertumbuhan sesebuah syarikat pada masa hadapan, pelabur perlu membuat kajian menyeluruh sesuatu perniagaan untuk menilai samada syarikat berada dalam sesuatu industri yang sedang berkembang.  Daripada perspektif sesebuah syarikat, peluang pertumbuhan berpunca daripada produk atau perkhidmatan yang berpotensi untuk mendapat permintaan yang tinggi.  Begitu juga syarikat yang sedang membangunkan sesuatu teknologi atau perubatan yang dijangkakan mendapat permintaan yang tinggi dan mewujudkan satu trend baru.   Syarikat yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi adalah syarikat yang terlibat dalam penghasilan teknologi baru, dan juga syarikat perubatan yang giat menjalankan penyelidikan.  Walaubagaimanapun, pelabur perlu sentiasa berhati-hati memandangkan risiko melabur dalam syarikat sebegini mungkin tinggi kerana berkemungkinan produk yang diharapkan tidak mendapat sambutan. 

 

Di samping itu, kita juga boleh mempelajari persekitaran perniagaan dalam mengenal pasti potensi pertumbuhan sesuatu saham.  Sebagai contoh, sekiranya kerajaan sedang  menggalakkan pembangunan dalam sesuatu industri atau projek, harga saham syarikat yang bakal terlibat berkemungkinan besar akan naik dalam masa terdekat.  Pelabur juga perlu memanfaatkan informasi yang ada dan membuat kesimpulan yang bijak mengenai syarikat yang berpotensi mendapat faedah daripada pembangunan yang dicadangkan. 

 

Pelabur boleh memilih untuk mengenal pasti potensi nilai stok, mencari peluang pertumbuhan atau menggabungkan kedua-duanya. Walau bagaimanapun, seperti yang kita dapat lihat, dalam proses mengenal pasti saham yang mempunyai potensi yang baik, ia juga mempunyai risiko yang lebih tinggi. Oleh itu, pelabur perlu sentiasa melabur selaras dengan profil risiko mereka.

 

 

© Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laman web ini. Anda dinasihatkan merujuk pada pakar yang berkaitan seperti perancang kewangan bertauliah, jururunding pencukaian, penasihat pelaburan dan peguam bagi nasihat terperinci. Untuk maklumat lanjut mengenai penyiaran semula kandungan ini, sila emel: admin@investsmartsc.my.

7 Langkah Mudah untuk Tuntutan Pelepasan Cukai (Tahun Taksiran 2012)

Read More" data-layout="standard" data-action="like" data-show-faces="false" data-share="true">
30 April adalah merupakan tarikh akhir untuk memfailkan cukai tahunan anda.  Anda boleh memilih sama ada memfailkan cukai di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau memilih menggu

30 April adalah merupakan tarikh akhir untuk memfailkan cukai tahunan anda.  Anda boleh memilih sama ada memfailkan cukai di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau memilih menggunakan kemudahan e-filing. Sebagai pembayar cukai, anda biasanya mempunyai beberapa soalan di minda: "Apakah cara yang paling mudah untuk menuntut pelepasan cukai"? . Berikut adalah 7 langkah mudah untuk menuntut pelepasan cukai apabila memfailkan cukai pendapatan anda.

1. Memaksimumkan potongan untuk buku, insurans dan komputer
Dalam usaha menggalakkan tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia, Kerajaan membenarkan anda  menuntut pelepasan cukai sehingga RM1,000 ke atas pembelian buku dan majalah.  Ini termasuk buku-buku elektronik yang dibeli dari Amazon.com atau Applestore Apple Inc 's. Ingat! simpan resit pembelian buku anda.
Jika potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tahunan anda tidak mencapai RM6, 000, anda boleh menambah jumlah KWSP dengan jumlah bayaran insurans anda. Potongan KWSP tahunan anda (ditambah dengan bayaran insurans) adalah dikecualikan cukai sehingga RM6, 000.

