Artikel

6 Kesilapan Besar dalam Pelaburan yang Harus Dielakkan

Read More" data-layout="standard" data-action="like" data-show-faces="false" data-share="true">

securities-commission-malaysia      invest smart

 

Orang sering berkata “Belajar daripada kesilapan yang lalu”. Oleh itu, semua pelabur tidak kira yang berpengalaman atau sebaliknya, akan cuba sedaya upaya untuk tidak melakukan sebarang kesilapan dalam pelaburan dengan mendapatkan sebanyak mungkin maklumat sebelum mula melabur! Cara yang terbaik ialah dengan mengenal pasti kesilapan yang mungkin dilakukan dan mencari cara yang terbaik untuk mengelakkan daripada berlaku. Kami telah membuat penyelidikan untuk anda, berikut adalah 6 kesilapan dalam pelaburan yang harus dielakkan:  

Oops!!

1. Melabur tanpa membuat perancangan

Setiap portfolio pelaburan perlu memiliki  strategi asas berdasarkan matlamat kewangan yang ingin dicapai. Malangnya, ramai yang melabur hanya berdasarkan trend dan khabar angin. Ada juga yang melabur ribuan ringgit dalam saham kerana pengaruh rakan-rakan. Anda perlu membuat perancangan dan tahu apa yang hendak dicapai.

Langkah 1A: Matlamat kewangan perlulah boleh diukur 

Matlamat jangka pendek

Membayar deposit rumah dalam tempoh 3 tahun

Matlamat jangka panjang

Bersara dalam tempoh 30 tahun

 

RM50,000

RM1 juta

 

Langkah 1B: Nilai tahap toleransi risiko anda

Umur

Jumlah perolehan masa depan

Tempoh masa

Lebih muda usia anda, lebih tinggi tahap toleransi risiko

 

Potensi bagi mendapatkan perolehan  yang lebih tinggi pada masa depan akan meningkatkan toleransi risiko anda

 

Sekiranya anda mempunyai anak, toleransi risiko anda mungkin menjadi lebih rendah

 

 

Langkah 1C: Pelbagaikan portfolio pelaburan anda berdasarkan tahap toleransi risiko

Portfolio pelaburan yang dipelbagaikan terdiri daripada beberapa kategori pelaburan, atau dipanggil kumpulan aset.  Setiap kumpulan aset boleh dipelbagaikan lagi. Sebagai contoh, salah satu daripada kumpulan aset anda mungkin terdiri daripada saham dan ia boleh dipelbagaikan lagi dengan melabur dalam saham daripada industri yang berbeza. Dengan cara ini anda dapat mengagihkan risiko pelaburan anda kepada aset kelas yang berbeza. 

 

investment mistake table 3

 

2. Tidak membuat penyelidikan

Elakkan melabur dalam sesuatu yang anda tidak faham. Namun, jangan jadikan ini sebagai sebab untuk anda tidak melabur. Ambil masa untuk mempelajari pelaburan yang anda rasa berpotensi dan cuba fahami bagaimana ia berfungsi. Kebanyakan maklumat adalah percuma dan boleh diperoleh dalam talian. Baca mengenai pelaburan tertentu yang anda minat sebelum membuat sebarang pelaburan. Anda juga boleh mendapatkan bantuan profesional dengan melantik penasihat kewangan untuk membantu merancang portfolio pelaburan. Namun begitu, sentiasa ambil tahu mengenai portfolio dan fahami perancangan pelaburan anda.   

Berikut adalah laman web yang boleh rujuk sebelum memulakan pelaburan: 

3. Tidak memahami pelaburan anda

Anda perlu membuat penyelidikan sebelum memulakan pelaburan. Tetapi, mempercayai  apa yang dibaca tanpa usul periksa juga agak berisiko.
Apa jua bahan bacaan yang digunakan dalam membuat kajian sepatutnya dijadikan sebagai panduan asas sahaja. Setiap orang mempunyai matlamat kewangan dan perancangan pelaburan. Tidak ada panduan pelaburan yang sesuai untuk semua orang, jangan percaya sepenuhnya tanpa membuat rujukan terlebih dahulu. Ingat: jadikan bahan bacaan tersebut sebagai sumber rujukan sahaja! Bahagian yang paling penting dalam membuat penyelidikan bukanlah mengingati segala maklumat yang dibaca, tetapi memahami bagaimana maklumat tersebut boleh digunakan dalam membuat perancangan pelaburan. Sebagai contoh, melabur dalam saham bukan hanya memerlukan anda memahami bagaimana ia berfungsi tetapi memahami industri dan syarikat yang ingin diceburi, risiko, yuran dan caj terlibat

Dokumen-dokumen berikut dapat membantu anda untuk lebih memahami pelaburan-pelaburan yang ingin diceburi:

Prospektus Syarikat

Laporan Tahunan Syarikat

  • Objektif pelaburan
  • Strategi pelaburan
  • Faktor Risiko
  • Prestasi kewangan (dimana terpakai)
  • Yuran dan caj

Ketahui prestasi tahun sebelumnya melalui penyata kewangan:

  • Kunci kira-kira
  • Penyata pendapatan
  • Perubahan dalam ekuiti
  • Polisi perakaunan
  • Nota-nota penjelasan

 

4. Membiarkan ketamakan menguasai diri 

Mendapat pulangan pelaburan adalah sesuatu yang menyeronokkan. Ia membuatkan anda rasa teruja dan lebih yakin untuk melabur lebih banyak wang. Keseronokan yang dirasai kadangkala akan mempengaruhi pertimbangan anda dan tanpa disedari ketamakan telah menguasai diri. Membiarkan emosi menguasai keputusan bolehmenyebabkan anda mengalami kerugian dalam pelaburan. Walaupun ramai yang menyedari perkara ini (secara teorinya), namun ia masih berlaku lebih-lebih lagi ketika pasaran saham sedang naik. Pelabur seakan hilang pertimbangan dan membuat tawaran tidak masuk akal untuk saham dengan harga yang tidak berbaloi. Walau bagaimanapun, bagi memastikan sesuatu pelaburan itu bertahan lama, anda perlu berfikir panjang kerana pelaburan bukanlah suatu skim cepat kaya. Jadikan objektif kewangan, tempoh masa yang ditetapkan serta toleransi risiko anda menjadi perisai daripada membuat keputusan yang tidak rasional. Disiplinkan diri!

5. Mendengar khabar angin dan desas-desus

Bayangkan anda baru sahaja mendapat tahu daripada seorang kenalan di kedai kopi, yang mana dia juga diberitahu oleh seorang rakan lain, mengenai Syarikat X yang bakal bergabung dengan Syarikat Y lantas harga saham kedua-dua syarikat tersebut akan melambung dalam masa beberapa minggu seterusnya. Adakah anda akan membuat keputusan pelaburan berdasarkan maklumat ini?
Kadangkala kita terpedaya dengan sesuatu yang dikatakan “tip panas”. Seperti yang diketahui, maklumat sebegini mungkin adakalanya benar, tetapi selalunya tidak berasas.  Seandainya maklumat ini tidak benar, anda mungkin akan mengalami kerugian ribuan ringgit.   
Jangan terpedaya dengan tip-tip yang tidak berasas. Berpegang teguh dengan perancangan anda dan matlamat pelaburan boleh dicapai. 

6. Berlengah-lengah 

“Saya masih muda untuk menyimpan dan melabur untuk masa persaraan”. “Saya perlu simpan sejumlah wang dahulu sebelum boleh mula melabur”, “Saya akan tunggu harga saham naik atau turun sebelum mula bertindak”
Adakah ungkapan ini biasa didengari? Ini adalah antara alasan-alasan yang diberikan untuk bertangguh dalam memulakan pelaburan.
Kadangkala mungkin alasan-alasan sebegini boleh diterima, tetapi selalunya tidak boleh diterima kerana ia hanyalah alasan yang sering diberikan untuk bertangguh dalam memulakan pelaburan. Kenapa? Kerana takut gagal dan kehilangan wang. 
Apabila menyentuh mengenai pelaburan, lebih awal anda bermula, lebih tinggi peluang anda untuk mendapat pulangan. Jangan ambil mudah kos melepas yang akan ditanggung kerana menangguhkan keputusan untuk memulakan pelaburan.

 

Kesimpulan

Bagi orang yang tidak biasa, melabur mungkin sesuatu yang menggusarkan. Walau bagaimanapun, setelah mengetahui dan memahami apa yang bakal dihadapi (dan mengelakkan diri daripada melakukan 6 kesilapan yang dinyatakan), anda sebenarnya sudah berada di landasan yang betul. Ingat, sentiasa bersedia dengan maklumat yang sahih sebelum membuat sebarang keputusan dalam pelaburan. Jangan bergantung kepada nasib sahaja, sebaliknya dapatkan sebanyak mungkin maklumat yang diperlukan!

https://www.imoney.my/articles/6-kesilapan-besar-dalam-pelaburan-yang-ha... 

 

© Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laman web ini. Anda dinasihatkan merujuk pada pakar yang berkaitan seperti perancang kewangan bertauliah, jururunding pencukaian, penasihat pelaburan dan peguam bagi nasihat terperinci. Untuk maklumat lanjut mengenai penyiaran semula kandungan ini, sila emel: [email protected].

