Artikel

Bermula Dalam Pelaburan Unit Amanah

Read More" data-layout="standard" data-action="like" data-show-faces="false" data-share="true">

securities-commission-malaysia      invest smart

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, istilah “pelaburan unit amanah” melibatkan beberapa langkah mudah di mana individu mendepositkan wang ke dalam satu dana dan kemudian menunggu peningkatan nilai dengan sabar tanpa perlu risau tentangnya. Alangkah bagus jika ia semudah itu, betul? Baiklah, anda bertuah kerana pelaburan unit amanah sememangnya tidak begitu sukar dan dalam risalah ini kita akan menunjukkan kepada anda bagaimana untuk bermula!
 

Dengan beratus-ratus dana unit amanah untuk dipilih, bagaimanakah caranya untuk anda membuat keputusan pelaburan? Sebagai panduan umum, sentiasa ingat bahawa dana unit amanah berfungsi dengan bagus sebagai pelaburan jangka panjang. Dengan memahami sifat setiap dana dan menilai ketahanan risiko sendiri, anda dapat memilih dana yang menyediakan sama ada aliran pendapatan yang tetap mahupun pertumbuhan modal, atau gabungan kedua-duanya. Dengan mengembangkan pelaburan anda dalam dana-dana amanah yang berbeza, anda dapat menghasilkan portfolio unit amanah yang unik yang mana mampu mengawal risiko di samping menjana potensi pulangan. Sekarang ayuh kita bermula! 

 

 

 

 

 

 

https://www.imoney.my/articles/bermula-dalam-pelaburan-unit-amanah

© Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laman web ini. Anda dinasihatkan merujuk pada pakar yang berkaitan seperti perancang kewangan bertauliah, jururunding pencukaian, penasihat pelaburan dan peguam bagi nasihat terperinci. Untuk maklumat lanjut mengenai penyiaran semula kandungan ini, sila emel: [email protected].

Melabur Dalam Komoditi

Read More" data-layout="standard" data-action="like" data-show-faces="false" data-share="true">
 

 

Bimbang dengan kadar inflasi yang semakin meningkat, pelabur di seluruh dunia kini beralih kepada komoditi sebagai satu bentuk strategi pelaburan. Ini adalah kerana komoditi dikenali sebagai pelindung nilai inflasi yang baik. Malangnya, pelabur runcit di Malaysia tidak biasa dengan produk pelaburan alternatif iaitu pelaburan komoditi. Persepsi di kalangan majoriti pelabur adalah melabur dalam komoditi  lebih sesuai untuk pelabur institusi dan kumpulan khusus pelabur yang mempunyai nilai bersih tinggi (high networth investor).
Di akhir artikel ini, anda akan dapat mengenal pasti kategori-kategori dalam komoditi dan kepentingan memilikinya dalam portfolio pelaburan anda.

Apakah yang  terdapat di dalam komoditi?

 

Secara umum, komoditi adalah aset ketara yang berasal dari tanah. Komoditi biasanya dikategorikan kepada tiga kumpulan utama iaitu hasil pertanian, tenaga dan logam.

Komoditi sebegini adalah asas ekonomi global dan melihat prestasi lampaunya lebih cenderung untuk bergerak ke arah yang berbeza daripada saham dan bon di pelbagai peringkat kitaran perniagaan. Pelabur mendapati bahawa dengan menambah pelaburan komoditi ke dalam portfolio, ia akan mempelbagaikan risiko portfolio mereka.


Untuk memahami bagaimana pelaburan dalam komoditi boleh membantu untuk mempelbagaikan risiko pelaburan, kita perlu memahami faktor yang mendorong harga komoditi.

Berikut adalah beberapa contoh faktor-faktor yang memacu harga komoditi:

Ekonomi global

Secara amnya, semasa dalam keadaan ekonomi yang kukuh, harga dipacu oleh permintaan yang kukuh. Walau bagaimanapun, komoditi berbeza daripada aset lain kerana  harganya dipengaruhi oleh jangkaan masa pendek ekonomi. Bagi harga saham dan bon, ia lebih cenderung ke arah jangkaan masa panjang ekonomi.

 

 

Bekalan dan Permintaan
Apabila terdapat bekalan komoditi yang terhad dan permintaan yang banyak dan berterusan, harga komoditi akan lebih tinggi. Ini kerana syarikat sanggup menanggung kos memegang inventori (seperti penyimpanan komoditi dan penyelenggaraan gudang) selagi ada bekalan yang berterusan.Pengeluar komoditi juga akan meningkatkan pengeluaran untuk mengambil peluang menikmati kenaikan harga sehingga bekalan dan permintaan mencapai keseimbangan. Walau bagaimanapun, apabila bekalan melebihi permintaan di pasaran, harga komoditi akan jatuh, seterusnya menyebabkan pengeluaran komoditi dikurangkan sehingga ia mencapai keseimbangan dengan permintaan pasaran.

Tempoh Simpanan
Komoditi boleh simpan seperti emas, logam industri dan minyak, akan menunjukkan hubungan positif dengan kadar inflasi manakala lain-lain komoditi tidak boleh simpan (non-storable commodities), akan mempunyai hubungan negatif dengan kadar inflasi. Ini menunjukkan bahawa komoditi yang mempunyai korelasi yang positif dengan kadar inflasi adalah baik untuk perlindungan terhadap inflasi kerana harga mereka cenderung untuk meningkat mengikut kadar inflasi

Berdasarkan data sejarah/terdahulu dan daripada sudut ciri-ciri risiko dan pulangan, jika kita bandingkan pulangan (return) dan turun naik pelaburan (volatility) komoditi kepada kelas aset yang lain, komoditi biasanya mempunyai pulangan yang sederhana dengan turun naik yang tinggi. Oleh itu, dengan sendirinya, ia bukan pilihan pelaburan yang terbaik.

Inflasi biasanya akan menyebabkan kadar faedah meningkat. Ini akan menyebabkan kos kira-kira pinjaman menjadi tinggi. Melainkan jika syarikat mampu untuk memindahkan peningkatan kos perniagaan kepada pengguna, inflasi akan menjejaskan lagi keuntungan perniagaan mereka. Ia membawa kepada harga saham yang lebih rendah. Pelabur yang telah memasukkan komoditi dalam portfolio, terutamanya komoditi yang memainkan peranan yang lebih aktif dalam aktiviti ekonomi dan mempunyai korelasi yang positif dengan kadar inflasi, sudah tentu dapat mengimbangi sebahagian impak negatif terhadap prestasi mengecewakan ekuiti melalui pelaburan komoditi.

 

Bagaimana Untuk Melabur Dalam Komoditi?

 

Terdapat banyak cara para pelabur boleh melabur dalam komoditi seperti melalui pelaburan secara langsung atau tidak langsung. Pelaburan secara langsung dalam komoditi boleh dilakukan dengan membeli aset sebenar komoditi dalam pasaran lani (spot) atau melalui derivatif seperti kontrak niaga hadapan (dengan komoditi sebagai aset pendasar) dan dana komoditi. Para pelabur juga boleh memilih untuk melabur secara tidak langsung dalam komoditi dengan membeli ekuiti daripada pengeluar komoditi.


Seperti pelaburan lain, sebelum kita mula melabur dalam komoditi, terdapat beberapa perkara asas yang harus diketahui. Pertama, kita mesti jelas mengenai objektif pelaburan dan tahap toleransi risiko. Kita juga harus bersedia dengan pengetahuan latar belakang mengenai kelas-kelas aset. Seperti disebutkan di atas, pelaburan komoditi senang turun naik, oleh itu, pelabur yang ingin menambah kelas aset ini dalam portfolio mereka perlu memahami bahawa ia tidak sesuai bagi pelaburan jangka pendek.Mereka mesti bersedia untuk memegang aset untuk jangka masa yang lebih lama untuk menikmati kesan kepelbagaian pengurusan risiko dengan kelas aset ini.