Anda juga boleh menuntut pelepasan cukai sehingga RM3,000 ke atas pembelian komputer baru.  Ramai yang tidak tahu bahawa komputer riba, Notebook dan Ultrabook dianggap komputer peribadi dan layak mendapat pelepasan cukai. Walau bagaimanapun, anda hanya dibenarkan untuk menuntut pengecualian ini setiap tiga tahun sekali. Bagi pemilik iPad atau tablet, rugilah kerana Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak tidak lagi menganggap tablet dan telefon pintar seperti komputer peribadi. Klik di sini untuk melihat pengumuman rasmi mengenai perkara ini.

2.  Anak melayakkan anda mendapat pelepasan RM 1,000.
Sekiranya anda mempunyai anak, anda berhak mendapat pelepasan sebanyak RM 1,000 bagi setiap orang anak.

3. Pembelian peralatan sukan
Anda dibenarkan untuk menfailkan pelepasan cukai bagi pembelian peralatan sukan  maksimum sebanyak RM300 seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.  Pastikan anda menyimpan resit sebagai dokumen sokongan.

Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa keahlian pusat kecergasan  dan caj sesi latihan peribadi tidak layak mendapat pelepasan cukai kerana ia tidak dikategorikan sebagai peralatan sukan.



4. Memfailkan cukai secara berasingan sekiranya anda berkahwin.
Jika anda dan pasangan mempunyai pendapatan masing-masing, pertimbangkan untuk memfailkan cukai anda secara berasingan. Langkah ini dapat mengurangkan kesan terhadap kadar cukai.

5. Pembantu Rumah bagi penjagaan khas terhadap ibu bapa anda.
Pembayar cukai juga boleh menuntut potongan cukai sehingga RM5,000 (di bawah perbelanjaan perubatan) bagi pengambilan pembantu rumah untuk ibu bapa anda yang memerlukan penjagaan khas. Walau bagaimanapun, anda perlu mendapatkan pengesahan daripada doktor bahawa ibu bapa anda memerlukan penjagaan khas.

6. Jimat elaun petrol anda bagi perjalanan ke atas tugas rasmi
Bagi pekerja yang diberi elaun petrol untuk perjalanan yang dibuat ke atas tugas rasmi, anda boleh menuntut pengecualian cukai sehingga RM6, 000 setahun.  Amalkan perancangan  lebih awal dengan merekodkan perjalanan anda setiap hari dan tujuan perjalanan. Selagi perjalanan anda adalah berkaitan urusan rasmi, anda boleh membuat tuntutan dengan syarat ia tertakluk kepada elaun petrol had tahunan anda.

7.  Isytiharkan pendapatan sewa anda dan sentiasa menyimpan rekod dengan betul
Jika anda memiliki harta yang  disewakan, anda perlu mengisytiharkan pendapatan sewa tersebut. Anda akan menghadapi risiko besar jika tidak mengisytiharkan pendapatan. Contoh, sekiranya rumah anda disewakan kepada ekspatriat. Ekspatriat biasanya akan membuat tuntutan terhadap syarikat mereka dan syarikat adalah tertakluk kepada pengaudit cukai.

Akhir sekali, anda perlu jujur dan menghormati undang-undang semasa memfailkan cukai tahunan anda. Sentiasa tingkatkan pengetahuan anda terhadap maklumat pengecualian cukai seperti syarat dan kelayakan pengecualian cukai. Ingat! Simpan dan dokumenkan segala perbelanjaan anda secara terancang. Ia akan memudahkan anda untuk memfailkan cukai anda pada masa akan datang.

© Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laman web ini. Anda dinasihatkan merujuk pada pakar yang berkaitan seperti perancang kewangan bertauliah, jururunding pencukaian, penasihat pelaburan dan peguam bagi nasihat terperinci. Untuk maklumat lanjut mengenai penyiaran semula kandungan ini, sila emel: admin@investsmartsc.my.