Strategi pelaburan dalam pasaran merudum

Read More" data-layout="standard" data-action="like" data-show-faces="false" data-share="true">

howtotiltinvestmentodds1

Ramai pelabur yang telah mengalami kerugian dalam pelaburan dan tidak kurang juga yang berjaya memperoleh keuntungan.  Kita mungkin beranggapan bahawa peratus keuntungan lebih tinggi ketika pasaran bulis berbanding pasaran bearis.  Tetapi dengan percaturan yang betul, peluang untuk menjana keuntungan adalah lebih tinggi, terutama ketika pasaran bearis.  Di akhir artikel ini, anda akan mengenal pasti strategi untuk meningkatkan peluang untuk berjaya dalam melabur dan bagaimana ia dapat memberi kesan terhadap pelaburan.

Secara logiknya, anda harus memegang saham yang sesuai untuk mendapat lebih banyak keuntungan.  Ada pepatah inggeris berbunyi “cut your loser early and let your winners run” yang bermaksud anda tidak sepatutnya menanggung kerugian terlalu lama tetapi pada masa yang sama tidak terburu-buru untuk membuat keuntungan.  Persoalannya, bagaimana anda melakukannya? Caranya adalah dengan meletakkan harga sasaran, iaitu melebihi beberapa peratus daripada harga belian.  Apabila harga sasaran dicapai, jual saham tersebut dan simpan keuntungan yang diperolehi.

Walau bagaimanapun ketika pasaran merudum, harga yang disasarkan sudah pasti tidak akan dicapai, akhirnya anda berkemungkinan memegang saham tersebut lebih lama daripada yang dijangkakan  berikutan harga saham yang menurun.  Sekiranya saham-saham tersebut mempunyai asas yang kukuh, anda tidak perlu bimbang kerana masih boleh menunggu harganya naik kelak.  Walau bagaimanapun, sekiranya pada tempoh tersebut asas syarikat tidak kukuh, anda akan mengalami kerugian kerana memiliki saham yang bernilai lebih rendah berbanding harga belian.

 

Strategi menghentikan kerugian – mengurus risiko kejatuhan harga

howtotiltinvestmentodds2

Dalam pelaburan, mengurus risiko kejatuhan harga adalah sama pentingnya seperti membuat keuntungan.  Oleh yang demikian, kita perlu ada strategi untuk menghentikan kerugian ketika pasaran menjunam, strategi menghentikan kerugian pada dasarnya adalah menetapkan harga sasaran untuk menjual pegangan saham tersebut.  Bergantung kepada had toleransi yang ditetapkan oleh setiap individu, anda boleh menyasarkan 10% atau 20% bawah harga belian.  Kebiasaannya, had peratusan yang lebih tinggi dibenarkan sekiranya harga saham tersebut mudah turun naik, manakala had peratusan yang lebih rendah boleh dipraktikkan sekiranya pasaran tersebut tidak menentu.  Sebagai contoh, sekiranya saham dibeli pada harga RM10 dan harga saham tersebut berubah kedua-dua arah (turun dan naik), anda boleh mengaplikasikan 20% had penurunan harga.  Apabila harga saham tersebut mencecah RM11, had harga sepatutnya diubahsuai kepada RM8.80

 


 

Walaupun strategi ini dilihat logik dan mudah untuk dilaksanakan, namun apabila tiba masanya, ramai yang tidak menjual saham mereka meskipun harga telah melepasi had yand disasarkan.  Ini kerana menjual saham pada harga rugi lebih sukar berbanding menjualnya pada harga untung.  Secara psikologinya, menjual pegangan saham pada harga rugi bermakna anda perlu mengakui bahawa kesilapan telah dilakukan.  Selain daripada itu, ada juga yang bimbang saham yang telah dijual akan naik semula harganya.  Oleh kerana berpegang kepada prinsip pelaburan dan tidak mahu menyesal, ramai pelabur akhirnya memegang saham walaupun harga semakin jatuh dan berharap harga saham tersebut naik pada masa akan datang.

howtotiltinvestmentodds3

Ada yang mempersoalkan kenapa perlunya strategi untuk menghentikan kerugian sedangkan pegangan saham merupakan suatu pelaburan jangka panjang.  Sekiranya kita mempunyai modal yang terhad, dengan menjual saham ketika harga jatuh sebenarnya dapat membantu anda menyelamatkan modal dan ia boleh digunakan untuk membeli saham yang mempunyai potensi yang lebih baik.  Sebagai contoh, sekiranya anda menjual saham A pada harga RM9 yang pada asalnya berharga RM10, anda boleh menggunakan RM8 untuk membeli saham B (saham B mempunyai asas yang lebih baik dengan harga permulaan RM10 dan telah jatuh kepada RM8).  Apabila harga naik semula ke RM10, anda mungkin boleh membuat keuntungan sebanyak RM1, berbanding tidak berbuat apa-apa dan terus mengharap saham A naik semula.  Sebagai alternatif, anda boleh memilih untuk menjual saham tersebut dan membeli semula saham tersebut dengan harga lebih murah pada masa akan datang.

Ini merupakan strategi untuk membantu pelabur menguruskan risiko kejatuhan harga, terutamanya ketika waktu bearis demi memastikan mereka tidak terperangkap dengan situasi di mana semua modal terikat atau lebih teruk apabila kerugian tidak boleh dipulihkan.  Sebagai kesimpulan, sebagai seorang pelabur, anda perlu tahu dengan jelas objektif pelaburan dan ketahui tahap toleransi sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.

 

© Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laman web ini. Anda dinasihatkan merujuk pada pakar yang berkaitan seperti perancang kewangan bertauliah, jururunding pencukaian, penasihat pelaburan dan peguam bagi nasihat terperinci. Untuk maklumat lanjut mengenai penyiaran semula kandungan ini, sila emel: [email protected].

Adakah Anda Mangsa Seterusnya?

Read More" data-layout="standard" data-action="like" data-show-faces="false" data-share="true">
Adakah anda mudah terpedaya dengan peni

Adakah anda mudah terpedaya dengan penipuan dalam pelaburan? Jawab soalan kuiz ini untuk menguji diri anda.

1.Anda sentiasa mengaitkan pelaburan dengan:
 Keuntungan 100%
Pulangan terjamin tanpa risiko
Wang anda berganda dalam masa singkat!
Tiada satu pun di atas.
 
 
2.Yang mana antara kenyataan di bawah BENAR-BENAR menggambarkan falsafah pelaburan anda?
 Saya hanya akan melabur dalam pelaburan yang memberikan pulangan tinggi tanpa risiko
Saya akan melabur dalam pelaburan yang bersesuaian dengan daya toleransi saya terhadap risiko
Saya akan melabur dalam pelaburan yang boleh menggandakan wang saya dalam masa singkat

Saya akan melabur dalam pelaburan yang dicadangkan oleh rakan-rakan rapat saya.

 
3.Anda ditawarkan kerja sebagai eksekutif dagangan di sebuah firma pembrokeran komoditi asing. Jawatan itu memerlukan anda mendapatkan sebanyak mana pelanggan yang boleh untuk berdagang dalam kontrak niaga hadapan kacang merah di Macau. Anda diberitahu bahawa pelaburan itu menghasilkan pulangan tinggi dalam tempoh masa yang singkat. Pelanggan anda perlu memasukkan wang sebanyak AS$3,000 sebagai deposit margin di syarikat anda. Komisen anda adalah berdasarkan jumlah wang yang didepositkan oleh pelanggan anda di syarikat itu. Apakah tindakan anda selanjutnya?
 Mula mencari kawan dan ahli keluarga untuk dijadikan pelanggan
Anda dengan segera menghubungi pihak pengawal selia untuk memastikan sama ada syarikat itu mempunyai lesen untuk berdagang dalam niaga hadapan kacang merah di Macau
Anda sendiri melabur dalam kontrak niaga hadapan kacang merah itu untuk mencuba nasib
Cuba mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai pelaburan itu daripada kawan-kawan anda yang juga bekerja di syarikat itu
 
4.Bagaimana anda hendak mengesahkan sama ada seseorang ejen unit amanah itu mendapat kebenaran untuk mempromosi/menjual unit amanah?
 Minta kad perniagaannya
Minta kad kebenaran yang dikeluarkan oleh Persekutuan Pengurus-pengurus Amanah Saham Malaysia
Tidak perlu disahkan kerana sesiapa sahaja boleh mempromosikan atau menjual produk unit amanah
Periksa surat kebenaran daripada syarikat unit amanah berkenaan
 
5.Ejen unit amanah meminta anda memberikan wang tunai supaya dia boleh membeli unit amanah bagi pihak anda. Apakah yang ada lakukan?
 Memberikan wang yang kepadanya
Memberikan wang kepada ejen itu dan meminta dia memberikan anda resit dengan segera
Menyerahkan cek yang tertulis namanya
Enggan memberi wang tunai
 
6.Jika anda mahu memeriksa status lesen syarikat broker saham, yang mana antara tapak web berikut menjadi sumber maklumat yang anda perlukan?
 www.thestockbroker.com.my
www.sc.com.my
www.licensedcompany.com.my
www.licensedbrokers.com.my
 
7.Seorang rakan rapat memujuk anda melabur dalam satu skim pelaburan luar pesisir yang eksklusif, yang menjamin pulangan 200% dan bebas cukai. Apakah yang akan anda lakukan?
 