 

Komoditi Niaga Hadapan

Kadar toleransi risiko seseorang pelabur biasanya akan mempengaruhi pilihan pelaburan mereka. Contohnya, mereka yang mampu mengambil risiko yang lebih tinggi boleh memilih untuk melabur dalam kontrak niaga hadapan dengan komoditi  sebagai instrumen pendasar. Oleh kerana niaga hadapan melibatkan nilai menurut pasaran (mark to market), pelabur harus bersedia untuk membiayai margin sekiranya akaun berkurangan dalam pasaran menurun.

Dengan menggunakan akaun margin, pelabur dapat mengambil manfaat daripada perdagangan secara leveraj dan mereka boleh memulakan pelaburan dengan nilai nominal yang kecil bagi kontrak niaga hadapan. Namun pelabur juga harus memahami baik dan buruknya apabila mengambil leveraj dalam perdagangan niaga hadapan. Ia akan memberi impak yang lebih apabila berlaku perubahan harga dan memberikan kesan negatif dan positif. Apabila harga niaga hadapan menaik, pelabur akan memperoleh keuntungan yang berganda. Namun, jika harga menurun, kerugian yang dialami juga akan berganda. Oleh kerana itu amat penting bagi pelabur runcit yang masih baru dalam instrumen derivatif untuk melengkapkan diri dengan pemahaman yang menyeluruh sebelum memulakan perdagangan komoditi niaga hadapan. Biasanya komoditi niaga hadapan adalah lebih sesuai untuk pelabur institusi dan pelabur berpengalaman.

 

Komoditi Niaga Hadapan di Malaysia

Komoditi niaga hadapan adalah perniagaan yang makin berkembang di Malaysia. Komoditi niaga hadapan yang aktif dan disenaraikan di Bursa Malaysia adalah Kontrak Niaga Hadapan Minyak Kelapa Sawit (MYR Crude Palm Oil Futures FCPO) dan Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (Crude Palm Kernel Oil futures FPKO).

 

FCPO – Aset pendasar untuk FCPO adalah minyak sawit mentah yang berasal daripada kelapa sawit dan boleh digunakan sebagai minyak goreng dan shortening (lelemak). Ia juga digunakan dalam pelbagai produk lain seperti sabun, mentega dan minyak sapi sayur-sayuran. Niaga Hadapan FCPO sangat berjaya dan telah diperkenalkan sejak tahun 1980. Ia telah menjadi pasaran yang aktif dengan kecairan pasaran yang menjadi ukuran global untuk harga minyak sawit mentah dunia serta pasaran untuk pengurusan risiko.

 

FPKO – Aset asas bagi FPKO adalah minyak sawit mentah, yang diekstrak daripada kernel atau endosperm buah kelapa sawit. Kedua-dua kernel kelapa sawit dan minyak kelapa berada dalam kumpulan minyak yang dikenali sebagai minyak laurik (lauric oils) yang banyak digunakan oleh industri oleo kimia untuk pengeluaran bahan permbersih dan bahan cucian.

 

Dana Komoditi

 

Untuk pelabur runcit yang ingin melabur dalam komoditi dengan risiko dan kos yang rendah, mereka boleh memilih untuk melabur dalam unit amanah komoditi yang melabur dalam pelbagai sumber semula jadi melalui pelaburan dalam komoditi niaga hadapan. Pilihan dana yang pelbagai dan meliputi banyak pasaran komoditi berbanding dana yang melabur pada satu atau beberapa komoditi adalah bagi mengurangkan risiko dan meningkatkan peluang keuntungan.

 

Pelaburan Komoditi Tak Langsung

 

Jika pelabur masih berasa kurang selesa untuk melabur terus dalam komoditi kerana harganya yang tidak menentu, mereka boleh memilih untuk melabur secara tidak langsung melalui saham syarikat yang terlibat dalam bidang pemprosesan atau pemasaran sumber semula jadi conthonya dalam syarikat pengeluar minyak dan gas asli ataupun tenaga. Untuk mendapat lebih kepelbagaian mereka boleh memilih untuk melabur dalam unit amanah yang melabur dalam syarikat komoditi. Dengan ini pelabur dapat menikmati kepelbagaian secara tidak langsung dan pada yang sama juga memperolehi manfaat sebagai pemegang syarikat seperti pemberian dividen dan untung daripada pergerakan harga saham.

 

Kesimpulan

 

Pelaburan komoditi adalah satu pelaburan alternatif yang mempunyai risiko tinggi dan harga turun naik berbanding dengan saham konvensional dan pelaburan bon. Walaupun ia menawarkan manfaat daripada segi kepelbagaian dan pulangan yang lebih tinggi, ia tetap mempunyai risiko tersendiri dan pelabur perlu memahami sepenuhnya mengenai produk tersebut sebelum melibatkan diri. Oleh kerana ia melibatkan perdagangan kontrak niaga hadapan, pelabur juga harus memahami ciri-ciri uniknya dan dapat menilai risiko perdagangan niaga hadapan.

© Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laman web ini. Anda dinasihatkan merujuk pada pakar yang berkaitan seperti perancang kewangan bertauliah, jururunding pencukaian, penasihat pelaburan dan peguam bagi nasihat terperinci. Untuk maklumat lanjut mengenai penyiaran semula kandungan ini, sila emel: admin@investsmartsc.my.

Masa Untuk Belajar

Read More" data-layout="standard" data-action="like" data-show-faces="false" data-share="true">
Adakah anda p

Adakah anda pelabur yang bijak? Adakah anda lain daripada yang lain dan merupakan sebahagian daripada kumpulan pelabur yang istimewa kerana mempunyai pengetahuan yang cukup, tahu hak sebagai pelabur, terlindung daripada skim penipuan dan berusaha untuk mencapai matlamat kewangan? Seseorang pelabur menjadi pelabur yang bijak apabila dia memperoleh pengetahuan mencukupi mengenai pelaburan. Mengapa anda perlu menghabiskan masa untuk belajar mengenai pelaburan? Di sini disenaraikan beberapa sebab (tetapi sebagai pelabur bijak, anda tentunya boleh menambah lebih banyak lagi)

 
#1: Anda boleh menentukan pelaburan yang betul dan konsisten dengan matlamat kewangan dan toleransi anda terhadap risiko
 
#2: Anda boleh bertanya soalan yang betul kepada mereka yang arif, atau mendapatkan maklumat yang betul daripada sumber yang betul dan boleh dipercayai. Kemudian, anda akan lebih memahami dan dapat menggunakan jawapan atau maklumat tersebut untuk membuat keputusan pelaburan.
 
#3: Anda boleh memantau pelaburan secara lebih cekap dan berkesan.
 
#4: Anda boleh memaksimumkan pulangan pelaburan anda dengan menggunakan peluang yang ditawarkan oleh sesuatu pelaburan. Anda juga boleh mengubah strategi pelaburan anda jika ia sudah tidak lagi memenuhi objektif pelaburan anda.
 
#5: Anda boleh melindungi diri dan juga keluarga anda daripada skim penipuan
 
#6: Anda tahu mengenai risiko pelaburan dan kesannya, dan berupaya untuk menguruskannya.
 
#7: Anda tahu mengenai hak anda sebagai pelabur dan berupaya melaksanakannya jika perlu.
 
#8: Anda boleh mendidik keluarga anda untuk menjadi pelabur bijak.
 

Bagaimana anda hendak menjadi pelabur yang berpengetahuan?
Kini anda menyedari tentang pentingnya pengetahuan dalam pelaburan. Di sarankan di sini beberapa cara untuk membantu anda melengkapkan diri sebagai pelabur berpengetah.