Menganalisa Penyata Pengerusi

Read More" data-layout="standard" data-action="like" data-show-faces="false" data-share="true">
Laporan tahunan adalah sumber maklumat penting untuk pemegang saham mengetahui prestasi kewangan tahun-tahun terdahulu.

Laporan tahunan adalah sumber maklumat penting untuk pemegang saham mengetahui prestasi kewangan tahun-tahun terdahulu. Kandungannya boleh dibahagikan kepada dua kategori utama: kuantitatif dan kualitatif. Bahagian-bahagian kategori kuantitatif adalah pada asasnya penyata kewangan syarikat itu. Anda harus meneliti penyata kewangan ini untuk memahami sama ada syarikat itu membuat apa-apa keuntungan bagi tahun tersebut. Kategori kualitatif pula terdiri daripada Penyata Pengerusi dan perbincangan pengurusan. Ia biasanya mendapat tumpuan yang lebih kerana elabur menyedari bahawa dengan mendalami bahagian ini, mereka boleh menganalisa prestasi syarikat, aktiviti perniagaan, pembangunan dan hala tuju masa depan bagi membantu mereka membuat keputusan membeli atau menjual.

Penyata Pengerusi
Dalam laporan tahunan, bahagian Penyata Pengerusi biasanya boleh ditemui di permulaan laporan. Oleh kerana ia bersifat sukarela – ini bermakna tidak ada keperluan peraturan atau garis panduan perakaunan yang terpakai bagi  kenyataan itu – ia biasanya terdiri daripada apa yang mahu didedahkan oleh pengurusan kanan syarikat itu kepada orang ramai. Selalunya, kenyataan itu akan cuba untuk membesar-besarkan berita positif pada tahun-tahun yang baik dan kurang memberi fokus pada berita buruk. Oleh itu, pelabur kurang celik mungkin boleh dikelirukan oleh mesej indah khabar dari rupa yang dibentangkan oleh Pengerusi.

 

Walaupun kita boleh menggunakan kaedah kuantitatif seperti analisis nisbah untuk mentafsir penyata kewangan, kajian terbaru tentang perakaunan naratif menyarankan pelabur meneliti kandungan kenyataan itu untuk mengenal pasti sama ada terdapat sebarang perbezaan di antara syarikat-syarikat yang melaporkan keputusan yang baik berbanding mereka yang mempunyai keputusan yang buruk. Teknik ini dipanggil analisis kandungan.

Apakah analisis kandungan?
Teknik ini melibatkan pengkategorian perkataan secara sistematik mengikut pelbagai kategori kandungan berdasarkan peraturan tertentu. Ia adalah satu kaedah kualitatif yang menentukan dan mengklasifikasikan ciri-ciri kepentingan berdasarkan struktur ayat, jenis perkataan yang digunakan dan ciri-ciri asas komunikasi yang lain. Perakaunan naratif menggunakan kaedah ini untuk memeriksa kandungan pendedahan naratif syarikat dan seterusnya meramalkan prestasi syarikat, kebankrapan dan juga mengesan bakal penipuan.



Sebagai contoh, kajian mendapati bahawa apabila sebuah syarikat melaporkan prestasi dan prospek yang baik, perkataan yang digunakan lebih cenderung kepada keyakinan dan keberangsangan. Laporan prestasinya pula lebih mendalam, sering disokong dengan bahan tambahan rujukan dan kewangan. Kejayaan juga akan dikaitkan dengan pengurusan syarikat itu. Sebaliknya, jika syarikat itu melaporkan prestasi yang lemah, penjelasan panjang lebar tentang aktiviti perniagaan, isu-isu atau prestasi kewangan disiratkan. Malah, apabila isu-isu negatif dibangkitkan, penjelasan yang diberikan adalah kurang jelas dan alasan yang diberikan ialah faktor-faktor di luar kawalan pihak pengurusan. Kadang-kala, syarikat juga akan cuba menyembunyikan berita buruk atau krisis daripada orang ramai dengan menggunakan kenyataan-kenyataan yang tidak menunjukkan kedudukan sebenar syarikat tersebut.