Bersetuju membuat pelaburan itu kerana anda percaya penuh kepada rakan anda itu
Minta bahan-bahan bertulis mengenai pelaburan itu dan melabur setelah anda membacanya
Periksa dengan pengawal selia untuk memastikan sama ada mereka mempunyai sebarang maklumat mengenai skim pelaburan tersebut
Bersetuju melabur hanya jika rakan anda boleh menunjukkan iklan atau berita mengenai skim pelaburan itu di media atau di Internet
 
8.Untuk melindungi diri anda daripada penipuan pelaburan, mana antara langkah-langkah di bawah ini yang akan anda ambil?
 
Baca dan fahami prospektus pelaburan dan laporan tahunan
Dapatkan nasihat daripada profesional kewangan berlesen
Bersikap waswas dan tanya banyak soalan mengenai pelaburan itu
Semua di atas
 
9.Anda akan melabur dalam sesuatu skim pelaburan jika:
 
Bahan-bahan promosi dan tapak web syarikat itu kelihatan profesional dan meyakinkan
Pejabat syarikat terletak di kawasan yang berprestij dan nama syarikat yang rasmi bunyinya
Kakitangan syarikat berpakaian mahal dan bergaya dan memandu kereta mewah
Tiada satu pun di atas
 
10.Jika anda menjadi mangsa penipuan pelaburan, apa yang anda lakukan?
 
Diamkan sahaja
Salahkan nasib anda yang malang
Buat laporan/aduan dengan pihak berkuasa yang berkaitan dengan segera
Bayar orang yang tidak dikenali, yang memberi jaminan bahawa dia boleh mendapatkan semula sepenuhnya jumlah wang yang anda kerugian itu
  

Setelah selesai dengan kuiz ini, sila ke muka surat seterusnya untuk melihat huraian jawapan.

 

2

 

Adakah Anda Mangsa Seterusnya?

Jawapan:

1. d

Jika anda mengaitkan pelaburan dengan keuntungan 100%, pulangan terjamin dan menggandakan wang anda, anda lebih mudah terpedaya dengan penipuan pelaburan. Kebanyakan penipuan dalam pelaburan menjanjikan pulangan tinggi tanpa membabitkan risiko untuk menarik orang ramai melabur.

2. b

Pilihan pelaburan anda mestilah menyamai ketahanan anda terhadap risiko. Jika anda seorang yang tidak bersedia menghadapi risiko, pastikan anda melabur dalam skim pelaburan yang berisiko rendah. Bagi mengetahui risiko setiap produk pelaburan, hubungi remisier anda atau profesional kewangan berlesen.

3. b

Sentiasa periksa dengan pengawal selia, misalannya Suruhanjaya Sekuriti atau Bank Negara; untuk mengesahkan sama ada syarikat berkenaan telah diberikan lesen dan dibenarkan untuk menawarkan atau memasarkan produk pelaburan kepada orang ramai.

4. b

Persekutuan Pengurus-pengurus Amanah Saham (FMUTM) bertanggungjawab bagi mendaftarkan semua individu yang hendak memasarkan dan mengedarkan unit amanah. Apabila berurusan dengan ejen ini, anda harus meminta “Kad Kuasa” yang dikeluarkan oleh FMUTM. Bagi maklumat lanjut tentang ejen, layari tapak we FMUTM di www.fmutm.com.my

5. d

Jangan beri wang tunai kepada ejen unit amanah. Sentiasa keluarkan cek kepada pemegang amanah atau individu yang diberikan kuasa seperti yang terdapat dalam prospektus. Itulah sebabnya, penting membaca prospektus sebelum melabur.

6. b

Untuk semakan segera sama ada sesebuah syarikat itu mempunyai lesen atau diberikan kuasa untuk menjalankan atau menawarkan aktiviti pelaburan, layari tapak web Suruhanjaya Sekuriti di www.sc.com.my atau hubungi Jabatan Pelesenan Suruhanjaya di nombor 03-62048000.

7. c

Waspada terhadap syarikat pelaburan yang menawarkan pelaburan dengan kadar hasil yang tinggi dan beroperasi daripada lokasi luar pesisir seperti Kepulauan Bahamas, Macau, British Virgin Island atau sebarang lokasi luar pesisir yang eksotik. Penipu gemar menggunakan lokasi antarabangsa sebegini untuk menaikkan kredibiliti mereka.

8. d

Sebelum melabur, buat penyelidikan dan pastikan anda faham apa yang anda beli. Baca laporan tahunan dan prospektus skim pelaburan tersebut, dan dapatkan bantuan remisier anda atau profesional kewangan berlesen bagi memahami sepenuhnya maklumat yang dizahirkan dalam dokumen tersebut. Hubungi Suruhanjaya Sekuriti untuk mengesahkan sama ada syarikat itu berlesen atau dibenarkan untuk menawarkan skim pelaburan itu.

9. d

Sesebuah syarikat mungkin mempunyai nama yang rasmi bunyinya, dengan pejabat yang berprestij dan terletak di lokasi utama, lengkap dengan tapak web yang kelihatan profesional, tetapi itu tidak bermakna syarikat itu sah. Sentiasa semak dahulu dengan Suruhanjaya Sekuriti.

10. c

Jika anda berjumpa atau menjadi mangsa penipuan pelaburan, buat aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti (Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan: 603-6204 8999).

Untuk belajar bagaimana mengenal pasti penipuan pelaburan, baca artikel tentang "Cara Mengenal Skim Penipuan"

 

© Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laman web ini. Anda dinasihatkan merujuk pada pakar yang berkaitan seperti perancang kewangan bertauliah, jururunding pencukaian, penasihat pelaburan dan peguam bagi nasihat terperinci. Untuk maklumat lanjut mengenai penyiaran semula kandungan ini, sila emel: [email protected].

Awasi Pelaburan Anda

Read More" data-layout="standard" data-action="like" data-show-faces="false" data-share="true">
Persekitaran yang berubah-ubah

Persekitaran yang berubah-ubah
Pertama, kita hidup di dunia yang dinamik. Tiada apa dalam persekitaran kita yang statik - dan ini turut menjadi faktor mengapa pelan kewangan anda, walau sebagus mana perancangannya sekali pun dan sebaik mana pelaksanaannya, perlu kepada perubahan. Katakan syarikat yang anda turut menjadi pemegang saham merosot perniagaannya dan menyebabkan pelaburan anda menghadapi risiko. Macam-macam boleh berlaku. Undang-undang dan peraturan boleh berubah, ekonomi tempatan atau ekonomi dunia boleh meleset (ingat lagi kesan peristiwa pengeboman Pusat Dagangan Dunia di Amerika Syarikat pada 11 September 2001 lalu?), keadaan pasaran modal dan kedudukan syarikat-syarikat turut berubah, semua ini boleh memberi kesan kepada pelaburan anda. Akibatnya, pelan dan matlamat kewangan anda mungkin juga berubah dan jika ini berlaku pelaburan anda mungkin perlu juga dirombak semula kerana ia tidak dapat lagi memenuhi matlamat kewangan anda. Dalam lain perkataan, pelabur yang berjaya adalah pelabur yang proaktif.

Mengubahsuai Pelan Anda
Kedua, anda juga patut mengkaji semula portfolio anda kerana kedudukan kewangan anda sendiri mungkin sudah berubah. Kajian semula ini perlu untuk memungkinkan penyusunan semula pelan dan matlamat anda. Katakanlah, anda menerima durian runtuh dan kini mempunyai lebih banyak wang untuk dilaburkan - bolehlah anda mencorak matlamat yang lebih besar. Atau, nilai bersih wang anda mungkin telah meningkat melalui pembelian sesuatu harta, dan kini tabungan anda untuk pelaburan berkurangan dan anda perlu mengubahsuai pelan anda.

Penilaian Prestasi
Ketiga, anda harus mengawasi dan menilai prestasi pelaburan anda secara berterusan untuk mengetahui kedudukannya. Jika pelaburan itu menunjukkan prestasi baik, mungkin anda perlu melaburkan lebih banyak wang, atau mengeluarkan sebahagian daripada keuntungan dan melaburkannya di tempat lain pula. Jika tidak, anda mungkin perlu memutuskan untuk menjualnya. Berapa kerap kajian semula perlu dibuat bergantung kepada saiz dan jangka masa pelaburan anda serta sama ada anda telah memilih aset yang berisiko tinggi atau rendah.

Ketika mengukur prestasi aset anda, gunakan jumlah angka pulangan, dan bukan angka pulangan pendapatan. Pulangan pendapatan merupakan pendapatan yang diperoleh daripada pelaburan. Dalam kes saham, pendapatan diperoleh daripada pembayaran dividen; manakala bagi pelaburan hutang seperti bon, pendapatannya adalah dalam bentuk pembayaran faedah.

Jumlah pulangan ialah pengukur prestasi paling tepat kerana ia turut mengambil kira sama ada terdapat untung (atau rugi) dalam nilai pelaburan itu mengikut pergerakan masa. Untuk saham, jumlah pulangan ialah jumlah pendapatan dividen dan untung/rugi modal (perbezaan antara harga jualan dan harga kos). Untuk mendapatkan peratus pulangan, bahagikan jumlah pulangan dengan kos pelaburan dan darab dengan 100.