  • Baca laporan kewangan, artikel mengenai kewangan peribadi dan buku-buku atau majalah mengenai pelaburan.
  • Dapatkan bantuan daripada golongan profesional berlesen seperti penasihat pelaburan atau perancang kewangan.
  • Hadiri seminar pendidikan mengenai perkara seperti pelaburan atau perancang kewangan.
  • Layari laman web pendidikan pelabur yang boleh dipercayai untuk mendapatkan lebih pengetahuan. Misalannya laman web Pelabur Malaysia http://www.investsmartsc.my. Tetapi berhati-hatilah dengan penipuan yang menggunakan Internet.
  • Bentuk kumpulan perbincangan untuk bertukar-tukar maklumat dan berkongsi pengalaman melabur. Ingatlah bahawa, “Kerja berkumpulan – kerja lebih ringan, kejayaan lebih berganda”. Tetapi jangan berkongsi ramalan, menyebarkan khabar angin atau maklumat tidak sah di kalangan ahli kumpulan perbincangan itu!
  • Hubungi Securities Commission Malaysia (SC) – Jabatan Pendidikan Pelabur di nombor 03-6204 8889 untuk keterangan lanjut

 

© Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laman web ini. Anda dinasihatkan merujuk pada pakar yang berkaitan seperti perancang kewangan bertauliah, jururunding pencukaian, penasihat pelaburan dan peguam bagi nasihat terperinci. Untuk maklumat lanjut mengenai penyiaran semula kandungan ini, sila emel: admin@investsmartsc.my.

Melabur untuk Pertumbuhan atau Pendapatan?

Read More" data-layout="standard" data-action="like" data-show-faces="false" data-share="true">
Bagi pelabur-pelabur saham, soalan lazim yang selalu bermain di fikiran ialah “Patutkah saya melabur untuk pertumbuhan atau pendapatan?” Sebelum membuat keputusan, seorang pelabur perlu

Bagi pelabur-pelabur saham, soalan lazim yang selalu bermain di fikiran ialah “Patutkah saya melabur untuk pertumbuhan atau pendapatan?” Sebelum membuat keputusan, seorang pelabur perlu memahami perbezaan antara saham pendapatan dan saham pertumbuhan.

Apa sebenarnya saham pendapatan (income stock)?
Saham pendapatan ialah saham yang membayar dividen. Tujuan memiliki saham pendapatan ialah untuk mendapatkan dividen tinggi secara konsisten, sebagai sumber pulangan semasa dan bukannya untuk mengharapkan naik nilai harga saham anda. Harga saham pendapatan lazimnya kurang meruap (volatile) berbanding saham-saham lain yang didagangkan di pasaran saham. Oleh itu, apabila pasaran menurun, harga saham-saham pendapatan akan mengalami penurunan harga yang perlahan kerana para pelabur akan mengekalkan pegangan saham  mereka selagi syarikat membayar dividen.

Saham-saham seperti ini kurang terjejas oleh kitaran perniagaan, di mana produk dan perkhidmatan yang ditawarkan syarikat masih tetap diperlukan pengguna walaupun keadaan ekonomi kurang baik. Ini termasuklah kemudahan awam, makanan dan keperluan harian yang lain. Ini bererti, saham syarikat yang menawarkan produk dan perkhidmatan sebegini berisiko rendah.

Walau bagaimanapun, anda perlu memantau kadar faedah dan inflasi apabila melabur dalam saham-saham ini disebabkan ianya sensitif kepada perubahan kadar tersebut. Apabila kadar faedah naik dan jika kadar hasil dividen sesuatu saham itu kekal, ataupun turun ke tahap yang lebih rendah berbanding kadar faedah yang ditawarkan instrumen pelaburan yang lain (seperti simpanan tetap ataupun bon korporat), harga saham ini mungkin turun. Selain itu, sekiranya kadar inflasi naik dan kadar hasil dividen sesuatu saham itu dikekalkan setiap tahun, hakikatnya, dividen sebenar yang diperolehi  adalah lebih rendah.

Bagaimana pula dengan saham pertumbuhan (growth stock)?
Berbeza dengan saham pendapatan, saham pertumbuhan membayar dividen yang minimum ataupun tidak membayar dividen langsung. Sebaliknya, saham pertumbuhan menawarkan potensi pertumbuhan yang tinggi. Ia biasanya mempunyai kadar pertumbuhan yang lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan purata (lazimnya dua angka), untuk tiga tahun berturut-turut . Kebanyakan syarikat pertumbuhan yang berpotensi terlibat dalam industri yang sedang berkembang pesat, seperti syarikat-syarikat Teknologi Maklumat dan Teknologi Bio. Syarikat-syarikat ini selalunya mendahului pasaran ataupun mempunyai potensi untuk mendahului pasaran. Antara ciri-ciri utama syarikat-syarikat ini ialah kos penyelidikan dan pembangunan mereka yang tinggi berbanding pendapatan mereka. Selain itu, syarikat-syarikat yang  kukuh dalam bidang  pasaran tertentu ataupun syarikat-syarikat yang mempunyai halangan kemasukan yang tinggi juga tergolong dalam kategori ini.

Walau bagaimanapun, melabur dalam saham pertumbuhan mempunyai risiko tersendiri. Oleh kerana potensi pertumbuhan ialah sesuatu yang belum terjadi dan persekitaran perniagaan sentiasa berubah-ubah, syarikat-syarikat ini juga menanggung risiko yang lebih tinggi apabila produk dan perkhidmatan mereka gagal mengikuti perkembangan semasa dalam pasaran mereka.

Jadi, mana satu yang patut dipilih?
Sekarang, anda sudah mempunyai pemahaman asas mengenai saham pendapatan dan saham pertumbuhan dan apakah perbezaaan antara keduanya, persoalaannya mana satukah saham yang perlu dipilih? Bagi menentukan saham mana satu yang sesuai, anda perlu menilai kedudukan dan menetapkan matlamat kewangan anda terlebih dahulu. Secara amnya, sekiranya anda tergolong dalam kategori  berikut, saham pendapatan lebih sesuai untuk anda kerana risikonya lebih rendah dan lebih  mudah dijangka:

  • anda inginkan pendapatan yang tetap daripada pasaran saham untuk menampung perbelanjaan anda; atau
  • anda hampir bersara dan bergantung kepada pendapatan daripada pasaran saham untuk mengekalkan taraf kehidupan anda; atau
  • anda baru sahaja hendak mula melabur dalam pasaran saham.

Manakala, saham pertumbuhan sewajarnya menjadi pilihan anda jika:

anda mempunyai sejumlah wang dan ingin melabur untuk jangkamasa panjang bagi memperolehi  kenaikan modal.

Pastikan anda mengenali saham syarikat yang dilaburkan
Membeli saham sesebuah syarikat secara tidak langsung bermakna anda memiliki sebahagian daripada perniagaan syarikat tersebut. Sekiranya anda yakin ia berpotensi tinggi dan memiliki asas/fundamental yang kukuh, maka percaya kata hati dan teruskan niat untuk melabur dalam syarikat tersebut.

Pendapat berikut mungkin tidak sama dengan pandangan umum, tetapi bukan kesemua syarikat dalam industri terbaru dan terkini merupakan pilihan pelaburan yang baik. Jangan melabur dalam saham syarikat Teknologi Bio  semata-mata kerana orang ramai mengatakan ia bagus dan mereka juga melabur dalam syarikat itu. Sentiasa ingat bahawa anda perlu memahami perniagaan syarikat yang anda pilih dan bagaimana syarikat tersebut mengaut keuntungannya . Ini kerana, saham pertumbuhan biasanya berisiko tinggi disebabkan ketidakpastian dalam potensi perniagaan syarikat. Pastikan anda membuat kajian terlebih dahulu agar dapat mengurangkan kemungkinan anda kehilangan wang.

Tujuan utama melabur ialah untuk membuat duit, tidak kira sama ada ia membayar pendapatan dividen ataupun untung modal. Walau bagaimanapun, anda seharusnya membina portfolio berdasarkan keperluan peribadi – iaitu sama ada anda perlukan wang untuk jangka masa pendek atau anda hendak mengumpul kekayaan dalam jangka masa panjang. Anda juga boleh mencuba untuk menggabungkan kedua-dua jenis saham dalam portfolio pelaburan dan menilai keuntungnya secara keseluruhan.

© Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laman web ini. Anda dinasihatkan merujuk pada pakar yang berkaitan seperti perancang kewangan bertauliah, jururunding pencukaian, penasihat pelaburan dan peguam bagi nasihat terperinci. Untuk maklumat lanjut mengenai penyiaran semula kandungan ini, sila emel: admin@investsmartsc.my.