 

Bagi mengawal tanggapan orang ramai, grafik dan gambar-gambar yang menarik juga akan dimasukkan dengan Penyata Pengerusi. Walau bagaimanapun, fungsi sebenar grafik dan gambar-gambar menarik ini ialah untuk menarik perhatian pembaca daripada isu-isu sebenar yang tersembunyi. Graf yang mengandungi carta maklumat kewangan juga kadang-kala digunakan untuk memaksimumkan keberkesanan laporan prestasi yang baik dan pada masa yang sama meminimumkan ketidakberkesanan laporan prestasi yang buruk.

 

Kesimpulan

 

Sering kali, perkataan-perkataan yang digunakan dalam Penyata Pengerusi sangat indah dan memberangsangkan. Akan tetapi, pelabur tidak harus membuat kesimpulan dengan cepat semasa membaca kenyataan itu. Walaupun ia berguna untuk membantu menentukan prestasi dan potensi masa depan syarikat, pelabur juga perlu cuba mengesan isi tersirat sambil dan mengkajinya dengan lebih teliti. Berdasarkan Penyata Pengerusi, kita boleh menentukan tahap kejujuran pihak pengurusan syarikat. Jika Penyata Pengerusi ditulis dengan cara yang meragukan dan tidak jelas, pelabur harus lebih berhati-hati dalam menilai syarikat itu. Ingat, prestasi baik sesebuah syarikat biasanya adalah hasill daripada kemantapan pasukan pengurusan kanan yang menekankan aspek integriti dan kredibiliti yang tinggi.

 

© Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laman web ini. Anda dinasihatkan merujuk pada pakar yang berkaitan seperti perancang kewangan bertauliah, jururunding pencukaian, penasihat pelaburan dan peguam bagi nasihat terperinci. Untuk maklumat lanjut mengenai penyiaran semula kandungan ini, sila emel: admin@investsmartsc.my.

Adakah Permohonan Pinjaman Anda Akan Diluluskan?

Read More" data-layout="standard" data-action="like" data-show-faces="false" data-share="true">
Setiap kali kita memohon pinjaman atau kad kredit daripada bank, maklumat peribadi kita akan didedahkan kepada pihak bank.

Setiap kali kita memohon pinjaman atau kad kredit daripada bank, maklumat peribadi kita akan didedahkan kepada pihak bank. Maklumat-maklumat itu termasuklah nama, alamat, nombor telefon, maklumat pekerjaan, nombor kad pengenalan, umur, status perkahwinan dan pelbagai lagi.

Bank Negara Malaysia (BNM) mempunyai sistem yang menyimpan kesemua data kredit yang dibekalkan kepada institusi-institusi kewangan di Malaysia yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS). Data ini merangkumi maklumat pinjaman perumahan, kenderaan, peribadi, kad kredit, maklumat pinjaman yang dibuat bersama rakan-rakan atau keluarga. Sistem ini juga menyimpan maklumat permohonan pinjaman terbaru anda. Dalam kata lain,  sesebuah bank itu telah  sedia maklum akan permohonan pinjaman atau kad kredit anda di bank-bank lain sebelum berkunjung ke bank mereka.

Setiap bank mempunyai cara tersendiri untuk menilai skor kredit anda. Maklumat peribadi serta latar belakang pinjaman dan pembayaran anda membolehkan bank membuat keputusan yang sewajarnya berkenaan permohonan pinjaman anda. Malah, ini membolehkan mereka menarik balik sebarang kemudahan pinjaman yang telah diberikan kepada anda.

Bagaimana Memperbaiki Skor Kredit Anda?