Mengawasi saham
Anda juga perlu mengawasi syarikat yang sahamnya anda beli, dengan melihat keuntungan, pertumbuhan pendapatan, penggearan dan pembayaran dividen. Baca pengumuman syarikat, surat pekeliling pemegang saham, laporan tahunan dan interim, serta beri tumpukan terhadap tarikh tutup hak, waran, pengambilalihan, perolehan, laporan juruaudit dan kepentingan pengarah. Anda juga patut menghadiri mesyuarat tahunan untuk mengetahui bagaimana syarikat itu diuruskan dan untuk mengukur prospek perniagaannya.

Mengawasi unit amanah
Bagi skim pelaburan secara kolektif seperti unit amanah, anda harus mengawasi pengurus dana daripada segi:

  • Prestasi
  • Strategi
  • Portfolio


Maklumat yang boleh anda minta daripada pengurus dana, adalah:

  • Prestasi pasaran pelaburan yang berkenaan
  • Tahap kemudahubahan yang berkaitan dengan pulangan
  • Kadar inflasi
  • Prestasi pengurus dana lain yang seumpamanya
  • Strategi yang digunakan dalam tempoh terdekat

Pengurus dana dinilai berdasarkan perkhidmatan yang mereka sediakan, khususnya prestasi dan laporan. Adakah jangkaan anda mengenai pulangan daripada pelaburan anda sudah dipenuhi? Apakah pengurus dana itu melakukan sebagaimana yang anda jangkakan, misalnya membeli saham mengikut strategi yang telah diatur dan mandat yang diberikan?

Anda juga perlu ingat bahawa hasil pelaburan itu bergantung kepada banyak faktor secara rawak dan data prestasi jangka pendek mungkin tidak dapat menilai kemahiran pelaburan pengurus dana secara tepat.

 

© Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laman web ini. Anda dinasihatkan merujuk pada pakar yang berkaitan seperti perancang kewangan bertauliah, jururunding pencukaian, penasihat pelaburan dan peguam bagi nasihat terperinci. Untuk maklumat lanjut mengenai penyiaran semula kandungan ini, sila emel: [email protected].

Skim Pelaburan Internet Tidak Sah: Cara-Cara Melindungi Diri Anda

Read More" data-layout="standard" data-action="like" data-show-faces="false" data-share="true">
Malangnya, kebolehan memperolehi/memberi pengesahan dalam talian dengan mudah  inilah yang telah menyebabkan dunia Internet menjadi satu punca besar skim pelaburan tidak sah.

Malangnya, kebolehan memperolehi/memberi pengesahan dalam talian dengan mudah  inilah yang telah menyebabkan dunia Internet menjadi satu punca besar skim pelaburan tidak sah. Malah, ia telah menjadikan dunia Internet sebuah tempat berbahaya untuk pelabur yang kurang peka dan mudah terpedaya.. Lebih teruk lagi, saban hari skim pelaburan tidak sah menjadi semakin rumit dan sukar dikesan, menyebabkan pelabur berpengalaman pun turut ditipu juga.

Berbekalkan kesedaran ini, kita akan membincangkan cara-cara anda boleh melindungi diri daripada diperangkap kancah skim pelaburan tidak sah dalam dunia Internet yang semakin rumit. Di akhir artikel ini, anda akan dapat mengenal pasti cirri-ciri skim penipuan, langkah yang perlu diambil apabila ditawarkan skim sebegini dan bagaimana untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan skim pelaburan tidak sah.

 

Terlebih dahulu, mari kita lihat ciri-ciri am skim pelaburan internet yang tidak sah:

  • Pemilik skim ini, yang mengaku diri sebagai “pakar pelaburan” akan mendakwa syarikat mereka mempunyai “rekod prestasi cemerlang” dan memberikan testimonial daripada “pelanggan” demi meyakinkan pelabur. Mereka juga akan menawarkan pulangan yang lebih tinggi berbanding kadar pasaran dan berjanji bahawa skim tersebut mempunyai risiko rendah atau tiada risiko langsung.
  • Pemilik skim mempunyai identiti yang pada mulanya nampak seakan-akan benar, tetapi tidak dapat disahkan.
  • Bila disoal, kebanyakan pengendali skim pelaburan tidak sah akan berkata bahawa skim mereka beroperasi di luar negara dan tidak memerlukan lesen daripada pengawal selia di Malaysia, atau mengaku mereka sudahpun mempunyai lesen yang sepatutnya daripada pihak berkuasa. Malah, ada pengendali skim yang  berkeras bahawa aktiviti mereka tidak memerlukan lesen.
  • Mereka akan menyarankan untuk membeli/menjual saham tertentu dan khidmat nasihat mereka dihantar kepada pelanggan melalui e-mel atau khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web yang dilindungi kata laluan rahsia serta pertemuan peribadi.
  • Pengendali skim ini juga akan mengiklankan perkhidmatan mereka melalui e-mel secara rawakserta pesanan-pesanan yang ditinggalkan di papan kenyataan dan forum atas talian.
  • Laman web mereka direka khas untuk menyerupai perniagaan sah dan mungkin dilengkapi dengan harga saham masa nyata (real-time), ulasan pasaran, berita serta pautan ke laman web kewangan yang lain.
  • Sesetengah laman-laman web ini memberi perkhidmatan percuma seperti tutorial asas pasaran modal, e-buku serta laluan ke bilik bual (chatroom) dan papan buletin.
  • Mangsa biasanya terpedaya apabila pengendali skim memberikan pulangan yang tinggi pada mulanya dan ini digunakan sebagai taktik untuk menjerat dan merekrut pelabur baru.
  • Jangka hayat skim pelaburan ini bergantung kepada pengambilan pelabur baru.  Dana yang diperolehi daripada pelabur baru akan digunakan untuk membayar dividen kepada pelabur sedia ada. Skim pelaburan ini akan gagal sekiranya tiada pelabur baru.
  • Akan tetapi, pengendali skim pelaburan tidak sah ini akhirnya akan melarikan diri dengan wang yang dikumpul apabila dia berasa suatu yang tidak kena akan terjadi, dan sekaligus menyebabkan pelabur mengalami kerugian.

 

Berhati-hati jika diberikan tawaran pelaburan dalam talian yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas! Pastikan anda merujuk kepada pihak berkuasa yang sepatutnya dahulu sebelum menyerahkan wang titik peluh anda.

 

 

 

 

 

 

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN:

Sebenarnya tidak sukar untuk melindungi diri apabila ditawarkan peluang melabur dalam skim pelaburan Internet! Ingat:

  • Jika ia sangat sukar dipercayai, kemungkinan besar ia adalah penipuan;
  • Berurusan hanya dengan institusi kewangan dan ejen yang berdaftar dan berlesen (rujuk laman web Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia untuk senarai lengkap).
  • Minta maklumat penting – Tanya soalan berikut: jika anda mengirim emel kepada syarikat itu, adakah ia akan dijawab? Adakah alamat syarikat disenaraikan di laman web dan bahan-bahan promosi?Adakah syarikat pelaburan itu menggunakan nombor akaun bank yang jarang ditemui/sukar dikesan/Adakah syarikat tersebut benar-benar wujud;
  • Awas perangkap testimonial – Kebiasaannya, testimonial akan bermain dengan emosi dan rasa tamak; menggunakan cara yang sama iaitu pelanggan “A” sangat gembira dengan pelaburannya dan mahukan anda melabur secepat mungkin, melabur dengan syarikat mereka akan mengubah hidup anda, rakan dan keluarga mereka juga mengaut keuntungan daripada pelaburan tersebut, dll;
  • Rujuk kepada pihak berkuasa yang sepatutnya sebelum melabur/membayar wang pendahuluan. Antara pihak berkuasa tempatan yang boleh membantu anda ialah SC, BNM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, CyberSecurity Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan lain-lain;
  • Jangan melabur dalam keadaan tertekan atau tergesa-gesa; ambil masa anda untuk berfikir dan bertanya dengan pihak berkuasa yang berkaitan terlebih dahulu. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.
  • Sentiasa was-was jika tawaran pelaburan hanya dibeirkan secara lisan dan bukan  dalam bentuk bertulis. Minta untuk melihat sebanyak mungkin dokumen mengenai produk pelaburan itu supaya anda boleh menentukan kesasihan tawaran pelaburan itu; dan
  • Sekiranya anda telah melabur dalam skim itu, simpan kesemua rekod pelaburan dan perhubungan yang ada. Ia mungkin boleh digunakan di kemudian hari bagi tujuan laporan kepada pihak berkuasa.

 

PERLINDUNGAN TAMBAHAN

Memandangkan dunia Internet merupakan rangkaian global yang amat besar, sudah pasti pengendali skim pelaburan tidak sah juga mempunyai pengkalan di luar negara. Berbekalkan teknologi yang lebih maju, mereka juga pasti menggunakan kaedah penipuan yang lebih maju dan canggih. Oleh itu, kami juga menyarankan agar anda merujuk kepada pihak berkuasa di luar negara dengan melayari laman web seperti www.hksfc.org.hk (Hong Kong), www.fsa.com (UK), www.asic.gov.au (Australia), www.mas.gov.sg (Singapura), www.sec.gov (US) dan lain-lain untuk mengetahui skim –skim pelaburan tidak sah yang terbaru serta cara-cara melindungi diri anda.