Ciri-Ciri Pelabur Berjaya

Read More" data-layout="standard" data-action="like" data-show-faces="false" data-share="true">
Pakar-pakar pelaburan yang hebat sentiasa mendapat perhatian kerana pelbagai kisah kejayaan dan sesiapa sahaja yang berminat untuk melabur pasti ingin mengetahui rahsia di sebalik kejaya

Pakar-pakar pelaburan yang hebat sentiasa mendapat perhatian kerana pelbagai kisah kejayaan dan sesiapa sahaja yang berminat untuk melabur pasti ingin mengetahui rahsia di sebalik kejayaan mereka. Apabila menghadiri seminar-seminar dan membaca buku-buku mereka yang berjaya ini, kita akan mendapati bahawa terdapat pelbagai cara untuk berjaya, tetapi pada masa yang sama, kita boleh melihat terdapat persamaan antara cara-cara tersebut. Pada akhir artikel ini, anda akan dapat mengenal pasti beberapa ciri yang biasanya dimiliki oleh pakar-pakar pelaburan seperti Benjamin Graham, Warren Buffett, Philip A. Fisher, Peter Lynch, John Templeton dan John Neff.

 

Elakkan meramal pasaran

Melainkan dilahirkan dengan kebolehan meramal masa depan, biasanya anda akan dapati meramal pasaran memberikan kesan yang negatif. Hampir semua pakar pelaburan menyarankan bahawa anda tidak akan berjaya sekiranya mengatur strategi pembelian atau jualan dengan cubaan untuk meramal pergerakan harga pasaran di masa depan.

 

Terlalu banyak faktor yang mempengaruhi pasaran saham sehingga agak mustahil untuk sesiapa sahaja mengetahui dengan jelas arah jangka pendek atau waktu perubahan pergerakan pasaran. Banyak juga pakar-pakar yang menawarkan pelbagai model yang dibantu dengan komputer yang dikatakan dapat meramal pasaran dengan tepat. Namun, walau bagaimana canggih sekalipun model tersebut, ianya tidak pernah mampu mengambil kira faktor yang paling utama iaitu manusia atau pelabur itu sendiri. Biasanya manusia bertindak balas secara tidak rasional terhadap pergerakan pasaran dan menyumbang kepada keadaan pasaran yang tidak dapat diduga. Setiap pelabur akan dipengaruhi oleh ciri dan keadaan masing-masing dan tindakan mereka berbeza antara satu sama lain, lantas menjadikan usaha menafsir perilaku manusia hampir mustahil.

 

Pakar-pakar pelaburan menasihatkan pelabur agar mengabaikan pergerakan saham harian dan menumpukan perhatian kepada perkara yang lebih penting, iaitu potensi jangka panjang saham yang dimiliki. Pelabur tidak digalakkan untuk mengikut naik turun pasaran melainkan saham yang dimiliki menghadapi masalah yang serius. Kebanyakan pakar-pakar pelaburan hanya akan menjual saham-saham mereka atas sebab-sebab yang kukuh. Warren Buffett pernah berkata, setelah membeli saham, beliau tidak peduli sekiranya pasaran ditutup sepenuhnya selama sepuluh tahun kerana yakin dengan nilai saham tersebut sehingga beliau tidak perlukan pasaran untuk mengesahkannya.

 

Berani bertindak di luar kebiasaan

Sesetengah pakar pelaburan lebih gemar kepada saham nilai, ada pula yang lebih sukakan saham pertumbuhan dan ada juga yang memilih kedua-duanya sekali. Tidak kira bagaimana strategi pelaburan mereka, kesemuanya mempunyai ciri-ciri yang sama. Mereka tidak takut untuk bertindak di luar kebiasaan. Menjadi lumrah manusia untuk lari menyelamatkan diri apabila menghadapi bahaya dan apabila terdengar sahaja berita buruk, kebanyakan pelabur akan menjual saham kerana takut harga turun. Apabila pasaran kembali rancak, mereka akan masuk ke pasaran semula dalam usaha untuk mengaut keuntungan seperti orang lain, walaupun paras harga ketika itu mungkin agak tinggi daripada biasa.

 

 

“Untuk membeli ketika orang lain menjual dan menjual ketika orang lain membeli memerlukan ketabahan dan keberanian, dan memberikan pulangan yang tertinggi.”

Sir John Templeton

Bekas Ketua Pengurusan Pelaburan Templeton 

 

Tindakan sebegini biasanya menyebabkan pelabur mengambil langkah ‘beli tinggi, jual rendah’ (buy high, sell low) dan bukan ‘beli rendah, jual tinggi’ (buy low, sell high) yang menyebabkan pelaburan mereka rugi dan tidak untung. Bertentangan dengan tindakan pelabur biasa, kebanyakan pakar pelaburan mengatakan bahawa masa yang paling sesuai untuk mencari saham dengan harga terbaik adalah ketika semua orang melarikan diri daripada pasaran. Ketika inilah pelabur menemui ‘lubuk emas’ di pasaran.

 

Seperti yang dikatakan oleh Sir John Templeton, Bekas Ketua Pengurusan Pelaburan Templeton, ‘jika anda membeli saham yang sama seperti orang lain, anda akan mendapat keputusan yang sama seperti orang lain... Untuk membeli ketika orang lain menjual dan menjual ketika orang lain membeli memerlukan ketabahan dan keberanian, dan memberikan pulangan yang tertinggi.’

 

Ketahui setiap butiran

 

 Semua pelabur berjaya memiliki satu ciri yang sama: mereka mendalami selok-belok pelaburan. Mereka mungkin mempunyai cara yang berbeza  untuk menganalisa maklumat; namun, mereka hanya akan melabur selepas melakukan kaji selidik yang terperinci. Mereka semua akan melakukan analisis kewangan yang lengkap sebelum membeli sebarang jenis saham. Jelas sekali mereka tidak akan masuk ke dalam pasaran semata-mata kerana rakan-rakan mereka melakukan perkara yang sama.

 

Semua perkara di atas adalah asas-asas pelaburan yang mungkin anda sudah tahu. Walau bagaimanapun, mengetahui dan mengamalkan adalah dua perkara yang berbeza. Dalam usaha untuk berjaya, kita mesti menetapkan prinsip pelaburan untuk diri sendiri dan berdisiplin untuk mematuhinya.

© Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laman web ini. Anda dinasihatkan merujuk pada pakar yang berkaitan seperti perancang kewangan bertauliah, jururunding pencukaian, penasihat pelaburan dan peguam bagi nasihat terperinci. Untuk maklumat lanjut mengenai penyiaran semula kandungan ini, sila emel: admin@investsmartsc.my.

Membina Lebihan Wang

Read More" data-layout="standard" data-action="like" data-show-faces="false" data-share="true">
Tinjauan Pelajaran

Tinjauan Pelajaran

  • Bagaimana hendak mula?
  • Apakah aset dan liabiliti anda?
  • Bagaimana hendak membuat kunci kira-kira dan penyata pendapatan anda


Objektif: Pada penghujung pelajaran ini anda akan mengetahui:

  • Bagaimana menyimpan dan menyenggarakan kunci kira-kira dan penyata pendapatan peribadi.
  • Mengapa anda perlu membuat taksiran aset dan liabiliti anda.

 

2

 

Mari kita berkenalan dengan beberapa orang dan lihat bagaimana mereka mengurus kewangan:

Aziz dan Lisa
Aziz dan Lisa merupakan pasangan bahagia dengan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan yang masih kecil. Aziz kini membuka sebuah klinik pergigian dan isterinya Lisa ialah juru teknik audio. Selepas ditolak cukai, pendapatan bersih mereka berdua ialah RM7,200.

Mereka menyewa sebuah rumah teres di pinggir bandar Kuala Lumpur dan memiliki dua buah kereta yang setiap satu pinjamannya belum lunas. Sewa rumah mereka ialah RM1,200 sebulan sementara bayaran bagi kedua-dua kereta mereka ialah RM1,780. Makanan, pakaian, utiliti, pengangkutan, perbelanjaan anak-anak, pembantu rumah dan perbelanjaan sampingan lain ialah sebanyak RM2,590.

