Apakah Pasaran Modal?

Individu/syarikat yang mempunyai lebihan wang dan ingin melaburkan wang mereka – Pembekal modal
Organisasi yang memerlukan dana - Penerima modal
 
 
 
 

Pasaran modal

Menyalurkan kekayaan pembekal modal seperti pelabur institusi dan runcit kepada penerima modal untuk digunakan secara produktif dalam jangka masa panjang, seperti perniagaan dan kerajaan.

 

Antara produk pasaran modal ialah:

Sekuriti – debentur, stok, saham atau bon

Derivatif – derivatif komoditi, derivatif ekuiti dan derivatif kewangan

Skim Persaraan Swasta (PRS)

Skim Unit Amanah

Sebarang produk atau pun perkiraan yang berasaskan sekuriti ataupun derivatif, atau mana-mana kombinasi di antara keduanya; dan

Sebarang produk lain yang ditetapkan oleh pihak Menteri sebagai produk pasaran modal

 

Peserta pasaran modal termasuklah pelabur individu, pelabur institusi seperti dana persaraan dan dana bersama, kerajaan, syarikat-syarikat, organisasi dan institusi kewangan. Pengawal selia pasaran modal dan kewangan mengawal selia pasaran modal di bawah bidang kuasa mereka untuk melindungi pelabur.

Antara fungsi pengawalseliaan SC ialah:

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.
  • Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur.
  • Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.

Carta Institusi Pasaran Modal Malaysia

Institusi Pasaran Modal

Bursa Malaysia Berhad (Bursa)

Bursa mengendalikan satu integrasi urusniaga sepenuhnya, menawakan satu julat perkhidmatan yang berkaitan dengan pertukaran termasuklah perkhidmatan perdagangan, pelangsaian, penjelasan dan simpanan.

www.bursamalaysia.com
03-2034 7000
03-2332 7000
Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM)

FIMM mengawal selia ahli-ahlinya iaitu ejen-ejen unit amanah dan ejen-ejen skim persaraan swasta dalam melindungi hak-hak pelabur melalui perangkaan peraturan- peraturan yang menggalakkan beretika dan berintegriti.

www.fimm.com.my
03-20932600
[email protected]
Pentadbir Pencen Swasta (PPA)

Pentadbir Pencen Swasta (PPA) adalah pentadbir pusat bagi Skim Persaraan Swasta (PRS).

www.ppa.my
1-300-131-772
[email protected]
Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti (SIDREC)

Badan penyelesaian pertikaian alternatif bagi menyelesaikan pertikaian di antara pelabur dan pengantara pasaran modal yang merupakan ahli mereka.

www.sidrec.com.my
03-22822280
[email protected] 
Securities Industry Development Corporation (SIDC)

SIDC adalah cabang pembangunan dan latihan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan merupakan pembekal utama pendidikan pasaran modal, latihan dan sumber maklumat di ASEAN.

www.sidc.com.my
03-6204-8667
[email protected]