 

KESIMPULAN

Dalam membanteras skim pelaburan tidak sah, ilmu, maklumat dan pertimbangan akal adalah “perisai” terkuat untuk melindungi diri. Kadangkala, agak sukar membezakan antara pelaburan yang sah dan tidak sah di Internet.  Tapi dengan mengamalkan langkah-langkah yang disebut di atas, kemungkinan besar anda boleh mengenal pasti pelaburan yang sah dan dan tidak sah. Sebelum membuat apa-apa tindakan,  pastikan syarikat itu mempunyai lesen dan berdaftar dengan pihak berkuasa yang berkaitan.

 

 

© Securities Commission Malaysia 2010. Untuk mendapatkan panduan pelaburan bijak, layari laman web InvestSmart (www.investsmartsc.my).

 

© Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laman web ini. Anda dinasihatkan merujuk pada pakar yang berkaitan seperti perancang kewangan bertauliah, jururunding pencukaian, penasihat pelaburan dan peguam bagi nasihat terperinci. Untuk maklumat lanjut mengenai penyiaran semula kandungan ini, sila emel: [email protected].

Prinsip Pelaburan Benjamin Graham

Read More" data-layout="standard" data-action="like" data-show-faces="false" data-share="true">
“Untuk mendapat pulangan pelaburan yang memuaskan adalah lebih mudah daripada yang kita jangkakan;  tetapi untuk mendapatkan pulangan yang lumayan sebenarnya adalah jauh lebih sukar d

“Untuk mendapat pulangan pelaburan yang memuaskan adalah lebih mudah daripada yang kita jangkakan;  tetapi untuk mendapatkan pulangan yang lumayan sebenarnya adalah jauh lebih sukar daripada yang disangkakan” – inilah kata-kata pelabur terkenal Benjamin Graham, yang diakui sebagai bapa kepada dua prinsip asas pelaburan, iaitu analisis sekuriti (security analysis) dan pelaburan nilai (value investing).

Apabila disebut sahaja nama Benjamin Graham, ramai yang dapat mengenalpasti beliau sebagai seorang ikon kepada ramai pelabur terkenal seperti William J. Ruane dan Irving Kahn. Namun, pengikut beliau yang paling terkenal sudah pastinya adalah Warren Buffet.

Maka jika anda ingin belajar tentang cara-cara untuk melabur dengan bijak, tiada cara yang lebih baik selain daripada belajar daripada  Benjamin Graham.

Benjamin Graham dilahirkan di United Kingdom (UK) pada tahun 1894. Pada usia semuda lapan tahun setengah, beliau telah berhijrah ke Amerika Syarikat . Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan, beliau merupakan seorang yang sangat pintar. Beliau memperolehi ijazah daripada Universiti Colombia pada tahun 1914 dan memulakan kerjayanya sebagai penganalisa kewangan di Wall Street. Pada usia 32 tahun, beliau telah menubuhkan syarikat pelaburan swasta pertamanya yang dikenali sebagai Benjamin Graham Joint Account .  Walaubagaimanapun, ketika Zaman Meleset (the “Great Depression”) sekitar tahun 1929 dan 1932, Graham telah mengalami kerugian sebanyak 70% daripada dananya yang bernilai USD2.5 juta. Walaupun ramai daripada pelanggan beliau telah berputus asa untuk memperoleh keuntungan daripada pelaburan mereka, namun beliau terus mengharungi Zaman Meleset dengan cekal dimana pada tahun 1935, beliau telah berjaya memperolehi semula wang yang hilang tersebut.

Apakah yang dianggap oleh Graham sebagai elemen-elemen penting untuk berjaya dalam pelaburan?
Peranan Benjamin Graham dalam dunia pelaburan sudah jelas terbukti dan kejayaan yang diraihnya  wajar dijadikan panduan bagi mereka yang ingin mengorak langkah dalam bidang ini.  Di sini, kita akan cuba memahami dengan lebih lanjut prinsip-prinsip pelaburan yang diasaskan oleh Benjamin Graham. Diantara prinsip-prinsip pelaburan beliau adalah:

Fahami perbezaan antara pelaburan dan spekulasi
Graham banyak menitikberatkan perbezaan di antara pelaburan dan spekulasi. Bagi beliau, setiap pelaburan melibatkan analisa yang mendalam mengenai sesuatu syarikat, perlu memiliki margin keselamatan (margin of safety) yang baik dan juga boleh mendatangkan pulangan yang memuaskan. Manakala, spekulasi pula sekadar melibatkan pemasaan (timing) dan memperolehi keuntungan hasil daripada turun naik pasaran.

  • Lakukan analisa terperinci kerana saham mewakili pegangan dalam sesuatu syarikat
    Dalam menjalankan analisa terperinci, para pelabur perlu menganggap pembelian saham dalam sesebuah syarikat seumpama membeli sebahagian daripada perniagaannya.  Anda perlu menilai harga saham daripada sudut nilai aset dasar(underlying asset value), kekuatan kewangan (financial strength) dan prospek perolehan masa hadapan (future earning prospect) daripada mementingkan turun naik harga yang berlaku dalam pasaran untuk jangka masa pendek semata-mata. Analisa terperinci yang dijalankan ini akan memberikan para pelabur nilai intrinsik syarikat tersebut.
  • Pastikan margin keselamatan anda kukuh
    Prinsip Graham yang paling terkenal dan berkesan ialah margin keselamatan. Pengalaman yang diperolehi beliau ketika Zaman Meleset  banyak meninggalkan kesan yang mendalam kepada beliau. Ia telah menjadikan beliau pelabur yang sangat berhati-hati dan mengutamakan pengekalan modal  pelaburan. Sebagai contoh, jika nilai intrinksik sesuatu saham ialah RM1 dan anda dapat membelinya pada harga 67 sen, maka margin keselamatan anda ialah 33%. Margin keselamatan 33% ini akan bertindak untuk mengurangkan kesan ke atas pelaburan anda jika harga di pasaran jatuh kelak. Selain itu, ia juga bertindak untuk mengurangkan kemungkinan kehilangan modal sekiranya terdapat kesilapan dalam  pengiraaan nilai instrinsik saham tersebut.
  • Pastikan matlamat pelaburan anda realistik
    Matlamat setiap pelabur sudah pastinya adalah untuk memperoleh keuntungan. Walau bagaimanapun, Graham memberi amaran kepada pelabur supaya tidak meletakkan sasaran pulangan yang tidak realistik. Ini adalah kerana jika sasaran pulangan yang diharapkan terlalu tinggi, anda mungkin akan mendedahkan diri kepada tahap risiko yang tinggi semata-mata untuk mencapai matlamat pulangan tersebut. Apa yang dikhuatiri ialah disebabkan pulangan yang tidak realistik ini, ia mungkin menyebabkan pelaburan anda bertukar menjadi spekulasi. Para pelabur perlu ingat bahawa tiada jalan mudah ataupun jalan pintas dalam pelaburan.
  • Anggap pasaran sebagai hamba dan bukannya tuan
    Graham percaya bahawa risiko dan pulangan tidak meningkat pada kadar yang sama. Oleh itu, beliau sentiasa mencari peluang memperoleh keuntungan dalam pasaran yang turun naik.Bagi beliau, pasaran saham bersifat manik depresif (tidak menentu) dan disebabkan faktor ini, pelabur sepatutnya menggunakan sepenuhnya peluang yang ada untuk membeli saham murah ketika pasaran saham merudum. Mereka boleh mengelak daripada berhadapan dengan kadar risiko yang tinggi jika mereka memahami perniagaan syarikat suatu saham yang ingin dibeli. Selain itu, risiko juga dapat dikurangkan jika pelabur membuat keputusan yang bijak dalam melabur. Ini boleh dicapai dengan mengambil kira ketiga-tiga prinsip yang telah dibincangkan dalam usaha mencari saham yang mempunyai asas yang kukuh meskipun nilai saham-saham tersebut jatuh buat sementara waktu kerana keadaan pasaran yang tidak menentu.

Walau bagaimanapun, Graham tidak menggalakkan pelabur melabur berdasarkan unjuran (forecast) dan pemasaan (timing) pasaran semata-mata. Sebaliknya, pelaburan perlu dibuat berdasarkan harga saham yang menarik di pasaran. Antara kriteria yang digunapakai Graham dalam memilih sesuatu saham merangkumi perkara-perkara berikut:

  • saham-saham terpilih perlulah mempunyai nisbah harga kepada nilai buku (price-to-book ratio) sebanyak 1.5 kali,
  • nisbah harga kepada perolehan (price-to-earnings ratio) kurang daripada 20 kali; dan
  • nisbah hutang kepada ekuiti (debt-to-equity ratio) sebanyak 0.5 kali.

Berpandukan prinsip-prinsip di atas, adalah jelas bahawa beliau mengamalkan prinsip pelaburan yang defensif. Ini kemudiannya menjadi prinsip asas pelaburan yang digunapakai oleh Warren Buffet, seorang lagi guru pelaburan tersohor yang telah mempelajari proses pemilihan secara kuantitatif ini ketika bekerja di syarikat milik Graham.