Selepas ditolak dengan perbelanjaan sara hidup, hutang dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), mereka mempunyai lebihan pendapatan bulanan selepas cukai sebanyak RM1,630. Aziz tidak terfikir untuk melabur, menganggap bahawa klinik pergigiannya akan berkembang dan mampu menampung keperluan masa depan mereka. Sebaliknya Lisa, yang terdedah kepada program berita kewangan, ingin mencuba melabur dalam unit amanah.

Impian mereka ialah membeli sebuah rumah, dan mempunyai sejumlah wang yang mencukupi untuk mengembangkan perniagaan, pendidikan anak-anak, dan keselesaan waktu bersara nanti. Setakat ini, mereka tidak mempunyai perancangan kewangan yang jelas untuk mencapai objektif mereka.

 

3

Kumar
Kumar, 26 tahun, masih bujang, seorang pengatur cara komputer yang seluruh hidupnya berkisar sekitar internet. Dia mereka cipta tapak web dan pengaturcaraan langganan untuk pelanggannya yang semakin bertambah. Semakin berkembang perniagaannya, semakin bertambah pendapatannya.

Dia seorang yang berjimat cermat, tinggal dengan ibu bapanya, dan menyimpan sebahagian besar pendapatannya dalam simpanan tetap dan akaun simpanan. Dia memandu kereta lama yang dibayar sepenuhnya dan tiada hutang. Sebagai ahli perniagaan, dia tidak menyertai skim KWSP.

Berdasarkan nasihat daripada kawan, dia mengeluarkan sedikit wang simpanannya dan membeli beberapa saham panas. Tidak lama selepas dia membeli saham-saham itu, pasaran saham jatuh dan dengan kejatuhan itu, sebahagian besar pegangan sahamnya lesap begitu sahaja.

Selepas pengalaman pahit ini, Kumar berazam untuk menyimpan wangnya dalam akaun simpanan yang lebih selamat. Dia tahu faedah daripada simpanannya kurang daripada inflasi tetapi sekurang-kurangnya lebih selamat. Kumar ingin berpindah keluar daripada rumah ibu bapanya, berkahwin, berkeluarga, dan mengembangkan perniagaannya. Dia tahu dia perlu mengumpulkan lebih banyak modal berbanding dengan yang dia sedia ada tetapi tidak tahu apa yang hendak dilakukan.

Adakah kisah tersebut biasa didengar? Kisah kewangan setiap orang berlainan namun ada persamaan. Sesetengah orang berjimat cermat dan mempunyai perancangan kewangan sementara yang lain gagal untuk merancang belanjawan masa hadapan dan percaya bahawa wang hanya untuk dibelanjakan. Kebanyakannya pula berada di tengah-tengah.

 

4

 

Mengapa Aziz, Lisa dan Kumar perlu melabur? Mengapa anda perlu melabur?

  • Mempunyai wang untuk masa kecemasan yang tidak terduga
  • Boleh mengambil kesempatan apabila ada pelung perniagaan yang muncul
  • Mampu memberi pendidikan terbaik kepada anak-anak
  • Tambahan kepada KWSP dan dana saraan

Ini merupakan antara keperluan biasa yang anda boleh peroleh dengan disiplin dan perancangan pelaburan yang berhati-hati.

 

5

 

Tanggapan salah mengenai pelaburan

  • Untuk menjadi pelabur berjaya memerlukan banyak masa, pengetahuan khusus dan wang.

Hakikat pelaburan
Bergantung kepada perspektif anda. Berapa banyak masa yang anda gunakan untuk menonton televisyen setiap hari? Jika anda menghabiskan dua jam sehari - bermakna 14 jam seminggu. Takkan tidak boleh berenggang dengan televisyen selama satu atau dua jam seminggu untuk membaca dan mendapatkan maklumat berguna yang boleh membantu menjamin masa depan anda? Tentu anda boleh menggunakan sejam lagi untuk membuat dan mengawasi perancangan kewangan kan?

Bagaimana hendak mula? Apakah langkah pertama anda menjadi pelabur?
Langkah pertama ialah membuat profil kewangan yang mempunyai dua bahagian - kunci kira-kira dan penyata pendapatan. Kunci kira-kira mengukur keseluruhan kedudukan kewangan anda - aset ditolak liabiliti, manakala penyata pendapatan memberi gambaran purata perbelanjaan bulanan. Kedua-duanya alat penting untuk membantu mengawal masa hadapan kewangan anda.

Mari kita lihat kunci kira-kira dan penyata pendapatan bulanan Aziz dan Lisa dan bandingkan dengan yang anda punya di muka surat sebelah.

 

6

 

Kunci Kira-kira Aziz dan Lisa

 

Anda

1/15/2002

 

 

 

 

 

Aset (RM)

Jangka Pendek

 

 

 

Tunai

2,000

____________

Akaun Semasa

1,900

____________

Akaun Simpanan

4,400

____________

 

 

 

Jangka Panjang

Kereta

65,000

____________

Rumah

0

____________

Barangan Rumah

6,500

____________

Unit Amanah

0

____________

Ekuiti/ Harta tanah

0

____________

Simpanan KWSP

25,800

____________

Jumlah Aset

107,800

____________

 

 

 

Liabiliti

 

 

 

Jangka Pendek

 

 

 

Kad Kredit

300

____________

Hutang Ansuran

1,780

____________

 

 

 

Jangka Panjang

 

 

 

 

 

Pinjaman Kereta

35,000

____________

Pinjaman Perumahan

0

____________

 

 

 

Jumlah Aset

107,800

____________

Jumlah Liabiliti

37,080

____________

 

 

 

Nilai Bersih/(Defisit) Aziz & Lisa

70,720

____________

 

 

 

Penyata Pendapatan Bulanan Aziz & Lisa

 

 

 

 

 

Jumlah Pendapatan Bersih

7,200

____________

 

 

 

Keperluan

 

 

 

Sewa

1,200

____________

Gadai Janji Rumah

0

____________

Gas/Air/Elektrik

150

____________

Telefon

120

____________

Makanan

1,100

____________

Insuran Perubatan

70

____________

Pengangkutan

250

____________

Pembantu rumah

400

____________

Perbelanjaan sampingan

200

____________

Ansuran kereta

1,780

____________

Ansuran lain

0

____________

 

 

 

Kad Kredit

300

____________

 

 

 

Jumlah Perbelanjaan

5,570

____________

 

 

 

Pendapatan Bersih Bulanan

7,200

____________

 

 

 

Lebihan/(Defisit)

1,630

____________

Latihan
Sila cetak kunci kira-kira ini dan isikan tempat kosong untuk mengetahui nilai bersih anda. Bergantung kepada kedudukan kewangan anda, mungkin anda perlu menambah lebih banyak tempat kosong. Kemudian, kira penyata pendapatan bulanan anda. Mudah sahaja! Ini merupakan langkah pertama untuk menjadi pelabur berdisiplin.

 

7

 

Langkah kedua ialah belajar daripada kunci kira-kira dan penyata pendapatan yang telah anda buat. Kemudian anda akan tahu kepentingan kunci kira-kira dan penyata pendapatan.

Apa yang Aziz dan Lisa boleh pelajari? Aziz dan Lisa mungkin berhasrat untuk menggunakan sebahagian daripada simpanan mereka bagi membeli sebuah rumah kecil. Dengan cara ini, mereka membina ekuiti. Membayar sewa rumah hanya membina ekuiti untuk pemilik rumah. Mereka mungkin juga boleh menimbangkan untuk menjual salah satu daripada kereta mereka dan mencari pengangkutan alternatif.

Ini mungkin nampak menyusahkan tetapi kadang kala kita perlu berkorban membina lebihan pendapatan untuk tujuan pelaburan. Tiada makan tengah hari percuma. Aziz dan Lisa cermat menggunakan kad kredit mereka. Mereka membayar hutang kad kredit pada setiap akhir bulan untuk mengelak caj kadar faedah yang tinggi. Kad kredit memang memudahkan urusan tetapi kadar faedah tinggi yang dikenakan akan menyusutkan lebihan pendapatan anda.