Tip # 1: Dapatkan pekerjaan dan miliki sebuah rumah
Perkara pertama yang akan dilihat oleh pegawai bank ialah skor kredit anda - adakah anda memiliki pekerjaan yang stabil, boleh menjana pendapatan yang berterusan dan apakah jawatan pekerjaan anda sekarang? Maklumat-maklumat ini penting untuk memberikan petunjuk samada anda mampu menyara perbelanjaan harian serta membayar hutang sedia ada dan hutang yang bakal dipikul kelak. Satu lagi faktor yang memberi kesan kepada skor kredit anda ialah samada anda memiliki rumah anda sendiri. Jika ya, ia mencerminkan kestabilan dan mutu kehidupan yang lebih baik.

Tip # 2: Kurangkan kad kredit dan buat pembayaran penuh
Disebabkan kos kehidupan yang semakin meningkat dan suasana perniagaan yang lebih kompetitif, ramai yang menghadapi masalah menjelaskan hutang mereka. Perbelanjaan melampau dan kesukaran membendung perbelanjaan menggalakkan lebih ramai antara kita untuk memiliki lebih daripada satu kad kredit tanpa memiliki keupayaan untuk menjelaskan hutang kad kredit masing-masing.

Jika anda ingin memiliki skor kredit yang lebih baik, pastikan anda menjelaskan sepenuhnya  hutang kad kredit anda dalam masa yang ditetapkan dan elakkan daripada memiliki terlalu banyak kad kredit. Ada di antara kita yang menggunakan satu kad kredit untuk menjelaskan hutang kad kredit yang lain. Ini bukanlah tindakan yang baik kerana ia akan menggandakan jumlah hutang keseluruhan anda. Tindakan terbaik ialah untuk mengehadkan perbelanjaan anda.

Tip # 3: Bayar bil anda pada masanya
Bank sentiasa peka terhadap rekod pembayaran hutang anda. Sekiranya anda gemar melewatkan pembayaran hutang, ini akan menyukarkan anda untuk memohon pinjaman daripada bank-bank lain di Malaysia kelak. Dengan menggunakan CCRIS, bank yang anda kunjungi untuk memohon pinjaman terbaru anda boleh mendapatkan maklumat pembayaran hutang anda dengan bank–bank lain.

Oleh itu, pastikan anda menjelaskan bil-bil anda tepat pada masanya demi menjaga rekod kewangan yang baik. Memiliki rekod yang kurang baik akan memberikan imej peminjam yang negatif yang berkekalan. Bank-bank gemar mengajukan soalan tentang pembayaran hutang apabila anda membuat permohonan pinjaman, lebih-lebih lagi apabila mereka tahu yang anda memiliki rekod pembayaran hutang yang kurang baik.

Tip # 4: Kekalkan dengan satu bank sahaja
Jika boleh, kekalkan dengan satu bank sahaja kerana rekod kredit yang panjang akan meningkatkan skor kredit anda. Walau bagaimanapun, anda perlu memastikan bahawa bank itu sentiasa memberikan anda kadar yang baik untuk kesemua pinjaman anda. Memandangkan kadar pinjaman sekarang yang lebih kompetitif, sekiranya anda boleh mendapatkan kadar pinjaman yang lebih rendah di bank lain, bertukarlah kepada bank tersebut. Dengan kadar faedah yang lebih rendah, anda akan banyak berjimat.

Tip # 5: Hadkan hutang dan akaun hutang anda
Berdasarkan pendapatan sekarang serta keupayaan berhutang anda, cuba hadkan hutang dan akaun hutang anda. Ini kerana, bank sememangnya mempunyai maklumat pinjaman dan juga jenis akaun pinjaman anda yang masih aktif dengan bank-bank lain. Jangan habiskan keupayaan berhutang anda dan elakkan daripada berbelanja berlebihan sehingga anda kehabisan wang sama sekali ketika berlakunya kecemasan.

© Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laman web ini. Anda dinasihatkan merujuk pada pakar yang berkaitan seperti perancang kewangan bertauliah, jururunding pencukaian, penasihat pelaburan dan peguam bagi nasihat terperinci. Untuk maklumat lanjut mengenai penyiaran semula kandungan ini, sila emel: admin@investsmartsc.my.