Bagi seorang pelabur biasa yang ingin mendalami dan mempraktikkan ilmu ajaran Graham , anda perlu bersedia untuk tekun menimba ilmu yang secukupnya dalam bidang perakaunan untuk memahami maklumat kewangan yang terkandung dalam laporan tahunan syarikat, akhbar dan majalah kewangan yang ada di pasaran. Selain itu, anda juga mesti peka terhadap sebarang maklumat yang boleh mempengaruhi prestasi syarikat ataupun industri berkaitan. Berbekalkan maklumat yang diperolehi, anda sepatutnya berupaya membuat rumusan dan keputusan sendiri berkaitan sebarang pelaburan yang ingin dibuat. Akhir sekali, anda juga perlu memiliki azam dan kepercayaan pada kajian yang telah anda lakukan demi mengelakkan diri daripada impak negatif pasaran.

 

© Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laman web ini. Anda dinasihatkan merujuk pada pakar yang berkaitan seperti perancang kewangan bertauliah, jururunding pencukaian, penasihat pelaburan dan peguam bagi nasihat terperinci. Untuk maklumat lanjut mengenai penyiaran semula kandungan ini, sila emel: [email protected].

Cara Mengenal Skim Penipuan!

Read More" data-layout="standard" data-action="like" data-show-faces="false" data-share="true">
Minimumkan risiko kehilangan wang simpanan anda dengan mengetahui pelbagai jenis pelaburan tidak sah di sisi undang-undang yang terdapat dalam masyarakat kini.

Minimumkan risiko kehilangan wang simpanan anda dengan mengetahui pelbagai jenis pelaburan tidak sah di sisi undang-undang yang terdapat dalam masyarakat kini. Berikut ialah beberapa ciri dan janji yang umumnya ada dalam sesuatu skim penipuan:

  • Untuk setiap pelaburan yang dibuat, anda menerima pulangan yang tinggi, umpamanya, 20-30% sebulan bagi setiap bulan.
  • Anda tidak pernah ditunjukkan produk yang kononnya berkualiti yang perlu anda jual, sebaliknya dibayar mengikut bilangan orang yang anda latih atau mendaftar diri.
  • Anda diberitahu bahawa tawaran itu hanya untuk tempoh terhad dan anda MESTI membelinya sekarang.
  • Anda diminta memasukkan wang ke dalam bank asing dalam mata wang asing untuk mendapatkan suatu hadiah tetapi anda tidak ingat pun pernah masuk sebarang pertandingan atau cabutan bertuah.
  • Anda menerima panggilan telefon menawarkan peluang-peluang pelaburan dan anda sendiri tidak tahu bagaimana syarikat itu mendapat nombor telefon anda.
  • Anda menerima e-mel yang meminta nombor akaun bank anda kerana mereka mahu menghantar wang kepada anda, biasanya berjumlah berjuta-juta dolar Amerika, dari beberapa negara asing. Ini sebenarnya bukanlah satu bentuk skim penipuan pelaburan, tetapi tetap satu lagi skim penipuan yang popular.
  • Anda ditawarkan satu produk pelaburan yang menjamin keuntungan besar tanpa sebarang risiko kewangan.
  • Anda diminta melabur dalam satu skim pelaburan. Alamat dan maklumat perhubungan syarikat pelaburan yang menawarkan keuntungan besar kepada anda itu terletak di sebuah negara asing yang anda tidak dapat pastikan di mana kedudukan sebenar syarikat itu.
  • Anda ditawarkan “hadiah percuma” untuk mendapatkan sesuatu kemudian, contohnya, sejumlah wang yang besar.
  • Anda ditawarkan peluang pekerjaan dengan gaji besar tanpa memerlukan pengalaman dan kelayakan akademi yang berkenaan.
  • Anda didatangi oleh seseorang yang mengaku sebagai ejen bagi syarikat dagangan asing (umpamanya yang beribu pejabat di Makau, Bahamas, Kepulauan British Virgin, dsb) untuk berdagang dalam indeks asing (contohnya, indeks Hang Seng), komoditi (contohnya kopi) atau mata wang asing (contohnya AS$, Yen dsb) tetapi anda perlu mendepositkan sejumlah wang dalam mata wang asing sebagai “margin”, sebelum sesuatu urus niaga boleh dilakukan.
  • Sukar untuk menemui sebarang maklumat mengenai lesen atau kewujudan syarikat itu dalam tapak web mana-mana pihak pengawal selia atau pihak berkuasa yang berkenaan.

Jika anda mengalami mana-mana keadaan di atas, apakah yang perlu anda lakukan untuk melindungi diri anda?

2

Untuk mengelakkan diri daripada tertipu, sentiasa ingat petua-petua perlindungan yang berikut:

Perlindungan #1:
Hindari sebarang pelaburan yang menjamin keuntungan tetap atau tinggi bagi satu pelaburan kecil. Berhati-hatilah terhadap syarikat yang menjanjikan keuntungan besar atau menunjukkan prestasi cemerlang dalam satu tempoh masa yang pendek. Misalannya, “Kami jamin anda akan memperoleh sekurang-kurangnya 20-30% sebulan, bagi setiap bulan daripada bermulanya pelaburan ini.” Anda mesti ingat bahawa setiap pelaburan melibatkan risiko dan anda tentu selalu dengar bahawa, “risiko tinggi, pulangan tinggi!” Ambil langkah berhati-hati, terutama jika pelaburan itu kononnya akan memberi pulangan tinggi dengan risiko yang rendah atau tiada risiko langsung.

Perlindungan #2:
Berhati-hati dengan pelan yang menumpukan kepada membayar anda untuk melatih orang lain dan bukannya membayar anda kerana menjual produk atau perkhidmatan. Perkataan yang menjadi kunci utama untuk mengingatkan anda supaya berhati-hati ialah “downline” atau “piramid”.

Perlindungan #3:
Jangan sekali-kali bersetuju menyertai apa-apa “peluang” dalam keadaan mendesak, umpamanya, “tempoh untuk anda menyertai skim ini amat terhad” atau “beli sekarang, jika tidak, anda akan menyesal”. Ingatlah, jika perniagaan itu sah, ia akan tetap wujud esok, minggu hadapan, bulan hadapan atau tahun hadapan.

Perlindungan #4:
Memang mustahil untuk anda memenangi sebarang hadiah atau wang yang banyak jika anda tidak masuk sebarang pertandingan atau beli loteri. Begitu juga, mustahil bagi sesuatu pertandingan yang sah di sisi undang-undang untuk meminta bayaran wang pendahuluan sebelum menyerahkan hadiah wang. Jika anda menerima panggilan yang mengatakan bahawa anda telah memenangi satu hadiah dan anda perlu mengirim sejumlah wang ke sebuah negara asing bagi membolehkan anda menuntut hadiah tersebut, letakkan telefon. Jangan buang masa dan tenaga untuk melayan panggilan begini.

 

3

Perlindungan #5:
Anda perlu bersikap ragu-ragu mengenai sebarang panggilan telefon yang tidak dijangka mengenai pelaburan daripada jurujual atau syarikat luar pesisir yang anda tidak kenali. Jika pemanggil itu mengaku sebagai wakil peniaga syarikat broker saham atau penasihat pelaburan yang dilesenkan oleh pihak berkuasa di luar negara, minta nama pihak kawal selia asing berkaitan yang melesenkan syarikat itu dan layari tapak webnya yang biasanya mempunyai senarai mereka yang berdaftar dan dilesenkan. Anda mesti sentiasa memeriksa bukti kelayakan individu yang dilesenkan dengan pihak berkuasa berkenaan sebelum menyerahkan wang anda.

Perlindungan #6:
Pastikan anda memperoleh rekod prestasi syarikat tersebut. Juga, mintalah maklumat bertulis mengenai produk pelaburan dan perniagaan itu, serta risiko yang terbabit dalam pelaburan tersebut. Baca dengan teliti prospektus atau laporan tahunan syarikat itu sebelum membuat pelaburan.

Perlindungan #7:
Jangan berikan sebarang maklumat kewangan atau peribadi sebelum you memastikan kesahihan syarikat itu.

Perlindungan #8:
Jangan takut bertanya soalan. Malah, lebih banyak soalan yang anda tanyakan, lebih baik lagi. Minta penjelasan mengenai apa-apa perkara yang anda tidak benar-benar fahami. Walau bagaimanapun, jangan terima bulat-bulat semua maklumat yang diberikan. Siasat sendiri. Jika anda memerlukan bantuan untuk membuat penilaian terhadap pelaburan tersebut, pergilah kepada mereka yang boleh memberikan nasihat secara bebas dan profesional, contohnya wakil peniaga berlesen, penasihat pelaburan, peguam atau akauntan.

Perlindungan #9:
Sentiasa periksa tapak web pihak pengawal selia, contohnya, tapak web Suruhanjaya Sekuriti (www.sc.com.my), untuk mendapatkan maklumat mengenai amaran untuk pelabur, atau senarai syarikat-syarikat perantara berlesen.

Perlindungan #10:
Jika ragu-ragu, jangan melabur. Mengapa anda mesti meletakkan wang anda dalam risiko jika anda tidak mendapat maklumat sepenuhnya mengenai syarikat, jurujual/ejen, atau pelaburan tersebut? Ingatlah, jika sesuatu janji itu nampak macam mustahil boleh dilaksanakan, kemungkinan besar memang mustahil boleh berlaku!