Gunakan kunci kira-kira dan penyata kewangan anda untuk mengenal pasti bahagian yang boleh dijimatkan. Cari cara untuk mengurangkan kadar faedah tinggi hutang ansuran. Jangan biarkan prinsipal pengkompaunan membebankan anda.

 

8

 

Ujian Ringkas
Please test your knowledge by answering the questions.

1.Bagaimana kunci kira-kira anda berbanding dengan Aziz dan Lisa? Adakah lebihan atau defisit?

Kunci kira-kira Aziz dan Lisa menunjukkan nilai bersih RM70,720. Mereka mempunyai lebihan pendapatan bulanan sebanyak RM1,630. Jika jumlah ini dilabur secara bijak mereka sepatutnya boleh mencapai matlamat kewangan mereka. Tidak mengira berapa kecil lebihan pendapatan anda, perkara penting ialah mempunyai lebihan pendapatan.
 
2.Apa yang ditunjukkan oleh kunci kira-kira anda?

Ia akan menunjukkan kepada anda liabiliti yang boleh dikurangkan, seperti hutang kad kredit dan aset seperti tunai dalam akaun simpanan, yang mungkin kurang memberi untung.
 
3.Jika Kumar ingin membina kunci kira-kira, apa yang akan diperolehnya?

Kebanyakan daripada asetnya dalam bentuk tunai, dan kurang memberi keuntungan. Faedah dalam simpanan tetap atau akaun simpanan akan susut disebabkan inflasi.
 
4.Apakah tiga salah anggapan biasa tentang pelaburan?

Untuk menjadi pelabur berjaya memerlukan banyak masa, pengetahuan khusus dan wang.

 

 

9

Ulasan
Dalam pelajaran ini, anda belajar bagaimana hendak membina kunci kira-kira dan penyata pendapatan anda. Pengajaran daripada latihan ini ialah:

  • Anda kini mempunyai titik permulaan untuk mencapai objektif pelaburan anda. Anda tahu tahap pencapaian anda.
  • Anda boleh mengenal pasti bahagian mana boleh dijimatkan.
  • Anda telah belajar bahawa anda tidak perlukan pengetahuan khusus dan modal yang besar untuk menjadi pelabur yang untung.

© Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laman web ini. Anda dinasihatkan merujuk pada pakar yang berkaitan seperti perancang kewangan bertauliah, jururunding pencukaian, penasihat pelaburan dan peguam bagi nasihat terperinci. Untuk maklumat lanjut mengenai penyiaran semula kandungan ini, sila emel: admin@investsmartsc.my.

Ayah! Saya buat duit dalam pasaran saham!

Read More" data-layout="standard" data-action="like" data-show-faces="false" data-share="true">
Kami paparkan esei salah seorang pemenang Pertandingan Menulis Esei “Kisah Pelaburan Saya” anjuran SC iaitu  Enoch Chhabra.

Kami paparkan esei salah seorang pemenang Pertandingan Menulis Esei “Kisah Pelaburan Saya” anjuran SC iaitu  Enoch Chhabra.

Sikap berjimat-cermat ibubapa saya memang patut dicontohi. Saya membesar dengan melihat mereka hidup secara sederhana. Tawar-menawar, membandingkan harga dan tidak tergesa-gesa membeli barang yang mahal sudah menjadi amalan dan lumrah kehidupan mereka. Walaupun dengan menyimpan wang dalam simpanan tetap sahaja, ibubapa saya berjaya mengumpul kekayaan yang banyak.

Tahun 1990-an memang merupakan masa yang menguntungkan kerana simpanan tetap memberikan faedah sehingga 12% setahun. Walaupun ramai orang membuat banyak duit di pasaran saham, ayah saya tetap setia meletakkan wangnya dalam simpanan tetap. Oleh sebab itu, dia masih boleh bergembira menyambut alaf baru, tidak seperti pelabur pasaran saham yang lain. Berdasarkan pengalaman lalu itu, jelas bahawa ayah saya melabur untuk mengekalkan modalnya dan hanya melabur dalam instrumen pelaburan yang boleh difahaminya.

Saya mula menceburi pasaran saham pada 2003, walaupun mendapat bantahan daripada ibubapa saya. Pada pendapat mereka, pelaburan saham terlalu berisiko. Ini berdasarkan pengalaman mereka dalam unit amanah dimana mereka membeli beberapa unit amanah ketika kemuncak pasaran bul pada 1997 dan mendapati nilainya telah jatuh kepada separuh pada 2002. Saya tahu yang ibubapa saya tidak mendapat nasihat yang secukupnya memandangkan 90% daripada unit amanah itu dilaburkan dalam pasaran ekuiti, sedangkan toleransi mereka terhadap risiko adalah rendah. Saya mendaftar dalam akaun dagangan tanpa margin. Ini adalah kerana saya tidak pernah lupa ajaran yang diperolehi oleh ibubapa saya berhubung mengekalkan modal pelaburan dan saya tidak juga berhasrat untuk membuat hutang.

Pelaburan saya yang pertama adalah pelaburan yang paling saya kesali. Saya membeli satu kaunter berdasarkan khabar angin yang saya baca dalam suratkhabar. Artikel pelaburan itu mendakwa syarikat itu akan diambil alih, lantas menawarkan pulangan lumayan kepada pemegang sahamnya. Malah, ia mendakwa sekiranya persetujuan pembelian itu tidak dilaksanakan, syarikat itu mempunyai aliran tunai yang banyak untuk membayar dividen yang tinggi. Satu perkara yang tidak diingini telah berlaku dan saya menyaksikan kaunter yang dibeli itu turun hari demi hari. Walaupun saya membeli banyak saham yang menguntungkan tetapi silapnya saya ialah kerana masih tetap memegang saham yang pertama tadi. Saya berharap saham pertama saya akan memberikan keuntungan apabila saya menjualnya. Jika saya menjualnya kerana ingin menutup kerugian, samalah seperti mengakui yang saya membuat pelaburan yang tidak bijak dan tidak mahu mengakuinya. Akhirnya setelah saham itu menjunam melebihi separuh dari nilainya, saya terpaksa menerima hakikat dan terpaksa menjualnya. Sejak itu, kaunter tersebut terus menurun. Pengajaran daripada peristiwa tersebut ialah saya perlu mempunyai pelan keluar yang jelas apabila saham itu untung atau turun nilai. Sekarang, inilah yang saya lakukan sebelum membeli apa-apa saham, iaitu membuat keputusan terlebih dahulu mengenai harga serendah mana saya mampu tanggung dan setinggi mana pula untuk saya jual. Ini kemudiannya akan direkodkan untuk rujukan masa hadapan.

Sejak hari itu, saya membuat beberapa pelaburan yang menguntungkan tetapi mungkin lebih banyak yang rugi. Masalahnya ialah saya tidak tahu! Saya tidak tahu bagaimana prestasi keseluruhan pelaburan saya. Saya tahu mana saham saya yang naik atau turun, tetapi tidak tahu secara keseluruhannya samada saya mengaut keuntungan ataupun tidak. Seorang jurujual firma pelaburan luar pesisir bertanya bagaimana prestasi pelaburan saya dan saya tidak dapat memberikan sebarang jawapan. Dengan perlahan, saya menjawab pulangan lebih kurang 3%. Hakikatnya, ia mungkin boleh jadi -30% dan saya tidak dapat menafikannya. Sejak itu, saya mula memantau pelaburan saya setiap bulan. Tabiat ini memberikan saya sedikit ketenangan kerana mengetahui bagaimana prestasi pelaburan saya. Pengetahuan itu sangat berguna dan dalam kes ini, kurangnya pengetahuan boleh membawa bencana.