 

4

Maklumat lanjut dan maklumat perhubungan penting:

Jika anda perlu mengesahkan status lesen sesebuah syarikat dalam pasaran sekuriti dan niaga hadapan, anda boleh hubungi:

Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan
Suruhanjaya Sekuriti
3 Persiaran Bukit Kiara
Bukit Kiara
50490 Kuala Lumpur
Tel: 603 6204 8999
Faks: 603 6204 8991
E-mel: [email protected]


Walau bagaimanapun, sekiranya anda telah menjadi mangsa skim penipuan pelaburan, anda boleh mengemukakan aduan kepada pihak-pihak berkuasa berkenaan seperti:

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Ko-operasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
No. 13, Persiaran Perdana
Presint 2, 62623 Putrajaya
Hotline : 1800-886-800
Tel : 603-8882 5500
Faks: 603-8882 5762

Contact Centre (BNMTELELINK)
Corporate Communications Department
Bank Negara Malaysia
P.O. Box 10922
50929 Kuala Lumpur
Tel : 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK)
Faks: 03-2174-1515
E-mel: [email protected]

ATAU

Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (BNMLINK)
(Walk-in Customer Service Centre)
Aras Tanah, Blok D
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur

© Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laman web ini. Anda dinasihatkan merujuk pada pakar yang berkaitan seperti perancang kewangan bertauliah, jururunding pencukaian, penasihat pelaburan dan peguam bagi nasihat terperinci. Untuk maklumat lanjut mengenai penyiaran semula kandungan ini, sila emel: [email protected].

Jika anda nampak "T.I.P.U.", "C.E.L.I.K."lah

Read More" data-layout="standard" data-action="like" data-show-faces="false" data-share="true">
 

 

Tanpa disedari , anda mungkin sudah ditipu oleh skim pelaburan dan sebelum sempat berbuat apa-apa, anda sudah pun terjebak! Skim pelaburan yang menipu sentiasa menjanjikan pulangan yang luar biasa dan tidak pernah anda fikirkan. Disampaikan dengan gimik jualan yang paling menarik, ia boleh dengan mudah memerangkap pelabur yang tidak mencurigainya. Walaupun anda mungkin boleh mengelak daripada ditipu oleh skim penipuan, orang yang rapat dengan anda mungkin boleh terpedaya. Jadi, bagaimana hendak mengenal pasti penipuan dalam skim pelaburan?


Lakukan ujian T.I.P.U.
Ada empat ujian mudah yang boleh diguna pakai apabila anda ditawarkan dengan pelaburan yang “pulangannya sangat tinggi dan tanpa risiko”:

 

 

2

 

 

 

 

Jika sesuatu tawaran pelaburan memenuhi ciri-ciri “T.I.P.U.” di atas, “C.E.L.I.K.” lah:

 

 

 

 

 

3

Kenal pasti mereka sebelum mereka memerangkap anda

Banyak orang diperdaya untuk melabur dalam skim pelaburan yang menipu. Tetapi jumlah yang tampil untuk membuat aduan hanya sedikit. Kebanyakannya menggunakan alasan “sudah tiada nasib” sebagai sebab mereka mengalami kerugian. Sikap ini hanya menggalakkan skim penipuan semakin bercambah. Jika anda tampil dengan maklumat tentang skim penipuan tersebut, anda boleh membantu SC untuk membanteras kegiatan mereka sebelum orang lain yang mungkin seseorang yang rapat dengan anda, menjadi mangsa mereka seterusnya.

Ingatlah, jika anda nampak TIPU, CELIKlah. Jika anda mengenal pasti sesuatu skim pelaburan yang mencurigakan, segera buat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan SC di nombor 03–6204 8999.

© Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laman web ini. Anda dinasihatkan merujuk pada pakar yang berkaitan seperti perancang kewangan bertauliah, jururunding pencukaian, penasihat pelaburan dan peguam bagi nasihat terperinci. Untuk maklumat lanjut mengenai penyiaran semula kandungan ini, sila emel: [email protected].

Akibat Ketamakan dan Kejahilan di Pasaran Saham

Read More" data-layout="standard" data-action="like" data-show-faces="false" data-share="true">
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menganjurkan pertandingan mengarang esei bertajuk ‘Kisah Pelaburan Saya’ pada tahun lalu yang bertujuan unt

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menganjurkan pertandingan mengarang esei bertajuk ‘Kisah Pelaburan Saya’ pada tahun lalu yang bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelabur berkongsi pengalaman pelaburan mereka. Kami paparkan esei daripada salah-seorang pemenang pertandingan tersebut, Teoh Siang Swee.

1993 merupakan tahun yang penting kepada pasaran kewangan Malaysia. Ekonomi sedang berkembang dan Suruhanjaya Sekuriti bakal ditubuhkan pada akhir tahun. Saya berumur 15 tahun, tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai saham dan tahun itu juga mengajar saya mengenai kesan ketamakan dan kejahilan dalam pasaran modal. Inilah tahun “Kejatuhan Union Paper”.

Pada mulanya, keadaan adalah seperti biasa. Saham Union Paper (U.P) Holdings naik dan ramai yang teruja dengan perkara ini. Kenaikan mendadak kaunter U.P dan ditambah dengan pasaran bul meningkatkan lagi semangat pelabur. Semua orang mula mengambil tindakan, sehingga akhirnya semua hancur berkecai.

Pada suatu hari, kaunter U.P yang rancak diniagakan pada waktu pagi telah digantung secara tiba-tiba sebaik sahaja sesi dagangan tengahari bermula. Sebelum ini, tiada sebarang petanda yang menunjukkan kaunter itu bermasalah. Berita itu menyebabkan kegelisahan ramai pelabur kerana mereka tidak percaya kaunter U.P telah digantung. Ia juga turut menimbulkan perasaan takut pada mereka. Pada hari itu, KLSE (atau sekarang dikenali sebagai Bursa Malaysia) telah meletakkan U.P sebagai saham terkepung (cornered shares) dan menggunakan kuasa kawalselianya untuk mengisytiharkan U.P sebagai Sekuriti Bertanda (designated securities) sehingga siasatan selesai.

Ketakutan orang ramai mengenai status saham U.P memang boleh dijangka. Pada masa itu, sesiapa sahaja yang melabur di pasaran saham boleh menjadi jutawan dalam sekelip mata. Tiada strategi pelaburan diperlukan dan keputusan pelaburan hanya dibuat berdasarkan khabar angin yang diberikan oleh saudara-mara dan ahli keluarga mereka. Ramai yang meminjam untuk melabur dan mereka meletakkan kesemua wang tersebut dalam kaunter U.P.

Sehari selepas U.P digantung, orang ramai dilihat gelisah dan kelihatan beratur sebelum Bursa dibuka untuk mengetahui status wang mereka. Ada yang menangis tanpa segan-silu di lantai niaga. Keesokannya, ramai diantara mereka kelihatan melutut dan merayu bantuan daripada kakitangan di situ.

Mengikut laporan yang saya fahami, pengarah Union Paper telah melibatkan diri dalam jualan pendek (short selling) saham mereka sendiri. Terdapat beberapa spekulasi mengenai situasi itu. Ada yang mendakwa disebabkan oleh politik dalaman. Ada dakwaan yang Union Paper membeli pegangan lain; yang Union Paper sendiri telah dibeli oleh konglomerat asing. Walauapapun sumbernya, khabar angin itu menyebabkan berlakunya kekalutan. Dengan aktiviti tersebut meningkat sekitar kaunter, begitu juga dengan harganya; malah saya diberitahu ianya mencecah tiga digit dalam lingkungan pertengahan seratus sesaham. Akhirnya, KLSE mengambil tindakan. Harga kaunter tersebut terus menjunam. Ramai spekulator yang muflis, malah sebilangan lagi dikejar “lintah darat”. Syarikat broker saham dan remisier pula berdepan dengan pelanggan yang tidak mampu untuk membuat bayaran dan ada juga yang telah berkira-kira untuk memulakan prosiding kebankrapan mereka sendiri.

Mengapa perkara ini berlaku? Pertamanya, pada masa itu wujudnya kecenderungan untuk membuat spekulasi. Seperti diketahui, pada masa itu teknologi perhubungan dan komunikasi tidaklah secanggih sekarang. Internet hanya diketahui oleh setengah-setengah orang sahaja. Satu-satunya cara untuk spekulator mendapat maklumat ialah dengan bertandang di Bursa dan melihat papan harga yang disediakan. Jika sesuatu berlaku, telefon adalah medium yang digunakan. Bukan sahaja sedikit atau tiada kajian dilakukan, malah masalah komunikasi kerap berlaku, dimana apabila suatu “cadangan untuk beli” disalahtafsirkan sebagai “perlu beli segera”. Apa boleh buat, pada masa itu spekulator kurang berpendidikan dan didorong pula dengan kisah-kisah kekayaan orang yang tidak dapat dipastikan. Dipengaruhi oleh khabar angin sedemikian, ramai orang yang menceburi pasaran saham tanpa mengetahui apa yang mereka beli.

Kedua, kurangnya disiplin pelaburan dikalangan peserta pasaran pada masa itu. Ramai yang melabur tanpa memiliki strategi atau pendekatan keseluruhan tentang cara berjual-beli saham. Kebanyakan mereka mengamalkan pendekatan “beli berdasarkan khabar angin dan jual berdasarkan berita”. Dalam kata lain, beli apabila ada seseorang yang mereka kenali mengesyorkan sesuatu kaunter itu, dan jual apabila ada berita baik atau buruk berlaku pada kaunter tersebut. Lazimnya, tindakan sedemikian adalah sama seperti kena tembak. Tiada gunanya untuk mengelak jika sudah terdengar bunyi tembakan.

Ada spekulator yang mempertaruhkan masa depan mereka dengan menjual kepentingan mereka dalam kaunter yang kukuh dan menunjukkan prestasi yang baik untuk menjana modal bagi membeli saham U.P. Terdapat juga spekulator yang tamak, setelah mengaut keuntungan daripada U.P, kembali melabur dalam syarikat tersebut. Akibat pasaran yang tidak mengizinkan, keuntungan yang mula diterima akhirnya bertukar menjadi rugi. Sebahagian daripada mereka membuat pinjaman yang banyak untuk melabur dan seterusnya menjadi muflis. Dan yang paling teruk adalah mereka yang meminjam daripada lintah darat atau along.

Kesimpulannya dalam dunia pelaburan, pelabur mesti bertanggung jawab sepenuhnya. Mereka yang patut menanggung kesalahan itu adalah pelabur Malaysia sendiri. Sekiranya mereka mempunyai sikap yang lebih baik, lebih berdisiplin, lebih bermaklumat dan paling penting sekali, mengamalkan asas-asas pelaburan bijak, tidak ramai orang yang akan menanggung penderitaan sedemikian.

Penolak Tuntutan (disclaimer): Sebarang pendapat yang diberikan dalam artikel ini adalah kepunyaan penulis sepenuhnya.

© Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laman web ini. Anda dinasihatkan merujuk pada pakar yang berkaitan seperti perancang kewangan bertauliah, jururunding pencukaian, penasihat pelaburan dan peguam bagi nasihat terperinci. Untuk maklumat lanjut mengenai penyiaran semula kandungan ini, sila emel: [email protected].

Kesan Inflasi Ke Atas Pelaburan Anda

Read More" data-layout="standard" data-action="like" data-show-faces="false" data-share="true">
Bagi pelabur-pelabur saham, soalan lazim yang selalu bermain di fikiran ialah “Patutkah saya melabur untuk pertumbuhan atau pendapatan?” Sebelum membuat keputusan, seorang pelabur perlu memahami perbezaan antara saham...

Bagi pelabur-pelabur saham, soalan lazim yang selalu bermain di fikiran ialah “Patutkah saya melabur untuk pertumbuhan atau pendapatan?” Sebelum membuat keputusan, seorang pelabur perlu memahami perbezaan antara saham pendapatan dan saham pertumbuhan.

Apa sebenarnya saham pendapatan (income stock)?
Saham pendapatan ialah saham yang membayar dividen. Tujuan memiliki saham pendapatan ialah untuk mendapatkan dividen tinggi secara konsisten, sebagai sumber pulangan semasa dan bukannya untuk mengharapkan naik nilai harga saham anda. Harga saham pendapatan lazimnya kurang meruap (volatile) berbanding saham-saham lain yang didagangkan di pasaran saham. Oleh itu, apabila pasaran menurun, harga saham-saham pendapatan akan mengalami penurunan harga yang perlahan kerana para pelabur akan mengekalkan pegangan saham  mereka selagi syarikat membayar dividen.

Saham-saham seperti ini kurang terjejas oleh kitaran perniagaan, di mana produk dan perkhidmatan yang ditawarkan syarikat masih tetap diperlukan pengguna walaupun keadaan ekonomi kurang baik. Ini termasuklah kemudahan awam, makanan dan keperluan harian yang lain. Ini bererti, saham syarikat yang menawarkan produk dan perkhidmatan sebegini berisiko rendah.

Walau bagaimanapun, anda perlu memantau kadar faedah dan inflasi apabila melabur dalam saham-saham ini disebabkan ianya sensitif kepada perubahan kadar tersebut. Apabila kadar faedah naik dan jika kadar hasil dividen sesuatu saham itu kekal, ataupun turun ke tahap yang lebih rendah berbanding kadar faedah yang ditawarkan instrumen pelaburan yang lain (seperti simpanan tetap ataupun bon korporat), harga saham ini mungkin turun. Selain itu, sekiranya kadar inflasi naik dan kadar hasil dividen sesuatu saham itu dikekalkan setiap tahun, hakikatnya, dividen sebenar yang diperolehi  adalah lebih rendah.

Bagaimana pula dengan saham pertumbuhan (growth stock)?
Berbeza dengan saham pendapatan, saham pertumbuhan membayar dividen yang minimum ataupun tidak membayar dividen langsung. Sebaliknya, saham pertumbuhan menawarkan potensi pertumbuhan yang tinggi. Ia biasanya mempunyai kadar pertumbuhan yang lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan purata (lazimnya dua angka), untuk tiga tahun berturut-turut . Kebanyakan syarikat pertumbuhan yang berpotensi terlibat dalam industri yang sedang berkembang pesat, seperti syarikat-syarikat Teknologi Maklumat dan Teknologi Bio. Syarikat-syarikat ini selalunya mendahului pasaran ataupun mempunyai potensi untuk mendahului pasaran. Antara ciri-ciri utama syarikat-syarikat ini ialah kos penyelidikan dan pembangunan mereka yang tinggi berbanding pendapatan mereka. Selain itu, syarikat-syarikat yang  kukuh dalam bidang  pasaran tertentu ataupun syarikat-syarikat yang mempunyai halangan kemasukan yang tinggi juga tergolong dalam kategori ini.

Walau bagaimanapun, melabur dalam saham pertumbuhan mempunyai risiko tersendiri. Oleh kerana potensi pertumbuhan ialah sesuatu yang belum terjadi dan persekitaran perniagaan sentiasa berubah-ubah, syarikat-syarikat ini juga menanggung risiko yang lebih tinggi apabila produk dan perkhidmatan mereka gagal mengikuti perkembangan semasa dalam pasaran mereka.

Jadi, mana satu yang patut dipilih?
Sekarang, anda sudah mempunyai pemahaman asas mengenai saham pendapatan dan saham pertumbuhan dan apakah perbezaaan antara keduanya, persoalaannya mana satukah saham yang perlu dipilih? Bagi menentukan saham mana satu yang sesuai, anda perlu menilai kedudukan dan menetapkan matlamat kewangan anda terlebih dahulu. Secara amnya, sekiranya anda tergolong dalam kategori  berikut, saham pendapatan lebih sesuai untuk anda kerana risikonya lebih rendah dan lebih  mudah dijangka:

  • anda inginkan pendapatan yang tetap daripada pasaran saham untuk menampung perbelanjaan anda; atau
  • anda hampir bersara dan bergantung kepada pendapatan daripada pasaran saham untuk mengekalkan taraf kehidupan anda; atau
  • anda baru sahaja hendak mula melabur dalam pasaran saham.

Manakala, saham pertumbuhan sewajarnya menjadi pilihan anda jika:

anda mempunyai sejumlah wang dan ingin melabur untuk jangkamasa panjang bagi memperolehi  kenaikan modal.

Pastikan anda mengenali saham syarikat yang dilaburkan
Membeli saham sesebuah syarikat secara tidak langsung bermakna anda memiliki sebahagian daripada perniagaan syarikat tersebut. Sekiranya anda yakin ia berpotensi tinggi dan memiliki asas/fundamental yang kukuh, maka percaya kata hati dan teruskan niat untuk melabur dalam syarikat tersebut.

Pendapat berikut mungkin tidak sama dengan pandangan umum, tetapi bukan kesemua syarikat dalam industri terbaru dan terkini merupakan pilihan pelaburan yang baik. Jangan melabur dalam saham syarikat Teknologi Bio  semata-mata kerana orang ramai mengatakan ia bagus dan mereka juga melabur dalam syarikat itu. Sentiasa ingat bahawa anda perlu memahami perniagaan syarikat yang anda pilih dan bagaimana syarikat tersebut mengaut keuntungannya . Ini kerana, saham pertumbuhan biasanya berisiko tinggi disebabkan ketidakpastian dalam potensi perniagaan syarikat. Pastikan anda membuat kajian terlebih dahulu agar dapat mengurangkan kemungkinan anda kehilangan wang.

Tujuan utama melabur ialah untuk membuat duit, tidak kira sama ada ia membayar pendapatan dividen ataupun untung modal. Walau bagaimanapun, anda seharusnya membina portfolio berdasarkan keperluan peribadi – iaitu sama ada anda perlukan wang untuk jangka masa pendek atau anda hendak mengumpul kekayaan dalam jangka masa panjang. Anda juga boleh mencuba untuk menggabungkan kedua-dua jenis saham dalam portfolio pelaburan dan menilai keuntungnya secara keseluruhan.

© Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laman web ini. Anda dinasihatkan merujuk pada pakar yang berkaitan seperti perancang kewangan bertauliah, jururunding pencukaian, penasihat pelaburan dan peguam bagi nasihat terperinci. Untuk maklumat lanjut mengenai penyiaran semula kandungan ini, sila emel: [email protected].