Walaupun saya berdisiplin dalam memantau pelaburan saya setiap bulan, tetapi saya dapati saya cepat terpengaruh dengan perubahan mendadak/ketara harga saham-saham saya. Ini membuatkan saya terlalu menumpukan perhatian kepada harga saham yang jatuh walaupun ada saham saya yang naik harganya. Ini amat mengecewakan saya. Kemudiannya saya menyedari yang saya patut melihat pelaburan sebagai satu portfolio. Saya membuat keputusan untuk menjadikan IKKL sebagai suatu penanda aras. Semasa membuat tinjauan bulanan, saya akan turut merekodkan perubahan dalam IKKL. Saya berasa lega jika portfolio saya lebih baik daripada pasaran. Ini adalah cara yang lebih berkesan untuk memantau pelaburan seseorang dengan melihatnya dalam konteks yang lebih luas iaitu mengimbangi saham yang untung dengan saham yang rugi. Saya juga gemar melabur berdasarkan fundamental sebagaimana yang disarankan oleh pelabur-pelabur yang berjaya seperti Warren Buffet, Jim Rogers dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, keadaan-keadaan semasa samada negatif atau positif juga boleh dimanfaatkan dalam pasaran saham. Contohnya, ketika krisis selsema burung, saya melihat kaunter ternakan mengalami banyak tekanan jualan yang menyebabkan harganya jatuh menjunam. Kerana tahu yang penduduk Malaysia adalah pengguna haiwan ternakan per kapita yang terbesar di dunia dan yakin bahawa selsema burung hanya faktor sementara, saya membeli beberapa kaunter ternakan dengan harga murah dan apabila keadaan kembali pulih, saya menjualnya semula dan dalam beberapa hari saya mendapat pulangan yang lumayan.

Satu lagi contoh dimana kita boleh membuat untung mengikut keadaan semasa ialah satu ketika dimana saham Proton jatuh disebabkan pelabur hilang keyakinan pada syarikat itu. Saya dapati penyata kewangan mereka merekodkan bahawa nilai buku syarikat tersebut adalah 2 kali ganda daripada harga yang jatuh. Saya mengambil keputusan untuk melabur dalam Proton kerana yakin bahawa saham syarikat itu akan kembali naik dan keadaan sebelumnya itu cuma jualan panik sahaja. Sebulan kemudian, saya menjualnya saham tersebut dan meraih keuntungan sebanyak 30%. Dalam kedua-dua contoh ini, memang terdapat risiko yang terpaksa dihadapi tetapi saya menanganinya dengan ilmu pengetahuan.

Saya dapati melabur adalah pengalaman yang sungguh menyeronokkan. Seseorang perlu mempunyai matlamat yang jelas, berdisiplin dalam melaksanakan pelan yang dirancang, bertindak mengikut keadaan, sentiasa ingin belajar dan cepat mengaku kesalahan yang dilakukan. Setelah ibubapa saya memberi tunjuk ajar yang baik mengenai kepentingan untuk menyimpan wang, saya berhasrat untuk melangkah setapak lagi dengan membuat pelaburan yang bijak. Pada hari ini, portfolio saya telah berkembang sebanyak 30% dalam masa 8 bulan. Tidaklah teruk sangat, memandangkan saya pernah kehilangan wang sewaktu 3 tahun pertama saya melabur. Saya cuma berharap yang saya sudah mengamalkan perumpamaan ini sejak dari awal lagi iaitu: “Belajar daripada kesalahan orang lain, kerana anda tidak ada masa untuk belajar daripada kesilapan sendiri”.

Penolak Tuntutan (disclaimer): Sebarang pendapat yang diberikan dalam artikel ini adalah kepunyaan penulis sepenuhnya.

© Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laman web ini. Anda dinasihatkan merujuk pada pakar yang berkaitan seperti perancang kewangan bertauliah, jururunding pencukaian, penasihat pelaburan dan peguam bagi nasihat terperinci. Untuk maklumat lanjut mengenai penyiaran semula kandungan ini, sila emel: admin@investsmartsc.my.

Panduan Untuk Bakal Pelabur di Pasaran Saham

Read More" data-layout="standard" data-action="like" data-show-faces="false" data-share="true">
Anda merancang untuk melabur di pasaran saham tetapi tidak tahu caranya? Di sini diberikan panduan ringkas.Langkah #1:

Anda merancang untuk melabur di pasaran saham tetapi tidak tahu caranya? Di sini diberikan panduan ringkas.

Langkah #1:

Lakukan “ujian kewangan kendiri”

 

Analisis objektif kewangan, kekangan dan ketahanan terhadap risiko. Tanya diri sendiri sama ada anda sudah bersedia di segi kewangan untuk melabur di pasaran saham? Jangan sekali-kali meminjam untuk melabur di pasaran saham. Dalam pasaran yang sentiasa turun naik, anda boleh kehilangan wang yang dipinjam dan masih terpaksa membayar pinjaman tersebut.

 

Langkah #2:

Berurusan hanya dengan pihak berlesen

 

Syarikat broker saham anda dan wakil peniaganya mesti dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC). Untuk semakan segera, layari tapak web SC atau hubungi 03-6204 8000 (Jabatan Pelesenan).

 

Langkah #3:

Buka akaun dagangan CDS

 

Buka akaun CDS (Sistem Depositori Pusat) dan akaun dagangan di syarikat broker saham anda. Akaun ini adalah untuk kegunaan eksklusif anda. Jangan benarkan sesiapa, termasuk wakil peniaga anda menggunakannya untuk urus niaga mereka sendiri.

 

2

 

Langkah #4:

Ketahui produk yang diurusniagakan di bursa

 

Buat penyelidikan. Kenali produk-produk yang diurusniagakan di Bursa Malaysia. Dapatkan maklumat yang secukupnya mengenai produk-produk tersebut daripada wakil peniaga atau jika tidak, layari tapak web Bursa Malaysia layari tapak web Bursa Malaysia

 

Langkah #5:

Pelajari prosedur urus niaga

 

Gagal memahami sepenuhnya mengenai prosedur urus niaga boleh mengakibatkan kerugian yang disebabkan kesilapan teknik. Minta wakil peniaga anda untuk menjelaskannya kepada anda.

 

Langkah #6:

Ketahui tentang syarikat

 

Sebelum melabur, buat penyelidikan (ya, sekali lagi!) terhadap syarikat yang anda bercadang untuk membeli sahamnya. Kenali syarikat itu dengan membaca prospektus, laporan tahunan dan artikel dalam akhbar. Keputusan pelaburan anda mestilah berdasarkan maklumat. Elakkan khabar angin dan ramalan.

 

Langkah #7:

Berikan arahan yang jelas

 

Arahan anda kepada wakil peniaga mestilah jelas. “Fifteen” lot dan Fifty” lot bunyinya mungkin sama di telefon. Berhati-hati kerana di pasaran saham, komunikasi yang tidak betul boleh menyebabkan anda mengalami kerugian yang banyak.

 

3

 

Langkah #8:

Semak nota kontrak anda

 

Setelah anda berurus niaga, semak dengan teliti setiap nota kontrak sebaik-baik sahaja anda menerimanya. Jika terdapat sebarang kesilapan, hubungi syarikat broker saham anda dengan segera untuk membuat pembetulan.

 

Langkah #9:

Pantau pelaburan anda

 

Jangan biarkan pelaburan anda tanpa dipantau. Perkara yang anda tidak ambil peduli itu mungkin nanti boleh menyusahkan anda.

 

Langkah #10:

Penuhi tanggungjawab dan laksanakan hak anda!

 

Sebagai pelabur, anda mempunyai tanggungjawab untuk dipenuhi, dan hak untuk dilaksanakan. Jangan mengabaikannya. Pelajari lebih lanjut mengenai tanggungjawab dan hak anda dengan membaca Pelaburan Saya, Hak Saya!

 

© Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laman web ini. Anda dinasihatkan merujuk pada pakar yang berkaitan seperti perancang kewangan bertauliah, jururunding pencukaian, penasihat pelaburan dan peguam bagi nasihat terperinci. Untuk maklumat lanjut mengenai penyiaran semula kandungan ini, sila emel: admin@investsmartsc.my.

Kisah Pelaburan Saya

Read More" data-layout="standard" data-action="like" data-show-faces="false" data-share="true">
Securities Commuission Malaysia (SC) telah menganjurkan pertandingan mengarang esei bertajuk ‘Kisah Pelaburan Saya’ yang bertujuan untuk memberika
Securities Commuission Malaysia (SC) telah menganjurkan pertandingan mengarang esei bertajuk ‘Kisah Pelaburan Saya’ yang bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelabur berkongsi pengalaman pelaburan mereka. Kami paparkan esei pemenang pertandingan tersebut, Gan Hong Leong dari Bentong, Pahang.

“Pelaburan paling bijak adalah apabila ia seumpama perniagaan-Investment is most intelligent when it is most businesslike”
 

Prinsip ini diajar oleh Benjamin Graham, yang dikenali sebagai bapa kepada pelaburan nilai (value investing) kepada Warran Buffet. Berdasarkan prinsip ini, Warran Buffet melabur dalam dalam pasaran saham dan kini, beliau adalah orang yang kedua terkaya di dunia. Belajarlah daripada beliau, belajarlah daripada kejayaan beliau dan anda juga boleh berjaya.

Pasaran saham adalah suatu yang sangat asing bagi saya ketika saya mula melabur. Ketika itu pada tahun 1960 dan saya berusia 21 tahun. Pada masa itu, saya hanyalah seorang pelajar yang tidak tahu apa-apa berkenaan pasaran saham. Selagi mana harganya rendah, saya akan menganggapnya murah. Saham terkurang nilai (undervalued stocks), saham harga wajar (fairly-priced stocks) dan saham terlebih nilai (overvalued stocks), semuanya sama sahaja kepada saya.

Walaubagaimanapun, saya bernasib baik kerana saya mengamalkan prinsip untuk membeli saham yang berupaya memberikan kadar dividen yang baik. Strategi saya ialah untuk menjual apabila saya telah memperolehi keuntungan modal melebihi 50%. Begitulah cara pelaburan saya dan saya dapati ianya memang menguntungkan. Saya tidak sedar yang saya sebenarnya membeli saham yang mempunyai asas yang kukuh pada harga yang wajar. Mungkin strategi pelaburan saya adalah “seumpama perniagaan”, sepertimana cara Waran Buffet melabur.

Pada bulan April 1993, pasaran saham Malaysia mengalami “super bull run” atau “pasaran bul/pasaran naik”. Daripada serendah 645 mata, Indeks Komposit BSKL mencapai mata tertinggi pernah dicatatkan iaitu 1332 mata. Pelbagai spekulasi dibuat dan harga saham naik mendadak. Begitu banyak aktiviti di pasaran. Jika ingin mendapatkan tempat duduk untuk melihat pasaran di syarikat broker, anda perlu beratur seawal jam 7.30 pagi! Semua orang, dimana-mana pelusuk pun bercakap mengenai saham. Tidak ada yang rugi. Semua orang membuat keuntungan. Saya menjual ketika penghujung pasaran bul dan mendapat ‘durian runtuh’.

Pada Februari 1997, nilai portfolio pelaburan saya meningkat kepada RM3,000,000 berbanding RM48,000 pada 20 tahun yang lalu.

Pada ketika itu, saya bukanlah pelabur yang sudah arif dan tahu secara mendalam mengenai pasaran saham. Tahun 1997 dan 1998 adalah tahun yang menghantui para pelabur seperti saya. Ketika itu, Indeks Komposit BSKL adalah pada 1279 mata pada Februari 2007. Saya membeli saham sebuah syarikat yang diniagakan di papan utama pada harga RM15 sesaham pada awal tahun 1997. Namun, pada bulan Ogos 1997, harganya jatuh kepada RM7.70 sesaham.

Setelah saya membeli pada harga tersebut, harganya terus merudum. Bertentangan dengan prinsip pelaburan bijak, saya terus membeli saham itu ketika harganya berterusan jatuh dan jatuh. Pada November 1997, harganya ialah cuma RM1.83. Saya ingat ia akan berhenti di situ, tetapi malangnya harganya terus menjunam. Pada Ogos 1998, harganya cuma 40.5 sen sesaham.

Sementara itu, portfolio pelaburan saya telah menjunam daripada RM3,000,000 kepada cuma RM50,000. Tiba-tiba, saya tersedar yang pembelian saham dalam aliran yang menurun dan terus bertahan dengan saham yang jatuh berterusan adalah tindakan yang sangat-sangat bodoh! Saya kemudiannya berpegang kepada pepatah “Never catch a falling dagger!”.

Setelah pengenalan dasar kawalan modal pada September 1998, ekonomi negara kembali pulih perlahan-lahan. Ketika itu, saya telah menjadi lebih bijak, setelah mempelajari asas, fundamental dan analisis teknikal. Pelaburan saya mula menjadi bijak dan bersifat “seumpama perniagaan”.

Pada April 2001, saya mula membeli saham-saham berdasarkan fundamental. Saya memilih syarikat yang mempunyai pengurusan yang baik dan mempunyai potensi besar untuk berkembang. Jika ia membayar dividen yang baik dan syarikat itu terkurang nilai, saya terus memegang saham syarikat tersebut.

Pada September 2003, harga saham yang saya beli telah meningkat dan bersama dengan dividen yang diterima, saya sekali lagi mendapat ‘durian runtuh’.

Kata-Kata Nasihat

Kepada semua pelabur dan spekulator, inilah nasihat saya:

 

“Sentiasalah berpegang kepada prinsip nilai kepada wang
Elakkan membeli ketika aliran menurun
Jadikan corak pasaran sebagai panduan
Ikutlah ia sampai bila-bila

Jangan memegang saham yang rugi
Nasihat saya, kurangkan kerugian anda segera
Jangan sia-siakan jika anda memperolehi peluang yang menguntungkan
Jangan jual terlalu awal, biarkan ia berterusan

Saham yang tidak popular dan terkurang nilai kurang menjadi pilihan
Biasanya, saham popularlah yang akan menjadi tumpuan
Jika anda mahu, anda boleh ikut tindakan orang lain
Berhati-hatilah, kerana anda mungkin jatuh dan menanggung kerugian

Pasaran saham adalah sangat menarik ketika dipuncak
Pastikan anda mengambil untung anda sebelum ia sempat jatuh
Juallah saham anda ketika anda betul-betul sukakannya
Ambil keuntungan anda dan biarkan urusniaga ditamatkan

Beli saham apabila jumlah transaksi adalah pada kadar terendah
Kerana pasaran kemudiannya akan kelihatan sangat tidak menarik
Pelabur(investor)perlu membeli ketika harganya rendah dan menjual ketiga harganya tinggi
Peniaga (trader) pula membeli ketika harganya tinggi dan pastikan anda menjualnya pada harga yang lebih tinggi

Suatu hari nanti, anda akan faham apa yang saya maksudkan
Pada ketika itu, anda adalah’pakar’ pasaran saham

Kejayaan dalam apa-apa bidangpun memerlukan usaha. Begitu juga dengan pasaran saham. Untuk berjaya, pastikan anda mempunyai pengetahuan dan bijak menyusun strategi, berdisiplin untuk menjalankan pelan pelaburan anda, sabar, tabah dalam menghadapi dugaan, mempunyai modal yang mencukupi dan yang paling penting sekali, mempunyai keinginan untuk berjaya. Demikianlah ciri-ciri peniaga yang berjaya dan amalkan nasihat Benjamin Graham tadi.

“Melaburlah dengan Ilmu” kerana ia akan memberikan dividen yang terbaik. Inilah falsafah pelaburan saya.

Penolak Tuntutan (disclaimer): Sebarang pendapat yang diberikan dalam artikel ini adalah kepunyaan penulis sepenuhnya.

 

© Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laman web ini. Anda dinasihatkan merujuk pada pakar yang berkaitan seperti perancang kewangan bertauliah, jururunding pencukaian, penasihat pelaburan dan peguam bagi nasihat terperinci. Untuk maklumat lanjut mengenai penyiaran semula kandungan ini, sila emel: admin@investsmartsc.my.